Tuesday, July 12, 2011

Untuk kamu....

Hari ini saya amik Emergency Leave (EL) tapi setengah hari saja sebab saya ada urusan penting setiba di pejabat ARB untuk menyambung tugasan saya seperti biasa setiap 4 jam sekali mesti saya akan update blog kesayangan saya ini. Hari ini saya terkejut sangat dengan tulisan-tulisan nya yang penuh tanda tanya...pelbagai persoalan naik ke kepala otak saya.

Jelas yang saya lihat, penulisan kali ini seperti seorang yang gagal atau baru sahaja gagal kemudian bernekad untuk bangkit kembali.

Setelah di selidiki sesungguhnya memang tafsiran saya adalah tepat sesungguhnya internet ini memudahkan saya untuk mendapatkan jawapan sepantas kilat. Terima kasih.

Saya sedih! Bukan saya sedih kerana dia gagal tetapi saya sedih di saat dia menemui jalan buntu saya tidak dapat jadi kekuatan dia. Sedangkan saya yakin sayalah kekuatan utamanya selama ini. Namun keadaan menyebabkan dia hilang kekuatan dia ini.

Saya nak sangat bantu, sms atau hubungi dia bagi kata-kata semangat, namun apakan daya jika saya mesej dan call akan dikata menambah keserabutan di hati nya..betul orang cakap orang tengah marah, orang tengah tension dan stress kita hadir pun walau tak buat apa-apa akan dikatakan kita ni menganggu dia betul kan...

Syukur saya masih ada medium untuk meluahkan rasa untuk dia... harap dia baca. Saya nak sangat bantu nak sangat ada disisi dia selalu seperti selalunya.. namun saya tidak mampu.Hanya doa dan terus berdoa demi kesejahteraan dia. Saya yakin dengan kuasa Allah, yang berlaku ada hikmahnya.

Perjalanan kamu masih jauh... biasalah kita tidak sentiasa di atas kadang-kadang jatuh sikit memang sakit tapi untuk menyedarkan kita agar jangan terlalu selesa dengan hidup mungkin hendak mengingat kan kita akan mana-mana kesilapan kita atau kita pernah buat orang yang sangat sayang kita kecewa ka apa.. tiap kehidupan mesti ada susah senang. Tiap ujian bukan menyuruh kita lari dari ujian tetapi menguji sejauh mana kita mampu bertahan dan hadapi disamping mencari jalan memperbaiki segala kelemahan. Renungi masa lalu dan masa yang sedang berlalu dihadapan mu yang mana terbaik. pilih jalan kamu... aku yakin engkau mampu dan ku cukup tahu keadaan dan dirimu. aku yakin denganmu!

pesananku untuk kamu~

Muhasabah diri kamu!
Renungi salah dan silap kamu!
Maafkan segala nya...perbaiki segala perhubungan yang telah renggang.
Belajar memaafakn... :)
Back to basic kerana semua nak berubah dan ingin perbaiki segala kesilapan tetapi
sebut sahaja Allah dia jadi takut, ingat walau apa sekali pun semua mesti kerana Allah.

Ketenangan dan keresahan kita datang dari Dia.. berdoalah yang terbaik! Aku sentiasa di sisimu.
setiap saat dan seketika selagi ak mampu bernafas di dunia ini.
bangun dan bangkit juaraku! juara keluargaku! Allah will always show you the way.

dont be sad! Allah always for u, carilah Dia suka dan dukamu. moga Allah tenangkan hati kamu.
Aku juga akan sentiasa doakan kamu dari jauhku.
Ingat! Terseradung bukannya terjatuh

No comments: