Sunday, January 16, 2011

Aku gay! errr......


Sejak dua menjak ini terlalu ramai yang add
dan kadang-kadang tidak add pun terus hantar mesej kat inbox FB saya bertanyakan untuk mengadakan hubungan songsang dengan saya.

Kebanyakan yang ingin mengenali saya bukan sekadar pelajar malah hinggakan orang penting negara tidak perlu saya mention siapa dia biarkan sahaja sebegitu. Cuma yang saya pelik saya ni tidak ada rupa apatah badan pun tidak berketul segak seperti yang didambakan kesemua gay zaman kini. Apa tarikan nya??? Pelik pelik...

Sehinggalah saya mengenali seorang insan ini yang bermati-matian ingin mengenali saya. Saya tidak tahu siapakah dia datang secara tiba-tiba dengan soalan-soalan yang sangat pedas dan ligat! Seolah-olah ada benda yang dia tidak puas hatikan pada saya.

Ikuti mesej-mesej nya... maaf tulisan nya telah di ubah untuk tatapan pembaca.

SO: Awak ni gay ke?

MN: Saya? maaf awak ni salah orang der! Saya bukan gay atas 3 sebab!
1- jika saya jadi gay atau didapati songsang orang yang akan halau saya keluar dari rumah adalah mak dan abang saya. Abang juga pernah berkata andai saya menjadi sebegitu maka terputus lah persaudaraan kami!....
2- saya juga ada kawan seperti itu saya sering tengok dia tersekat antara dosa (kelakuan dan tabiat songsang) dan pahala (amalan dan kebajikan kpd sang Pencipta).
3- saya masih bernafsu pada wanita!

Oleh itu dengan rasa malunya saya harus tegas di sini maaf saya bukan gay!!!
****


SO: Yeke, awak bukan ga
y tetapi ken
apa ada ramai gay/plu/bi yang add awak? Saya tengok hampir 50++ mutual friend awak dan saya yang saya kategorikan mereka iaitu GAY!

MN: Soalan yang menarik. Saya tak tahu menilai manusia gay atau tidak sungguhpun pada pandangan saya dan pemerhatian saya, saya boleh tahu mereka adalah gay atau tidak namun siapa hak saya untuk merealisasikan andaian saya melainkan mereka itu mengaku mereka adalah sebegitu. Untuk pengetahuan anda SO, saya juga dalam proses menapis kawan-kawan gay awak. Sabar ye.
****

SO: Hurm, saya yakin mesti ramai yang mesej awak untuk ajak tidur bersama atau pertanyaan berunsur ke-GAY-an? Betulkan...jujur boleh?

MN: Kenapa perlu tanya soalan sebegini kerana itu peribadi saya!

SO: Kalau awak bukan gay tak salah untuk berkongsi pandangan, betul kan? (reverse psikologi)
MN: erm, baiklah. Baik saya mengaku memang ada yang mesej sebegitu di FB saya, kadang-kadang ada yang amik email dr FB utk add ym saya.....puas hati?
****

SO: hehehe....boleh saya tahu apakah mesej-mesej yang diorang pernah tanyakan pada anda?

MN: PERGH! melampau ni der. Kalau ko dekat ak memang ko dah rasa penumbuk ak!

SO: Weyh, relak
s..relaks. Boleh tahan panas baran anda kan? Ala cerita je lah saya bukan nak ceritakan pada sesiapa pun.

MN: Erm, ada ja lelaki yang mesej saya di FB ajak untuk jumpa jangan terkejut ramai di antara mereka yang mesej saya untuk ajak buat SEX! antara ayat-ayat yang mereka selalu tanya:
- awak ni top/bottom? (chocolate topping ka hehe)
- jom main nak? ko nak apa cakap ja...ak bagi asalkan ak dapat ko (ak nak merce, bmw atau lotus, boleh???)
- awak ni ensem saya suka la...kalau badan mantap lagi la awak buat saya tergila-gila kat awak, nak jad
i kapel sya tak?
- awak ni PLU ka? (PLU = People Like Us / gay / biseksual)
- .....

Maaf saya tade masa nak layan mesej macam tu dan saya memang buat-buat tak tahu terima kasih pada kawan saya kerana banyak membantu untuk mengenal istilah songsang ini. Saya juga amat tidak gemar meilhat lelaki yang mesej/menelefon/chit-chat normal dengan kata-kata seperti:

- nak kiss boleh?
- ala kita dua ja kan mana ada bahaya, boleh la lepas geram dan kiss kuat-kuat....
- nak peluk la badan U yang best, mantap tu...!
- nak jilat badan U boleh, nak peluk kuat-kuat..
- i nak ikut U mandi boleh?
- jom cuti sama nanti i boleh jadi milik U, U boleh jadi milik I (ingat U & I milik Allah! dosa ja tu)
- i rinduuuu kamu...
- ....

Ish banyak lagi..kadang-kadang saya pun tak tahu susah bebenor ka anda nak paham, tolong hormati orang lain kalau dia defense dan kata jangan hantar maka jangan lah hantar macam tu lagi, atau jika dia diam tidak balas mesej anda bukan bermakna dia suka dan jangan anda pula yang over untuk berulang kali sebegitu... Hormati orang lain. Jangan kita pandai minta orang hormati kita tetapi benda-benda macam ini hilang hormat kita pada seseorang. Ada paham? (loghat india)
****

SO: Bunyi macam iya-iya ja awak ni bukan kan...boleh percaya ka?

MN: Terpulang pada ko nak percaya aku ka tidak der! Macam aku ckp tadi 3 sebab utama da cukup utk itu. Untuk pengetahuan ko,
aku sangat takut dengan abang aku b
agi aku tiap kata-kata yang keluar dari mulutnya mesti dia akan lakukan. Jadi aku tak perlu jadi macam ko dan buat apa aku jadi macam ko. Cinta GAY tak wujud! Cinta GAY hanya pada nafsu (body mantap, kote, bontot, dan segala jenis badan manusia) maaf tiada lagi kompromi itu adalah kenyataan! suatu fakta! NAFSU SEMATA.... kalau benar cinta GAY sejati kenapa kerap tukar jantan? tipu kekasih dan kecurangan serta
pasang skandal..nafsu der! nafsu! MasyAllah... ingatlah jangan sampai Allah itu menutup pintu hati anda serta menurun kan balas pada kamu!
****

SO: Awak ada abang kan, awak mesti rapatkan, jangan tipoo I do read your blog already....abang-abang awak ada yang gay tak?
MN: Ko ni pelik la der! Ang boleh tanya pasal aku tetapi jangan sentuh hal peribadi keluarga aku! Pelik lah ko ni...

SO: BEB, relaks answer my question please...

MN: Ko ni macam polis la pulak... maaf abang aku bukan macam tu okay mak kami akan sedih jika kami sebegitu jadi kami tid
ak akan jadi sebegitu. Kami rapat tidak bermakna atas hubungan nafsu macam korang...Kami rapat adalah kerana ikatan adik-beradik dan pertalian darah kami. Saya sayangkan keluarga saya lebih dari apa yang saya ada.

Lagi pun aku tade hak untuk mengambil tahu semua tentang hal abang aku. Jika ada pun aku menerima seadanya bagi aku, aku tiada hak membuang keluarga aku tanpa mereka aku tiada di dunia ini. Abang aku sudah tentu bukan gay!!!! Kalau tidak masakan dia sendiri membenci aku jadi sebegitu kalau abang sebegitu. Abang aku tidak akan menjadi seperti ibu ketam yang cuba menyuruh anak nya berjalan lurus sedangkan ibu nya pun berjalan bengkok dan ko tolong jangan tanya soalan bodoh macam ini boleh! apa yang ko nak sebenar ny ni? Sudah jangan tanya soalan macam ni.
****

SO: Saya nak tanya dalam keluarga besar awak tak kan la tade yang macam tu?

MN: woii...ko ni apa hal tanya soalan-soalan macam ni? Ko ni nak buat bancian ka pa?

SO: HAHAHA....hmmm tak leh ka tanya awak?

MN: Haishh... ye ada dalam keluarga besar saya tetapi dia da kembali ke pangkal jalan, insyAllah. So fullstop!

SO: fuyooo... macam mana dia boleh bertaubat? Siapa dia? Abang awak ka? Adik awak ka?

MN: sudah! aku dah kata fullstop! jangan tanya lagiiiii.....
****

SO: Saya nak berkenalan dengan awak. Awak sudi? Saya suka tengok awak. Awak tak nak ubah saya ka?


MN: Ko ni problem la der. Tolonglah suka kat aku? Aku ni takde rupa, badan pun tak segak, badan tak mantap, muka pun besa ja, nak kata kaya duit pun
PTPTipu + mak + abah + abang aku... aku pun ada motor ja. Dahlah cinta korang tu ternyata palsu semua nya nafsu di hadapan dah abes lunyai ko ratah partner korang, korang tinggalkan dan cari lain! Itu semua nafsu! Dalam pada masa yang sama korang amik kesempatan pada kebaikan partner dan pergunakan partner korang. Bak kata kak Limah korang ni "BULLSIT". Aku tak bodoh lah, aku sedih tengok kawan aku yang seperti ko dan lain-lain, aku sedih tengok dia dipermainkan pada masa yang sama dia di dilema antara nafsu pada laki dan perempuan. Hinggakan dia terpaksa lupakan perempuan itu kerana janji-janji manis lelaki itu! Kawan aku tu pun amat menyukai lelaki itu kerana rupa dan bentuk badan laki itu! Aku lebih kesian kan pada perempuan itu kerana dua-dua adalah kenalan aku semasa aku matrik. Aku bukan benci gay tetapi tolong la cari lelaki yang berhaluan dan bernafsu sejenis dengan korang juga, kasihani lelaki normal lain jangan buat mereka jadi kecelaruan gender dilema antara dua jenis nafsu!

Ubah ko? Ingat lah wahai saudara seIslam ku, bahawasanya dalam salah satu firman Allah, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengu
bah nya sendiri, oleh itu bukan sahaja aku, teman rapat ko, sahabat ko, malahan kekasih ko pun tidak mampu mengubah ko jika ia tidak datang dari hati ko sendiri. Jangan tipu aku, ada orang yang mampu ubah ko! dan ada orang rela nak mengubah ko! Itu semua pembohong! Kau mungkin akan berubah itu pun sebab kau suka dia tetapi bile orang yang ubah ko tu buat hal dengan ko ada problem ka ada sesorang yang lain yang lagi ensem ada rupa dari ko lalu dia tinggalkan ko, adakah ko akan betul-betul berubah? Jangan dilaknat tuhan baru nak ingat 'erti keinsafan...' jangan nak tunggu dah betul-betul terduduk baru nak terngadah perit dan pedih bro........

Bagi aku satu sahaja jalan untuk berubah iaitu dari keluarga sendiri. Aku ada baca satu buku yang menyatakan jika terasa susah sangat nak berubah dari buruk ke baik:

1- sayangi keluarga...jika sayang keluarga maka insyAllah anda akan berubah.
2- nawaitu..kadang-kadang kerana nawaitu kita boleh berubah. Sudah ada firman menyatakan apa sekalipun pekerjaan di mulakan dengan niat.. jadi berniat lah dengan izin Allah insyAllah...
3- berterus-terang...carilah keluarga sebaiknya yang anda betul-betul rapat dan prcaya. Jangan cari kawan atau kawan yang sehaluan dengan anda kalau tidak mustahil akan berjaya.
4- Kembali lah pada Allah. aku ada terdengar orang macam ko cakap, aku
sembahyang tak tinggal, aku puasa sunat..semua cukup nafsu tetap nafsu; ada juga yang cakap walaupun aku tidak lupa tuhan namun tetap akn teruskan semua ini hinggalah terbuka pintu hati dengan menerima hidayah dari Allah untuk berubah! Persoalan sampai bila? Dah kahwin baru nak berubah? Kalau tak kawen? Come on la...aku tengok banyak ja yang dah kahwin main jantan balik. Berubah dengan niat ikhlas kerana Allah. BUKAN BERUBAH KERANA SESEORANG ATAU SESUATU SEMUA ITU PALSU!!!!

Aku harap ko paham...bukan tak nak ubah ko. Aku pun insan biasa yang tidak lengkap serba serbi...tuhan tu dah bagi AL-Quran dan As-sunnah yang berikan kpd Muhammad S.a.w pergunakan nya sebaiknya kerana itulah sebaik-baik pengajaran yang mampu bimbing ko kelak. Ingat jihad terbesar adalah NAFSU! Ko berjuang dan mati kerana melawan nafsu mati syahid der....ko tak nak? renungkan...indahNya Islam
****

Saya teringat pada kata-kata teman baik saya, Izzati, Zati selalu cakap pada saya
"nasz, aku sekarang ini risau nak cari jodoh aku yelah sekarang ini lelaki ensem semua nya adalah gay/bi, yang badan ketul-ketul pun belum tentu diorang normal...aku takut lah nasz, nak cari yang tak ensem ala tak berkenan la pulak haha!"
Zati, kalau dulu orang lelaki duk risau pasal perempuan-perempuan yang bertudung litup samada masih dara atau tak la ni lelaki pula yang kena. Inilah petanda akhir zaman izzati! Susah nak cari lelaki yang betul-betul lelaki dan perempuan yang betul-betul dara. Kit
a tidak boleh kawal manusia. Jika kita kawal nanti isu kebebasan yang akan menjadi perdebatan. Sebaliknya kita hnya mampu berdoa pada Allah, berbalik pada yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui.. doakan moga orang-orang yang kita sayangi dilindungi iman dan taqwa nya kepada Allah....
****

SO: Insaf sekejap! Ada betul bro ko cakap, Ko ni bukan calang-calang orang kan! Ko buat aku takut untuk kenali ko. Ko ni macam banyak pengalaman ja. Adakah ko???

MN: ISH da guna aku ko lak hahaha..hmm,ko ni...jangan tuduh-tuduh boleh tak? Aku benci orang suka menuduh tanpa usul periksa. Macam aku cakap tadi aku memang ada kawan macam ni dia best friends aku tambahan pula aku kena mengaku sewaktu aku jadi artis UTM pn banyak je orang macam ko kat pusat kebudayaan tu, aku harus mengaku sesuatu bahawasanya budak-budak kebudayaan bukan sahaja UTM malah mana-mana U kebanyakan adalah macam tu samada nak mengaku atau tidak..terpulang. Aku pernah dapat warning dari senior aku kalau aku nak kekal lama sebagai artis UTM dapat banyak show aku kena jadi anak ikan diorang. Aku tolak akhirnya satu pn aku takde show lepas tu. Alhamdulillah, walaupun aku freelance tiap-tiap bulan 3 aku ada ja show yang besar-besar siap ada manager lagi.. cari rezeki ha
lal lagi dapat keredhaan dari Allah. (ni blog aku...ko tak puas ati bermakna ko adalah macam tu! simple "sape makan cili dia terasa pedas")

Harap jangan tanya soalan bodoh itu lagi...terima kasih!
****

SO: Kenapa ko ni susah nak mengaku der! Ngaku jelah! Aku terasa macam ko ni hopokrit pulak? Ko dah ada bf?

MN: Ko memang menguji kesabaran aku. Naseb baik aku tidak kenal ko. Terpulang aku tak mungkin dan tak kan jadi macam ko! Aku tanak menanggung perit nya hidup berpaksi dan bertuhan kan NAFSU! Semua itu hanya sementara... Aku tanak jadi macam ko andai insan-insann disisi ku yang amat aku sayangi akan bersedih dan kecewa kerana aku telah melukakan dan mengecewakan harapan mereka pada aku. Oleh itu, bro tolong dan tolong
jangan merapu lagi! Hipokrit! Susah nak bercakap dengan orang macam ko, aku tahu ko memang nak dengar jawapan yang aku ni macam ko kemudian baru ko nak cakap aku bukan hipokrit betul kan...tak perlu nak mengajar aku psikologi. I'm damn good than U bro!!!!
Kau jangan main api dengan aku..kalau belum kenal siapa aku!
****

Sebenarnya ada banyak lagi mesej nya tetapi saya terasa malas nak taip lagi haha...Tetapi tengoklah andai ada respon yang baik dari anda insyAllah akan muncul part 2. Untuk pengetahuan anda SO adalah nama FB dia dan tidak perlu selongkar FB saya untuk mengenali siapa dia di sebabkan saya sudah blok dia terus dari FB saya. Saya sudah pening dan migrain menangani isu-isu sejenis ini. Oleh itu, ini sekadar perkongsian sahaja. Terpulang anda ingin menilai dan mentafsirkan nya. Cukuplah family saya tahu siapa saya dan insan-insan yang rapat dengan saya tahu siapa saya.

Terima kasih sudi menyinggah!

Salam.

p/s: kita hanya mampu menilai tetapi kita tidak mampu dan tidak boleh menghukum :)

1 comment:

Saya Tidak Ingin Dibedahkan said...

Kadang kita orang sangat sulit lihat rupa orang yang menawan. tapi apapun itu, sama je prosesnya.

sebagian orang akan memulai dengan tampang yang to orang mau. tapi untuk bertahan memang butuh waktu dan kesamaan pendirian.


maaf je kalau mengganggu.
i am gay but i can not come out to my sosiality


korang punya banyak waktu luang?
korang bisa mampir di blog awak