Friday, July 8, 2011

Abang tabah ya!

Assalamualaikum w.b.t

Maaf dah lama tak berblog saya kesibukan dengan kerja di pejabat. Saya pun banyak habiskan masa saya dengan rutin harian kerja, bersukan di malam hari sepanjang 5 hari bekerja dan banyak menghabiskan masa dengan tidur atau keluar dengan kak angkat saya di hujung minggu namun tidak lagi selepas ahad ini pada 10/07/2011, kerana akak kesayangan saya ini bakal bertunang dengan jejaka pilihan nya nanti.. TAHNIAH KAK KIERA!

Tujuan saya menulis blog ini adalah kerana saya simpati dan sedih dengan abang saya. Saya lihat abang sangat tertekan kebelakangan ini namun saya tidak mampu berbuat apa-apa sekadar melihat sahaja kerana abang terlalu jauh dengan saya. Saya tahu abang banyak kena pikul tanggungjawab saya sentiasa risau akan nya terutama kesihatan abang.

Abang, adik doakan abang sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup ya. Walau apa pun yang berlaku abang kena ingat Allah sentiasa dengan abang. Abang pun tidak keseorangan abang ada keluarga di sisi abang ada mak ada abah dan ada adik. Adik tak pernah tinggalkan abang cuma kesibukan yang buat kita sedikit renggang namun kasih sayang kita sentiasa utuh. Tiba-tiba rindu lak kenangan kita p mengai sama-sama kat laut belakang umah kita. Rindu kenangan itu!

Abang, abang kena kuat! Dugaan tak pernah berhenti menduga kita. Tiap yang berlaku ada hikmah nya. Percayalah abang. Adik yakin segala kesedihan dan kedukaan yang melanda kita akan berakhir namun kita jangan pernah berhnti berdoa kepadaNya.

Abang tabah ya..Doa adik sentiasa mengiringi abang. jaga diri jaga kesihatan.
Adik doakan abang akan buat yang terbaik untuk game minggu hadapan ini. All da best abang:)

No comments: