Tuesday, November 19, 2013

Kisah Yang Tertangguh

Salam. Baca tajuk pun dah menunjukan dramatiknya nukilan saya kali ni. Lama tak menulis di sini, baiklah dipendekkan cerita pada Sabtu (16/11/2013) saya mendapat berita dari Nadia, teman rapat saya sejak 3 tahun lepas akan kematian Abg Jefri/Mohd Jefri Bin Khalid iaitu abg kepada abg aku (bekas da kot) Mohd Fauzi Khalid yg dibanggakan oleh ramai pihak akan kejayaan beliau sebagai ikon silat lincah di Majlis Sukan Negara. Malah, aku juga anak angkat kepada keluarga Encik Khalid dan Puan Maimon (emak abg pojie/entah betul ke tak namanya, lupa...).

Berita ini sangat mengecewakan aku. Aku terdiam seketika. Jika bukan kerana Nadia, sampai tahun depan pun even bila aku mati pun aku takan tahu akan kisah ini. Nampak tak? Aku takde niat apa pun cuma dari situ aku semakin sedar, siapa aku di mata dia lagi, siapa aku untuk berada di hati dia lagi. Aku ini tak ubah MUSUH di matanya.

Lupakan kisah manusia derhaka.

Aku titipkan doa agar Abg Jefri dipermudahkan Allah melalui perjalanan alam barzakh. Mendapatkan keredhaan Alla selalu serta ketenangan dariNya.

Muhasabah!

Harap yang telah pergi memberi kesedaran kepada yang hidup, mati itu pasti!

Berubahlah untuk kebaikan. Manusia tidak lari dari kesilapan dan mungkin ada yang tidak dapat diubah namun ada yang masih boleh berubah dengan kehendak diri dengan izin Allah s.w.t. Kehidupan mematangkan diri.

Alhamdulillah, aku semakin berusaha mematangkan diri aku. Aku sentiasa perbaiki diri aku dari jatuh terduduk lagi. Ini zaman karier aku. Aku akan buktikan within 5 years I will be in the top management/junior management, don't ever underestimated me. And, what I can achieve in years to come.

Regards,
MNMS

Tuesday, July 23, 2013

Merepek

Salam 14 Ramadhan. Hampir 5 hari badan tak sihat. Masih batuk-batuk dan selsema. Gigih bekerja. Alhamdulillah. Saya amat menikmati kehidupan saya kini. Meninggalkan segala memori pahit dibelakang. Tidak menunding sapa-sapa. Tidak berusaha mencai kebenaran.

Saya kehilangan tiga (3) benda yang sangat penting dalam hidup saya yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada karier saya kini.

Perkara penting. Yang memeningkan kepala tolak ketepi. Tinggalkan. Jauhkan. Anda boleh berjaya. Itu pasti. Saya kini hidup mempunyai target dan misi lebih kehadapan. Saya ingin buktikan kepada beberapa manusia yang memikirkan saya ini tidak seperti makhluk-makhluk lain yang tidak mampu berjaya dengan meng-downgraded kemampuan saya.

Insya Allah saya yakin, saya mampu. Rezeki Allah itu melimpah ruah dan sehingga kini Allah telah dan sentiasa berikan rezeki yang terbaik buat saya dan keluarga.

Apa aku merepek haha. Kawan-kawan doakan saya untuk masuk ke Kerajaan sebagai pegawai ya! Sentiasa berusaha. :)

Friday, July 12, 2013

Permulaan...


Salam Jum'ah,
Salam Ramadhan ketiga,
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan...

Syukur.

Agak lama tidak berbicara di ruangan maya ini. Mesti ramai follower dah hilangkan hehe.
Alhamdulillah, kini kembali menulis meluahkan rasa di alam maya ini.

Hampir 2 tahun menyepi. Penuh warna-warni.
Praise to Allah, saya pun telah bekerja di salah sebuah syarikat pembangunan yang di antara terbesar di Malaysia juga sebuah Government Link Company (GLC) sebagai Eksekutif Hartanah di mana tugas utama ialah pengurusan asset bagi syarikat saya. Boleh di katakan banyak melibatkan kertas-kertas kerja dan report.

Cukup di situ.

Saya masih di sini menjalani sebuah kehidupan.
Pelbagai suka dan duka telah saya hadapi.
Pertemuan dan kehilangan yang saya turuti.
Perpisahan sentiasa menanti.

Yang lebih pasti Ramadhan tinggal 27 hari sahaja lagi dan akan berlalu meninggalkan kita.

Sunday, December 25, 2011

No Merry Christ Mas

David: Morning..wat a great day..
Muslim: morning..so, hows ur Christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
DAvid: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..can not!..it will effect my faith..
Muslim: but y?just a word..:)..say it..:)
David: now i am understand:)

No Merry Christ mas ya...for those who appreciate your religion:)


ps: to my bff thanks for understanding me and my religion of course our restriction eventho i'm not wishing U ur eve celebration doesnt mean i dont wanna see u happy. I'm always here for u. have a good day bro :)

Sunday, December 18, 2011

Syurga Itu Benar

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kalian?

Syukur ke hadrat Illahi kita masih ada sehingga ke hari ini walaupun esok belum tentu milik kita. Saya berterima kasih tak terhingga kepada yang berhubung dengan saya walaupun saya jarang menulis di sini sejak di semester ini. Saya berterima kasih kepada kengkawan saya dan beloved family yang sentiasa sokong saya hanya diorang yang tahu bertapa saya sangat tension dan stress sehingga terpaksa masuk hospital untuk operation kecil yang terjadi 2 hari sebelum hari raya haji hari itu. Syukur segalanya selamat. Terima kasih kepada Eric kerana beliau sentiasa bersama saya susah dan senang tak lupa kepada geng babies ( Aten, Lala & Amna) juga Kucha.  Dan ramai lagi thank you a lot juga kepada ramai yang mengenali dan 'agak rapat' yang marah pada saya sebab tak bagitahu saya di masukkan ke hospital untuk pembedahan. Maaf its so sudden lepas menderita almost a day in room ingat kena simple gastrik + migraine on the next morning i'm went to Pusat Kesihatan UTM, then they told me i need to be sent to Emergency Ward immediately for pembedahan. hahaha....

Kemudian Allah uji saya dengan bebanan yang sangat berat untuk Projek Tahun Akhir part 1 yang sangat berat. Alhamdulillah, part 1 saya selesai siap dengan pujian dari Supervisor saya Sir Razani saya. Thanks sir insha Allah pada 28-30hb Disember ini saya akan membuat presentation/viva yang terbaik. I will!

Saya teringin nak menyatakan hal ini tetapi saya takut ada yang salah anggap lagi setelah beberapa kali saya cuba namun bila dah jadi mulut ke mulut fitnah yang terjadi. Hina nya menjadi umat Nabi jika kita mencacatkan sendiri kita sebagai umat Islam walaupun nabi sangat sayang dan pertahankan kita. Its so shame. Sebenarnya, saya sangat rindu pada dia. Seseorang yang pernah datang memberikan saya kebahagiaan walaupun sekejap. Teringat pada kata-katanya 'yang saya tak pernah cuba paham dia dan masalah dia' kadang-kadang saya terpikir apabila dia ada ego, saya pun ego dan baran saya maka ini yang terjadi. Saya sedih tiap kawan-kawan dia semua mengambil kesempatan kepada 'kelemahan' diri dia secara tidak sedar, Tetapi what happens is happen. No regret. Biar rindu itu jadi kekuatan bukan kelemahan. Luka dalam masa jadi penawarnya. Allah yang merancang segalanya tentu ada bahagia yang kita tak tahu. Just wanna let U know aku rindu kau!

Hey you, thanks for coming into my life. U make my life so blossom and full of colors. Ingat lagi perkenalan kita di bulan Ramadhan dulu dari situ kau membuat aku mula mendaki senyuman walaupun aku tahu kehidupan ini ibarat berumah di tepi pantai. Tapi itulah hidup never stop put an end whenever its just started. You mean a world to me. Eventho i'm failed in my past relationship with her (hope she will be mine again, i know it will) and him (the only bro that i'm only have). Hey and hey.... take care of this relationship no matter how.

Lagi sesemester segalanya akan berakhir dan mula bergerak ke fasa seterusnya dalam mematangkan diri ini iaitu dunai pekerjaan. Dalam diri ini terlalu banyak perancangan harap saya sudah bersedia untuk ke fasa itu. See me another next 5 years siapa yang memandang saya yang merendahkan saya, rasanya siapa yang kenal nasz they know saya tak cakap kosong.

kenangan di Terminal KLIA sebelum travel ke Kuching
All is well.

Sunday, December 11, 2011

Naruto Shippuden: Dreamers Fight -- Part One


Sorry guys, saya sangat sibuk semester ini dengan kehidupan yang sangat memeningkan kepala dan sakit jiwa akibat pelbagai perkara tetapi bukan kerana manusia ya. Ia lebih kepada hal pelajara terutama projek tahun akhir (PSM) / penulisan thesis dan juga sakit saya yang hmmm malas nak cakap. haha

Ooo video di atas tu sebahagian dari menghilangkan rasa tension study so dalam sibuk ber-utube saya terjumpa video ni so enjoy ok :)

Friday, October 21, 2011

No Title 2

Aku maafkan kamu
 
Tak perlu kita bertemu
 
                   Cukup kau tahu yang 

Aku maafkan kamu
 
                  Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku.