Wednesday, July 20, 2011

Untuk kamu.... 2


Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya terasa sangat tiada mood dan tidak sihat. Sudah 2 hari saya tidak keluar bersukan kerana menghadapi suatu keadaan di mana saya tidak pasti kenapa saya perlu dalam keadaan tertekan tak bertempat. Saya terasa begitu banyak masalah iaitu terlalu memikirkan hal orang lain. Dan saya selalu meletakkan prinsip dalam bermasalah adalah masalah selagi ianya bukan masalah yang datang dari saya sendiri saya tidak akan memberi tekanan pada diri jika ia sekadar memikirkan masalah orang lain ia sekadar masalah dan bukan tekanan pada saya. NAMUN, sejak kebelakangan ini masalah telah bertukar menjadi tekanan. STOP IT!

Untuk kamu,ya aku menulis untuk kamu walaupun aku jauh dari kamu kemungkinan kamu yang jauhkan diri dari aku tidak bermakna aku tidak tahu tentang hidup kamu. Suka duka dan sendu sendan hidup mu juga ku tahu ia datang dari naluri aku terhadapmu. Engkau sering berkata "sampai bila kesedihan akan berakhir!!!" dan acap kali berkata "di mana ketenangan hidup aku" apatah kini engkau juga berkata "perjalanan menuju kegelapan".

Kenapa kini kau bukan yang aku kenali dulu, di mana hilang kau yang dulu?
Dulu aku pernah berkata engkau sudah berubah namun kau tidak percaya kini...aku yakin kau paham maksud aku.
Dulu sewaktu aku dalam dunia aku siapa yang membuka mataku?
Siapa membawa ku sedar akan hidup ini suatu yang bernilai?
Siapa yang mengajar aku erti menyanyangi keluarga dan berkata family pemangkin utk kejayaan hidup?
Aku yakin kau tidak mampu hidup berseorang kerana kau tidak pernah berseorang pun kini akarnya di sini kau perlukan seseorang yang mampu mengembalikan kebahgiaan kamu tetapi hingga kini engkau masih tidak jumpa...

Maaf aku ingin bercakap tentang dunia mu itu. Terus terang aku cakap apa yang kau lalui tak ubah seperti aku dahulu. Aku yakin dulu ada nya kamu mampu memimpin aku kerana kau sendiri berkata kau akan sentiasa di sisi aku untuk melihat aku jadi diri aku dan berjaya! Carilah jalan hidup yang terbaik dalam hidup mu, walauapapun aku sokong kamu namun tidak bermakna di sini ku katakan jalan itu terbaik kerana sebaik-baik jalan hidup adalah berlandaskan al-quran dan as-sunnah. Cuma satu kupinta walau apa sekalipun jangan engkau tinggal segala amal kebaikan kamu! ya amal soleh, sedekah dan paling penting ibadah 5 itu. Amalkan insha Allah engkau akan paham kenapa aku acap kali menyuruh kamu jaga amal kebaikan kamu, bukan berlagak baik atau alim kerana aku juga sedar aku ini siapa di bumi Allah ini. Aku menegur dan terus mengingati akan kau, kerana kau bermakna dalam hidup aku,
jatuh kau maka jatuh aku juga!

Minta maaf aku terlalu kasih akan kau. (yang membaca tolong paham erti kasih dahulu)
Aku ingin menegur tetapi aku takut kehadiran aku akan menambah kan lagi beban yang kau tanggung jadi biar aku menulis di sini menggarap segala yang aku rasa perlu kerana aku yakin kau perlukan kekuatan utk hidup. Aku ingin menjadi kekuatan itu kembali.

Haaaa.kekuatan untuk hidup. Kekuatan itu sudah lama ada di hadapan engkau tetapi kau yang tidak yakin dengan 'kekuatan itu' lagi. Carilah punca nya kenapa? perbaiki.. agar jadi lebih baik.

Pagi ni aku membaca blog kamu, dan ku lihat kau berkata tentang berjanji untuk mencari jawapan segala yang terjadi, terus terang kukatakan kau jangan memendam lagi. Jika kau terus memendam kau takan temui jawapan. Percayalah, hidup ini terlalu ramai yang ingin melihat kita berjaya pada masa yang sama ramai juga yang ingin melihat kita jatuh. Bagi aku kini, adalah peluang.

Di sini ada satu kata-kata yang aku selalu pegang yang aku cipta sendiri yang aku hanya akan bagi kepada seseorang yang aku betul-betul yakin dia paham dengan kata-kata aku ini setakat ini hanya 3 orang yang aku pernah berikan kata-kata ini dan alhamdulillah mereka dapat belajar sampai luar negara, kata-kata ku ini biasa ja namun jika kau memahami nya aku yakin masalah akan tetap masalah namun bukan tekanan dalam hidup kau!

"if you want to make world as the better place, first look at yourself, than take that chances to change it"

makna nya "kalau engkau ingin kan dunia sebagai tempat terbaik untukmu, pertama sekali lihat ke dalam diri, apa yang ada dalam diri itu ambil sebagai peluang bukan sebagai kelemahan dan ubahlah..." terlalu ramai yang percaya kelemahan diri itu akan membawa diri lebih jauh ke dalam dunia pilihan kita sendiri menjadikan kita semakin tidak yakin pada diri dan hilang pegangan hidup. Sebenarnya kelemahan diri misalnya apa yang kau sering cakap dlm blog kamu itu adalah satu peluang untuk kamu. Peluang untuk mengubah jadi lebih baik! Lihat di sisi yang positif maka berusaha untuk lebih baik. Tinggalkan apa yang tidak patut. Seperti mana makan minum kita cari yang halal maka hidup ini pun kena macam tu pilih jalan yang halal. Peluang itu banyak tidak pernah berkurang sedikit pun dan penyelesaiannya pun berbagai-bagai.
Fikirkan yang mana baik dan yang terbaik! (ingat kata-kata ini, engkau selalu beri pada aku jika aku dalam kekalutan)

Kadang-kadang aku cuba masuk ke dunia mu, aku mencari apakah masalah yang engkau sering katakan, terus terang ku katakan itu bukan masalah sebaliknya hatimu yang tidak tenang. Hati mu terlalu keras dan susah dilentur. Sebab itu jangan memendam kerana psikologinya di sini hati kita akan keras bila keras hati sukar menerima, sukar untuk terima yang positif sebaliknya yang negatif paling mudah kerana hati ini paling kuat dengan syaitan yang suka menghasut apatah peranan nya menggoda nafsu. Lembutkan hatimu! Lembutkan jiwamu.... hati tidak akan pernah tenang sembahyang lah sekhusyuk mana sekalipun jika kita sendiri tidak didik hati kita untuk berlembut maka payah untuk kita tenang. Aku bercakap begini sebab dulu hati aku pun keras juga tetapi selepas pengalaman p mengai dengan seseorang yang paling aku sayang last year buat aku terbuka hati untuk menjadi lebih lembut, percayalah...hati yang lembut dan suci serta bersih punca ketenangan hidup.

Aku nak! Aku nak dan nak sangat bantu tetapi aku tidak mampu kerana kau menjauhkan diri dari aku. Aku sekadar menunggu kau datang pada aku. Aku berjanji akan bantu engkau kerana kau punca kejayaan aku. Jadi aku tidak akan biarkan kau sesekali jatuh. Aku sanggup menjadi papah kamu sanggup menjadi kaki ketiga kamu untuk memimpin kamu berjalan dalam hidup.

Sudah-sudahlah...kosong-kosong adalah yang terbaik. Manusia mana tidak buat salah kadang-kadang benda baik pun jadi salah di mata kita. Bukan bertindak menyalahkan sesiapa tetapi ini realiti hidup. Mungkin hari ini dia buat salah tetapi kita pula mungkin tidak pada dia tetapi pada orang lain. Kita semua nak yang indah, yang bahagia, yang ceria tetapi kita menolak orang yang terlalu sayang dan kasih kita kerana satu perkara. Sedangkan kita tahu dia adalah nadi hidup kita. Dia kekuatan kita selama ini.

Yup, peluang berilah peluang..... tiada yang rugi pun.

ya Allah, sungguhpun ku jauh dari insan ini namun ku tidak pernah berhenti berdoa untuk dirinya. Kasihnya aku padanya menuntut nyawaku andai itu pertaruhannya. Aku sedar aku siapa untuk kembali di sisi melainkan aku kembali bertahta di hati itu adalah yang lebih baik... namun aku juga kena sedar dan berpijak bumi nyata. Aku sekadar mampu melihat dari jauh!

Ya Allah berkat Ramadhan mu yang akan menjelang tiba ini, bantulah hambamu yang satu ini, kuyakin dalam dirinya terlalu banyak tekanan maka Kau lembutkan hatinya ya Allah, kerana hatinya tiada belaian yang mampu melenturkan yang terbaik untuk hidupnya. Ubati hatinya ya Allah! Sembuhkan hatinya....moga ketenangan yang di cari nya akan tiba dan kebahgiaan yang dia pernah kecapi dahulu akan berulang kembali.

Ku rindukan senyuman yang datang dari hatinya itu.

No comments: