Thursday, July 21, 2011

Siapa di sisiku kini?

Hampir seminggu tidur saya seperti tidak puassedangkan saya tidur cukup 7 jam. Nak kata diri ini terlalu memikir masalah saya rasa tidak lah sampai menganggu fikiran saya pun cuma saya pelik badan saya sangat letih dan penat serta lesu.

Saya kini TERSEPIT... sedangkan saya tak lakukan apa pun orang duk cakap saya macam-macam. Saya letih dan penat kerja balik pun dah lewat petang, biasanya lepas maghrib saya akan ke USM berjumpa senior UTM dan ex-KMPk saya yang buat master di USM untuk beriadah di
padang USM saya lakukan semua ini semata-mata untuk release tension dan apabila sampai rumah saya nak terus tidur tak mahu fikir apa-apa.

Rutin harian saya membataskan saya untuk bercakap dan berbual panjang dengan family saya di rumah. Kadang-kadang saya hanya berbalas sms dengan emak untuk bertanya kabar berita nya sewaktu saya di pejabat. Masakan tidak nya saya cam tu, pergi dan balik kerja memang tak berkesempatan jumpa mak.

Sudah hampir seminggu saya tidak keluar malam malah pergerakan saya terbatas seolah-olah
apa yang saya lakukan tidak kena. Kadang-kadang nak pergi kerja pun malas saya tidak mahu orang cakap saya macam-macam. Apa salah saya? Dulu ada yang membela kini i'm totally all alone.....

TERUS TERANG DAN PERCAYA SAYA TIDAK BUAT APA PUN..PUAS KU JAGA TINGKAH DAN LAKU AKU NAMUNNNN KENAPA AKU DI KATA MACAM-MACAM.
SIAPA DI SISIKU KINI?

Orang luar yang mendengar sahaja akan menuduh saya macam-macam tetapi anda semua tidak tahu dan tidak nampak. Tahu tak dosa memfitnah tanpa usul periksa? Saya tidak kata ada betul salah di sini.

Kalau nak cari punca masalah pun memang takan jumpa sebab benda makin sukar hanya toleransi dan BERALAH itu sahaja penyelesaian. Keadaan akan terus mendesak yang terbaik tampil kehadapan dengan tenang laksanakan tindakan penyelesaian dengan baik penyelesaian jarak jauh atau sekadar mendengar dan mendapatkan pandangan dan pendapat dari manusia yang tiada tauliah memang akan memburukan keadaan. nanti jadi fitnah dosa besar! Kenapa saya katakan tiada tauliah sebabnya jika seorang yang mampu memberi nasihat dan pandangan dia tidak akan buat keputusan sebelah pihak sebaliknya memahami punca masalah, bertanya pada 2 pihak yang terlibat itu baru betul! sebab nya bimbang berlaku tidak adil. Entahlaa.. terus terang saya dah penat memikirkan hal orang saya dah penat berusaha perbaiki keadaan penat memulihkan ukhwah namun...... saya pulak yang jadi mangsa keadaan.

lagi jauh kita lari...
lagi dekat kenangan tu dgn kita..
lagi jauh kita lari...
lagi sunyi kita rasa....
lagi jauh kita lari...
lagi semak otak kita....

Kenapa harus kita lari dari masalah dan buat keputusan yang salah?
(penulisan da berterabur)

Nak buat keputusan sekalipun biar bersaksi jangan buat keputusan dan pertimbangan ikut hati dan nafsu serta amarah.

Siapa yang nak bela aku? Saya hanya mampu berdoa hari demi demi, saya yakin Allah ada dengan saya, alhamdulillah saya tenang walaupun pelbagai dugaan datang tanpa diduga. Saya bersyukur sangat-sangat migrain pun dah tade, apatah nak tension-tension pun tidak, MASALAH SEKADAR MASALAH BUKAN TEKANAN HIDUP!

Saya ingin meminta maaf andai saya ada buat salah. Saya tahu ada salah dan silap saya pada dia namun bukan semua salah saya berpunca dari saya. Tolong jangan campurkan hal kita dengan hal yang timbul kini. Selidiki dahulu jangan hentam kromo dan membabi buta buat penilaian. Itu saja pinta saya.

MAAF, KUMINTA MAAF, saya hanya ingin yang baik-baik dan tak sangka semua jadi cam ni puas ku jaga tingkah dan laku ku, penat ku cuba melebarkan senyuman walaupun tawar demi menjaga hati semua orang tetapi aku gagal! Aku sedaya upaya perbaiki ukhwah walau apa jua halangan dan cabaran tetapi usaha aku seperti tidak dihargai malah aku yang kena balik. Aku jujur dan ikhlas kerana Allah aku ingin perbaiki ukhwah ini sedaya semampu aku percayalah apa yang berlaku kini engkau nilai dan renungkan baik-baik kalau niat aku ada sebaliknya aku tak perlu beria-ria buat semua ini padamu. Dunia ni penuh cabaran dan dugaan jangan salah membuat pertimbangan hidup, waallahua'lam.

saya minta maaf. moga ada kebahgiaan menanti Ramadhan pada kali ini.
Siapa di pihak saya kini? tidak minta membela sebaliknya pahami saya dan saya bukan seperti yang orang lain sangka tuduhkan. hmmmmmmmm

No comments: