Saban hari saya merasakan sukar. Saya tahu saya dipihak yang benar, dan sentiasa benar. Sungguhpun saya dirundung dengan cabaran yang tak tahu saya nak terangkan betapa susahnya cabaran ini namun hati saya tidak pernah tidak tenang. Alhamdulillah paling teruk pun saya migrain (rasa nak ketuk ja kepala ni hmmm..).
*pada yang blog aku kalau ko nak perli sakit aku.... nyah ko nyah! you're not welcome to read this blog.
Saya sedih melihat seseorang yang paling rapat dengan saya, saya tahu dia sedar akan kekalutan yang berlaku dan yang hadir dalam hidupnya namun dia tersepit di dalam pilihan yang dia sendiri tentukan. Dilema itu hadir apabila kita terlalu bergantung dengan 'manusia yang jahil', kenapa tidak kita bergantung pada Allah s.w.t? Kita diberi sunat istikharah bahkan sunat hajat sebagai pebimbing kita dalam membuat pilihan hidup dan memohon hajat. Berunding dengan manusia belum tentu lagi kita dapat peroleh jawapan tetambah jika sesoerang yang kita ingin mendapatkan pendapat ada niat yang kita sendiri tidak tak tahu kita hanya pandang kebaikan dia sebab dia buat baik pada kita namun pada orang lain entah dia baik atau tidak, jadi kita memilih dia untuk bergantung harap. Back to basic, bermakna kembali pada Allah berdoa dan banyakkan baca al-quran, hati tidak tenang bagaimana kita hendak buat keputusan?
Sabar itu indah. Acapkali saya dengar kadang-kadang sampai meluat pula, jangan permainkan kesabaran itu.... Semua orang boleh sabar tetapi kalau sabar itu kosong dan haprak baik tak payah cakap. Orang yang bersabar itu sebaik-baik iman nya yang teguh. Saya juga menasihati diri saya juga, tetambah saya ini juga pemarah kadang-kadang tu terlepas gak, namun saya mudah memaafi dan sedar kesalahan. Kalau benar kita bersabar, sabar kita itu akan indah tatkala kita cantikan lagi dengan sunat 5 waktu dengan khusyuk, bacaan yassin dan amalan-amalan sunat. Lakukan sunat taubat, saya ada berjumpa dengan seorang ustaz ini mengenai ke-makbulan sesuatu doa, ustaz tu berkata adalah lagi baik jika seblum kita tunaikan sunat hajat kita dahului dengan sunat taubat bagi mencucikan jiwa kita. Sesudah usai sunat taubat baru kita sunat hajat dengan segala hajat kita itu seboleh-bolehnya satu hajat satu sunat hajat. Nah, mudahkan! Islam itu mudah kenapa merasa sukar....Islam the way of life!!!
Kadang-kadang kita tidak sedar segala nikmat yang ada pada kita ini hanya sementara dan ujian menguji sejauh mana kita tahu bersyukur. Akibat kita tidak bersyukur lah, Allah memberikan kita sebaik-baik ujian ini. Hingga kita tidak sedar betul salah, haq batil, benar tidak benar, palsu dan tidak palsu... Antara celik dan buta seseorang itu adalah sejauh mana dia mampu menyelesaikan masalah nya. Bukan lari dari masalah...
Berdiam diri? tidak semudah itu. Sejauh mana kita mampu berdiam diri. Orang yang berdiam diri bila dilanda masalah dan konflik selalunya suka bertindak memilih berpihak pada satu pihak samada betul atau salah itu pilihannya, apabila bertindak sedemikian rupanya, maka peluang untuk melihat yang jelas dan yang betul adalah tipis kerana seseorang yang professional perlu bertindak celik akal, mendengar kedua pihak dan berfikir. Baru bertindak.... Tidak dapat membuat keputusan haaaa kan saya dah cakap istikharah? apa guna kita di ajar solat sunat itu kalau kita sendiri tidak menggunakan keistimewaan yang telah diberikan oleh Allah ini.
Gunakan akal! ibarat hasutan nafsu jika kita gagal mengawal akal kita maka nafsu akan dihadapan...ingat sekali berdosa tidak bermakna kita kan sentiasa berdosa, hentikan andaian sebegitu! lakukan taubat nasuha! pohon pada Allah agar kita dijauhkan dari segala dosa itu dan nekad tinggalkan kesilapan lalu itu. Jangan didekati dan ulangi nya lagi... Namun, saya paling takut dengan orang yang baru melihat dunia yang baru kenal 'manusia'. Mereka-mereka ini perlu jatuh terduduk baru nak terngadah sebabnya lagi kita tegur silap hari bulan kita di tuduh jahat dan selalu memberi tekanan serta balasan paling bodoh saya dengar 'manusia itu tidak boleh diubah melainkan diri sendiri'. Ya dulu saya juga fikir sebegitu, namun jika kita fikir baik-baik kenapa ada ustaz ustazah dan alim ulamak serta pakar psikologi kerana mereka ni berperanan untuk membimbing kita untuk back to basic. Memang mereka tidak mampu mengubah sebegitu juga ia tertulis dalam firman Allah 'sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah sesutau kaum itu sehingga kaum itu mengubah diri mereka sendiri' namun ada sambungan nya lagi dalam firman lain nabi muhammad itu sendiri telah meninggalkan al-quran dan as-sunnah sebagai apa? sebagai pebimbing kita... haaa...betulkan.
Namun saya sedih ramai yang tahu akhirat, tahu kiamat, ahri pembalasan dan siksa api neraka, sedihnya sekadar tahu tetapi dekati nya dan insafi nya jauh sekali sebab itu yang lemah akan terus lemah, yang kuat akan jadi lunyai.... sedar-sedarlah kalau sudah terlihat kebenaran usah berlagak untuk menegakkan benang yang basah...ditegak-kan pun lambat laun akan akan terlihat kesalahan nya jua. Tiada lagi pembelaan... benar tetap benar dan sentiasa benar.
Sedikit pesanan dari seseorang yang penah berunding dengan saya di meja ARB, perkongsian beliau begini "la ni sume benda segera, Ang buat dosa, itu jam juga tuhan kasi itu BALASAN segera, lu sedar munya atau lu tala sedar munya, MATI pn segera juga" simple ja kan. Tetapi betul balasan Allah sekarang ini segera, samada cepat atau lambat. SubhanAllah... Allahuakhbar.
Fikir-fikir dan renungkan. Hidup ini hanya sementara jangan sia-siakan segala yang kita ada.. kadang-kadang jalan yang penuh derita dan sengsara itu lebih dipandang Allah dari jalan yang penuh kebahgiaan tetapi kosong penuh dengan dusta dan kepura-puraan. Sesungguhnya seseorang yang dalam sengsara dan derita atau dilambung kesusahan adalah jujur dan telus dalam memohon kepadaNya, dalam mensyukuri nikmatNya sungguhpun dijalan yang dilalui nya ditempuhi duri yang maha tajam dan berbisa. waallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment