Monday, June 6, 2011

Aku Ingin ke Syurga

ALAMAK! Terlalu metaphora pula tajuk entry saya pada kali ini. Tiada sangkalan semua yang lahir dari dunia ini semestinya ingin dan menanam tekad untuk ke syurga suatu hari dan bukan memilih neraka selepas dihitung di hari pengadilan kelak. Sedih saya di sini, sudah azali namanya lahir sebagai manusia yang jahil dan bodoh sombong, insafnya sekejap angkat saja sejadah tanggal sahaja songkok mula kembali pada keadaan jahil. Sedih sekali. Ingat Allah hanya pada ketika memerlukan tidak pada waktu lain.

Saya terbaca dari Majalah Solusi pada bulan Jun, salah satu sikap mazmumah yang palin digeruni malah lebih digeruni dari penyakit AIDS/HIV iaitu hasad dengki. Nauzubillah… penyakit ini sebenarnya adalah penyakit hati dan jiwa yang tidak pernah tenteram.

Perlukah kita menanam hasad dengki ini? Kenapa kita sanggup melihat kehancuran? Kerana hasad dengki ini seeseorang yang berada di puncak bisa jatuh kerana dengki nya manusia. Sebuah keluarga yang bahagia bisa berantangan, berpertualangan dan boleh memu

tus tali persaudaraan kerana hasad dengki manusia. Seperti yang saya katakan ianya lahir dari hati yang tidak pernah tenteram dan tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain, tindakan nya sangat halus hinggakan kita yang sedang di hasut nya tidak mampu membezakan antara betul dan salah, yang hak dan batil, benar dan palsu serta jahat dan baik. Manusia zaman sekarang ini makin hari makin bijak…

Bijak menipu! Bijak mengampu!

Bijak memanipulasi orang lain!

Bijak mengaburi mata orang lain!

Bijak menghasut orang lain!

Asalkan dia mendapat apa yang dia inginkan, tiada siapa yang mampu halang nya, jika ada yang menghalang; apa yang dia tahu jatuh kan, hancurkan, dan pisahkan asalkan matlamat nya tercapai. Kejam dan keji! Oleh sebab itu Allah memandang hina tersangat-sangat hina manusia yang mempunyai sikap sebegini. Si-penghasad dengki ingat matlamat tidak pernah menghalalkan cara! Bertaubat lah kamu selagi terbuka pintu taubat untukmu.

Misi dunia berjaya.
Di akhirat bagaimana?

Bayangkan jika Allah itu membenci dan murka pada manusia sebegini, bagaimana “AKU INGIN KE SYURGA”? Bayangkan segala amal jariah segala kewajipan kamu pada Allah yang kamu kerjakan itu sendiri tidak diterima Allah? Kenapa perlu menanam niat untuk menjatuhkan sesame Islam. Adakah dengan melihat manusia bergaduh, manusia memutuskan persaudaraan, manusia jatuh dari puncak terus terduduk, yang kaya jadi miskin dan pelbagai lagi ragam manusia sekeji ini, anda berasa puas? Jangan pentingkan diri sendri. Fikirkan hati dan perasaan orang lain. Hidup ini adalah suatu perkongsian tidak perlu melakukan perkara-perkara tersebut demi kepentingan dan kehendak diri sendiri kerana tidak mendatangkan apa-apa faedah malah dibenci manusia apatah Allah s.w.t. Di dunia mungkin terlepas namun di akhirat? Aku ingin ke syurga namun neraka di hadapanku!!!

Susah untuk kita kenal pasti siapa yang ada hasad dengki ini namun jika kita celik akal tak perlu belajar sampai degree, master ka philosophy of doctorate semata-mata nak tahu siapa b

ersikap sebegini. Cukup kita melihat perkara yang berlaku dihadapan kita. Paling mudah pertelingkahan dan pergaduhan yang jika kita paling mudah untuk kenal pasti yang berlaku dihadapan kita atau yang kita sendiri alami. Orang yang bersikap dengki dan khianat ini tidak akan berusaha untuk menjadi air dan menjernihkan yang keruh malah dia kan bersikap menjauhkan kita lagi. Seperti yang saya cakap asalkan matlamat nya tercapai! Kita juga kesudahnya yang akan jatuh dan akan melihat kehancuran hidup kita sendiri sedikit demi sedikit.

Bagaimana yang berhadapan dengan orang yang memiliki sikap mazmumah ini? Keadaan mereka ini dating berbagai-bagai kalau yang jahil tu mudah kita lihat tetapi yang jenis jika kita lihat sembahyang tak tinggal yang baik-baik semua kita lihat hinggakan kita tertarik ada dia sedangkan di belakang kita dialah musuh utama bersikap penghancur yang mengikis sedikit demi sedikit kepercayaan kita pada orang-orang lain penghujung nya kebencian. Apakah matlamat mereka-mereka ini? Tiada siapa yang tahu melainkan Allah namun tiada yang mampu diselindung dari Allah lambat laun, tahi ya

ng di sorok bawah bantal pun akan berbau juga…bersabar dan yakin pada kuasa Allah.

Kita memang tidak akan pernah sesekali merasakan kejahatan mereka-mereka ini selagi kita tidak betul-betul Nampak namun itulah lemahnya selemah-lemah manusia yang memang tidak dapat disangkal lagi. Berdoa pada Allah selalu untuk mendapat petunjuk dariNya jangan diri kita turut sekali terjerumus dengan insane-insan sebegini.

Ya Allah sesungguhnya AkU INGIN KE SYURGA MU ITU…. Jangan kan anda yang terkena hasad dengki manusia ini pun tidak di beri keampunan dari Allah, jangan cakap

Allah tak lepaskankamu, sedangkan kamu telah memutuskan kan tali persaudaraan, kamu sendiri berputus asa dengan hidup, menyalahkan orang lain tanpa menyedari kesilapan sendiri, menolak kebenaran, dan paling sedih makin hari makin jauh pada Allah serta hati tidak tetap pada Allah. Jangan salah kan kerana orang lain anda jatuh atau apa..salahkan diri sendiri. Ada tuhan kenapa jauh pada Nya? Kenapa tidak pernah mengadu pada Allah dan tidak pernah memohon petunjuk dari Allah?

Aku terlalu ingin ke syurgamu ya Allah…namun aku tidak mampu…. Jangan cari alas an hidup terlalu bergantung dengan alas an adalah manusia paling lemah! Hentikan… jika dirimu ingin ke syurga bermula hari ini mula berkawan dengan golongan yang betul-betul leh membawa anda ke jalan yang benar dan redhai Allah s.w.t wallahualalam..


It’s just nasz thought…forgive me.

No comments: