Friday, May 27, 2011

AKU KINI

fuhhh fuhh fuhhh.... ya Allah berhabuk. Minta maaf semua agak lama saya mencoret perkhabaran saya di sini untuk tatapan anda semua.

Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun berada di Amanah Raya di posisi eksekutif dan juga sebagai trainee dalam urusan Pentadbir Harta Pusaka. Terus terang saya suka kan pekerjaan ini sungguhpun masih di alam praktikal. Perjalanan saya di sini akan berakhir pertengahan bulan Ogos ini nanti moga apabila hari terakhir saya melangkah keluar dari pejabat ARB ini saya akan memperoleh sesuatu yang bermanfaat untuk di kongsi dengan rakan-rakan sebidang dengan saya.

Alhamdulillah staf-staf ARB caw. Penang sangat baik dan gelaran hari pertama 'adik ensem' itu yang saya dapat dari kakak-kakak dan abang-abang kat sini.. haha macam nak tergelak pulak orang cam saya leh dapat gelaran macam tu. Bak kata saya "kalau badan tu ketui2 mungkin la kot sesuai dapat jolokan cam tu huuhu". Kini sudah 2 minggu di ARB saya bersyukur gelaran itu telah menjadi "adik praktikal" haha...

Apa yang menjadikan saya kagum dengan staf2 ARB yang majoriti nya berumor 30 an ke atas adalah mereka tidak lokek dalam memberi ilmu dan berkongsi ilmu. Malah apabila saya melangkah ke dalam pejabat saya dapat melihat semangat kekeluargaan yang sangat jelas di sini. Macam tahu2 ja saya ini seorang yang sangat-sangat sukakan semangat kekeluargaan. TERBAIK ARB PENANG!

SYUKUR YA ALLAH... alhamdulillah ku panjatkn pada yang Esa, akhirnya impian abang dan mak untuk melihat aku dapat dekan kelas pertama tercapai. Terus terang semester ini saya sangat khuatir memandangkan kesemua 5 subjek yang saya ambil adalah sangat tough dan ber-kredit 3 setiap satu. Untuk dapat dekan kelas kedua pun harus setidak2 nya minima B+ itu pun 2 subjek the rest mesti A-, bayangkan untuk kelas pertama. Paling saya terkejut ada subjek yang membuat kan saya terbaik didalam kelas (waa dapat A+), sungguh tak sangka saya hanya meletakkan target pada setiap subjek agar cukup makan dan jangan jatuh pointer itu sahaja.. dalam fikiran saya setiap kali saya melangkah masuk dan keluar dewan exam adalah saya ingin memberikan senyuman yang terbaik terbit dari orang-orang yang paling saya sayang dalam hidup iaitu mak, abah dan abang. ALHAMDULILLAH. Pengorbanan aku adalah diterima Allah s.w.t

Terus terang hanya Allah dan teman-teman rapat yang tahu apa cabaran yang saya hadapi sepanjang semester lepas dan cabaran paling hebat adlah pada minggu persediaan dan peperiksaan akhir semester 6. Syukur sangat-sangat dan saya tidak sangka Allah memberikan senyuman disebalik duka dan derita hati dan jiwa yang saya lalui sepanjang tempoh itu.

Saya harapkan kejayaan ini walaupun sedikit namun dapat memberikan kebanggaan kepada keluarga saya terutama mak dan abah. Pada abang, adik dah buktikan harap abang bangga dengan adik walaupun kejayaan adik bukan seperti kejayaan abang namun ini adalah titik mula untuk kejayaan-kejyaan seterusnya insha Allah....

***

back to our main topic, ya praktikal saya sekarang tengah mencari idea untuk menyiap kan projek seminar yang akan dibentangkan di minngu terakhir saya berpraktikal di ARB di hadapan Bos saya dan pensyarah UTM yang melawat saya di sini..Pening-pening moga saya dapat membuat yang terbaik. Doakan ya....

No comments: