Sedar tidak sedar saya telah pun sampai ke final semester 6 dan bakal memasuki tahun akhir serta menyiapkan projek sarjana muda (PSM/thesis) saya yang menjadi kan setiap bakal mahasiswa /siswi jadi gila. Pemilihan tajuk yang tepat dan isi yang mantap adalah yang dikejar setiap yang memasuki Universiti. Kita lupakan tentang PSM itu sebaliknya fokus utama saya pada masa kini.
Pada hari isnin ini bersamaa 25hb/04/2011 adalah permulaan untuk subjek pertama yang akan saya duduki untuk semester ini dan akan berakhir pada 5hb/05/2011. Terus terang saya katakan semeseter ini bukan senang. Senang cakap untuk dekan tetapi bukan senang hendak menghadapi sistem pemarkahan baru pensyarah-pensyarah UTM yang sangat mengejar ke arah ke'international'an setelah mendapat title 'reseacrh university' secara tidak langsung cara permakahan pelajaar adalah bermula dari hari pertama masuk kelas hinggalah hari terakhir menjawab peperiksaaan akhir. Kalau lah saya ada 2 paper sahaja gap/ jarak antara paper pertama dan kedua ada dekat sebulan memang saya leh dapat 4.00 setiap semester! 5 subjek dengan gap 1 hari sahaja saya rasa amat mustahil.
Saya tidak mampu berkata tidak untuk tak mungkin dapat dekan. Kenapa? kerana saya telah di beri syarat oleh seseorang jika saya tidak dapat dekan saya akan ditinggalkan! walaupun agak terkejut mendengarnya namun saya anggap sahaja sebagai cabaran. Bukan saya tidak berusaha, sehingga waktu ini saya rasa saya hanya tidur 3 jam sahaja dan menulis di saat saya tengah batuk + demam + sakit tekak. Saya harus mencari ketenangan dan alhamdulillah Allah bantu saya beri ketenangan di kala situasi masih bergoncang, saya rasa saya mampu untuk fokus semua subjek saya.
Saya akan cuba sedaya mungkin untuk dekan! dekan adalah matlamat saya di sini selain keluar dengan segulung ijazah! Tiada alasan untuk saya tidak berusaha sehabis mungkin untuk dekan!
Ya Allah, aku terlalu mengharap agar Engkau dapat mempermudahkan urusan dan perjalanan aku di persediaan hari-hari terakhir di minggu study week serta di minggu final minggu hadapan. ya Allah, ya rahman, ya rahim...dekan kan aku..kerana dekan aku ini bakal memberi sindar kembali kepada keluargaku..(harapnya begitu lah seperti kehendak insan itu)
namun andai aku tidak mampu aku harap itu adalah limit aku untuk semester yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Dekan tidak bermakna kerja nanti ko juga akan dekan di penilaian mata bos ko! yang penting skill yang ko ada! apa input yang ko dapat dari 4 tahun ko belajar! (bak kata pensyarah law saya)
No comments:
Post a Comment