Arghhhhhh....
Hanya lagi 2 minggu sebelum final exam untuk semester ini akan bermula. Saya rasa sangat tidak kuat saya tidak tahu kenapa! Semester ini terasa sangat-sangat susah. Lagi susah berbanding 2 3 semester lepas. Pertama kali dalam sejarah saya di university ini saya pergi mengambil test tidak belajar langsung, ia berlaku untuk 3 test, bukan malas sebabnya saya sendiri pun tidak paham apa benda yang pensyarah saya ajar untuk semester ini.
Malahan, fokus saya semester ini sangat-sangat lari, saya terlalu banyak memikirkan hal-hal yang tak sepatutnya saya fikir. Tetapi entahlah keadaan menjadikan saya patut memikirkan hal-hal ini semua. Paling saya terasa adalah kemesraan dari seseorang yang sangat saya sayang. ianya terjadi setelah dia kenali dan makin rapat dengan seseorang yang lain. entah lah ...Kalau dahulu tanpa saya perlu call atau mesej, dia lah orang yang akan sentiasa di sisi saya bertanyakan keadaan saya jika saya duk makan maggi hari-hari maka dia juga yang akan bagi duit belanja memastikan saya ini tidak benak/bodoh dek makan maggi hari-hari bayangkan sampai langsung tak penah langsung sentuh meggi untuk beberapa tahun tetapi semester ini pernah 2 minggu deret makan maggi tu pun semata-mata nak jimat untuk program Melbourne tu. harap saya akan dapat kemesraan itu kembali!
Tabah hatiku! cekalkan hatiku!
pasrahkan hatimu! padaNya yang Satu!
Day by day, saya melihat perpecahan dan pergaduhan antara kawan-kawan dalam kelas saya, memetik kata-kata hazman "kekuatan yg kita cuba cari..namun perpecahan yg lebih mudah berlaku..2 tahun membina kekuatan 2 saat dah cukup untuk memusnahkannya..dan mestinya makin sukar membinanya semula setelah semuanya terjadi..sedih2". Bila saya melihat kawan-kawan saya sedih saya menjadi turut sedih. Saya tahu 3 minggu kebelakangan ini adalah minggu yang paling tough! assignment berlambak! projek! ya projek GIS by group yang menjadi perbualan setiap bujak kelas saya setiap masa dan ketika. Saya tak suka subjek teknikal ini tak tahu lah sejak di tahun satu lagi saya kurang minat bab-bab ukur dan buat pangkalan data alhamdulillah di belakang saya berdiri nya eric dan dayang yang sangat master dalam subjek-subjek teknikal ni! terima kasih beb! Jangan lah atas kerana subjek ini kawan-kawan yang lain bergaduh...tiap permasalaahn ada jalan nya. kepada eric, smile bro keep away all the things that mess up hidup kau sekarang! kata nak study kat Melbourne for the next 6 months ni so bangun bro! kita buat yang terbaik semester ini k!
to me.... kepada yang boleh tengok betapa saya ini dalam keadaan serabut dibelenggu masalah dan simpati pada saya terima kasih semua! ya saya akui memang hidup saya serabut....
Terus terang saya katakan saya hanya ingin keadaan yang lalu berulang kembali saya rindukan kenangan saya yang lalu... hidup saya tidak pernah rasa sunyi dan sepi sebegini. Apa yang saya mampu katakan di sini jatuh dan bangun saya seorang di sini di UTM. Tiada orang tempat saya meluahkan rasa kekecewaan dan kesedihan dan kedukaan apa yang saya dengar "kamu dah besarkan"..ya saya dah besar tidak semestinya bila saya dah besar semua orang pun lari dari saya. Saya sunyi saya perlukan seseorang untuk ada di sisi saya jatuh & bangun tidak perlu 24 jam bersama kalau dapat panggilan sehari sekali pun dah memadai atau pun balasan mesej hendak berjumpa mungkin susah atas kekangan masa dan waktu dan jarak.
Bayangkan orang lain sambut hari lahir dalam keadaan terharu dan suka cita tetapi saya bersedih dan berduka! adilkah semua ini!
Kadang-kadang saya jeles dengan orang lain.
Bangun nasz! bangun! buka mata luas2!
Lagi 2 minggu. bukan 2 bulan nasz! di saat ini saya akan bangun walaupun payah buat sementara ini saya terpaksa ketepikan segala masalah ini. Saya harap kejayaan saya kelak akan mengembalikan kenangan masa lalu!
"abang nak adik dapat 3.6 sem ini!" arghhh..frust! stress! saya tidak tahu saya mampu atau tidak untuk kekalkan dekan lagi atau tidak semester ini.
Nasz! ko nak abang ko tersenyum kan so ko kena buat juga! jangan mengalah! ko boleh nasz!
hmmm....adik cuba untuk kekalkan dekan. Doakan adik bang. walaupun kita berjauhan adik harap doa mak abah dan abang serta adik beradik lain menjadi penguat adik untuk berjaya di university ini!
Biarlah berkurun adik menghadapi dan melalui semua kesedihan ini adik tidak kisah cuma apa yang adik pinta senyuman orang-orang yang adik sangat sayang mak, abah dan abang! senyuman abang yang semakin hilang yang akan adik cuba dapatkan kembali! doakan adik di semester ini...
kadang-kadang kita meminta orang lain untuk paham akan kita tetapi kita tidak pernah memahami orang lain itu; begitu juga orang lain itu. kena saling memahami! Paling penting jangan berahsia! bila terlalu memendam maka terjadilah rahsia berahsia..ya saya sedang melalui semua ini...seperti ada banyak rahsia yang saya tidak ketahui. saya sudah penat dan malas merungkai masalah ini. Saya yakin tuhan ada dengan saya. Saya juga yakin keluarga saya yang tercinta tidak akan tinggalkan saya! walaupun mak dan abah jauh, abang yang memiliki dunia nya yang tersendiri saya yakin mereka akan sentiada di sisi dan sayang saya.
Biarlah segala rahsia itu menjadi rahsia kerana rahsia Allah lagi besar dan saya yakin satu hari nanti saya akan ketahui nya juga.....dan saya sentiasa bersedia untuk menghadapi hari itu dan bersedia seperti biasa mendengar segala rahsia terpendam itu....
sila jangan berahsia lagi! saya pun tidak pernah berahsia apa pun dan jangan ada perbohongan! kerana perbohongan hanya merosakan segala nya sahaja. Biarlah setiap satu yang di buat adalah kerana Allah bukan kerana tuntutan nafsu yang menjadikan nya dosa yang keji! nauzubillah....
selamat berjuang! abang di Singapore! selamat berjuang adiknya di final!
selamat menjalani kehidupan yang lebih baik mak, abah, abang, saya, adik beradikku, dan kawan-kawanku!
2 comments:
lagi 2 minggu..
rasanya sempat lagi..
Study smart..
Tenangkan hati..
good luck in exam..
kekadang hidup ini perlu kesorangan..wish gudluck...harap berjaya
Post a Comment