Thursday, April 14, 2011

di hari ini!

Salam....

Hari ini saya bangun sahaja dari tidur, saya seperti kehilangan kata-kata... terlalu banyak yang terjadi di luar jangkaan saya. Apa yang saya fikir sekarang ini adalah perjuangan yang ada di hadapan saya ketika ini iaitu:

1) peperiksaan akhir untuk semester 6
2) persediaan untuk praktikal dan berlatihan industri selama 3 bulan di Amanah Raya
3) persiapan untuk projek sarjana muda (thesis)

terus terang, semester 6 adalah semester yang sangat tough dan challenging sangat-sangat. Saya yakin walaupun saya berkeadaan begini sekarang namun saya dapat rasa semangat dan dorongan dari semua terutama dari keluarga yang tercinta serta kawan-kawan.

Sejak beberapa hari ini saya merasakan saya rasa saya harus ke hadapan! ya memang saya telah ke hadapan tetapi terlalu perlahan kali ini saya harus masuk ke gear 5 terus. Berusaha dengan gigih dan keras untuk berjaya! ya berjaya! lagi pun kejayaan saya yang di harapkan oleh seluruh ahli keluarga saya terutama mak, abah dan abang yang banyak berkorban untuk melihat saya berada di menara gading ini.

Sabtu ini adalah perbentangan projek akhir untuk semester ini bagi subjek yang paling saya tidak minat GIS, lebih kepada pembinaan database. Saya berharap sungguhpun saya tidak hebat dalam subjek ini namun begitu dengan ada insan yang hebat seperti Dayang dan ilmu yang sempat saya belajar dari kawan saya Eric di harapkan pembentangan projek kami akan berjalan lancar dan terbaik serta tiada apa masalah.

Selepas itu adalah study week sebelum final exam bermula 25hb/4/2011 ini. Ya Allah, kekalkan semangat yang ada pada aku ini! Aku menggalas tanggungjawab yang sangat besar untuk mengembalikan sinar kebahagiaan kepada keluargaku....berikan kejayaan padaku. Aminnn



p/s: Selamat berjuang abang di Kejohanan Silat Asia. Adik sentiasa doakan kejayaan abang dan team Malaysia di sana. Sekali juara selama-lamanya adalah juara!

No comments: