
Salam semua...
Saya terdetik untuk menulis blog pada seawal pagi ini. Bukan apa saya terdetik untuk ke blog abang saya. Seolah kuasa saya telah kembali semula. Dulu sebelum masuk semester 6 ini saya seperti ada sense/instinct yang sangat kuat akan abang kesayangan saya tu. Sungguhpun saya di selatan tanahair abang di utara atau di tengah-tengah metropolitan KL saya tetap boleh rasa akan keadaan abang saya sewaktu sakitnya, hati nya tidak tenang, fikiran nya berkecamuk, atau apa sahaja saya tetap akan rasa tambah-tambah lagi ada orang yang tidak senang hati dengan abang saya pun saya boleh tahu. Bukan saya nak kata pa berlagak ka atau apa entahlah saya rasa ini adalah kurniaan Allah kepada tiap yang saya sayang dan kasihkan jika benar kita sayang kerana Allah.
Entahlah sejak semalam seakan susah saya hendak tidur duk memikirkan tentang entri-entri abang saya di blog nya sejak kebelakangan ini. Terdetik di hati untuk bertanyakan kepadanya namun saya takut jika pertanyaan dan persoalan saya nanti akan membuat abang saya semakin runsing. Saya sangat risau keadaan dia. Minggu hadapan adalah ujian agak getir pada abang memandangkan abang akan menghadapi satu perlawanan di Singapura untuk perlawanan silat terbuka. Saya tahu abang amat risaukan akan nya kerana tidak cukup persediaan dari segi mental dan fizikal. Nasihat saya pada abang...adik yakin abang mampu lakukan walaupun dari segi fizikal dan mental abang kurang tetapi yakin lah bang restu dan doa kami sentiasa di sisi dan belakang abang. Abang lakukan yang terbaik! insha Allah ada rezeki tidak ke mana kan.
Adik terus terang cakap sudah berpuluh kali kadang-kadang sekali hampir 3 4 kali adik buka dan baca blog abang ternyata sehingga kini adik tertanya-tanya tentang seseorang yang abang duk memikirkan tu. Jika seseorang itu adik, adik rasa abang tak perlu lah risau, walaupun kita jarang berhubung namun adik percaya tidak apa yang akan berubah kerana kasih sayang kita adik beradik tidak akan putus bak air...akan sentiasa bercantum walaupun di halang dek batu yang besar. Namun jika adik bukan seseorang itu dan adik rasa adik tahu akan siapa dia tetapi jika salah adik pun tak kisah akan siapa dia cuma apa yang adik mampu katakan....abang fokus kepada kerjaya abang. Ingat, abang kan ada target besar pada tahun ini untuk SUKAN SEA hujung tahun ini dan open tournament sperti Open Belgium dan Open2 lain. Insha Allah abang ada rezki semua nya tidak ke mana. Abang jangan terlalu memikirkan sangat tentang hal-hal yang mampu buat abang pening kepala, adik tak nak abang jadi macam adik yang sentiasa kena menanggung sakit yang adik pun tak tahu bagaimana nak halang dan ubati nya.
Abang jaga kesihatan. Abang buat yang terbaik! Satu ja pesanan adik untuk abang, abang sudah ada banyak pengalaman kan, abang lihat kembali kisah-kisah lalu, abang renungkan... jika abang mampu abang lakukan, jika abang tidak mampu lepaskan, ingat bang, Allah sendiri pernah berfirman, "adakala yang elok bagi kita itu mungkin adalah tidak elok bagiNya; kadang-kadang yang tidak elok bagi kita itu adalah baik bagi Nya;"
Adakala kita susah-susah bela burung dari kecik hingga ke besar duduk elok dalam sangkar bermain dengan kita menjadi peneman kita namun tiba di satu saat kita merasakan burung itu seperti tidak rela bertuan kan kita atau seperti tidak suka berkawan dengan kita jadi adalah lebih baik kita lepaskan burung itu terbang bebas dari kita duk memikirkan akan keadaan burung itu, sihat kah?, tak lapar ke?, kenapa tidak makan?, kenapa tidak mahu bermain dengan kita?, kenapa burung itu bersikap begitu dengan kita tuannya;
Sekali lagi jika abang risau tentang adik, abang jangan lah...abang fokus dengan tanggungjawab abang sebagai atlet ja ok. Adik pun sudah besar sudah 23, adik pun hampir capai dewasa adik walaupun adik belum dewasa lagi tetapi abang jangan risau adik tetap dapat rasa kasih dan sayang abang itu. bila cuti kan leh jumpa duk gelak-gelak, gaduh-gaduh sama dengan mak kat rumah :)
namun jika seseorang itu bukan adik, adik doakan abang sentiasa dapat buat keputusan yang terbaik. adik memang tidak tahu apa masalahnya, adik teringin bertanya tetapi adik takut abang marah adik atau abang rasa adik ni sibuk hal abang ka apa...tetapi adik tak leh tengok abang bersusah hati sebab adik leh rasa abang tak tenteram dan tidak senang hati. adik kan adik abang. susah senang kita tanggung sama-sama.
Adik hendak tengok senyuman abang... abang tolong senyum :)
No comments:
Post a Comment