Friday, February 11, 2011

Bye Australia....


Assalamualaikum w.b.t

Seronok nya dapat beronline kembali walaupun hanya sekejap. Terlalu banyak yang terjadi sepanjang 2 minggu ini hingga saya membuat keputusan untuk menyibukkan diri sepenuhnya.

Tujuan saya menulis entry pada kali ini adalah ingin menyatakan kekesalan dan kekecewaan saya untuk kemungkinan besar tidak dapat turut serta bersama rakan-rakan lain ke Australia pada 19hb-26hb/03/2011 ini. Saya adalah Pengarah Program dan orang yang bertanggungjawab bagi memastikan kelancaran program yang mencecah RM4000 - RM4500 seorang. Alhamdulillah 3 minggu sudah seramai 25 orang termasuk 1 pensyarah pengiring telah membeli tiket dan visa ke Melbourne.

Namun apa yang menjadi kebimbangan saya adalah saya kekurangan peruntukan hampir RM2000. Sudah banyak tajaan yang saya cuba untuk dapatkan tetapi segalanya menemui jalan buntu. Saya juga telah banyak menyusahkan keluarga semata-mata untuk ke Melbourne ini. Tujuan atau objektif kami ke sana adalah untuk mendapatkan sedikit ilmu yang ada di Universiti of Melbourne untuk di ceduk sedikit oleh kami terutama di dalam bidang ilmu yang di tawarkan oleh UM itu terutama bidang GIS, statistik analisys dan tajuk yang paling saya tunggu-tunggu tanah, polisi, dan masyarakat kerana saya sangat meminati bidang undang-undang tanah ini.

Segalanya akan menjadi namun tanpa kehadiran saya di sana saya hanya membantu setakat di Malaysia sahaja. Bukan tidak mempunyai kewangan, saya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi tetapi setelah berfikir panjang memandangkan saya juga akan berpraktikal segalanya melibatkan kewangan yang besar terutama pakaian dan peralatan untuk saya praktikal masih belum di beli apatah kewangan saya lagi. Malahan semester ini juga memerlukan kos yang banyak untuk keluar membuat projek dan assignment termasuk kos sewa kereta dan pelbagai lagi.


Kesimpulannya....tanpa kewangan yang cukup maka saya undur diri. Selamat tinggal Australia ^_^ insha Allah ada rezeki saya ke sana dengan family ya :)

No comments: