Wednesday, February 9, 2011

Surat dari hati...

Dear Nasz,

Sahabatku, hampir 23 tahun aku telah hidup bersamamu. Mengenal erti sebuah kehidupan melalui pandangan dan matamu. Mempelajari sikap manusia dan dirimu. Selama 23 tahun ini aku lebih memahami akan perasaan dan kehendak jiwa mu yang dapat ku katakan seperti burung yang ingin terbang bebas keluar dari sangkar nya. Jiwa kau tidak bebas! Aku tahu kau terlalu ingin melihat sesuatu yang indah menggunakan acuan kau sendiri namun tiada siapa yang mampu mengikut acuan yang telah engkau sediakan kerana setiap daripada mereka dicipta dari menggunakan tepung yang berlainan keadaan nya yang mungkin tak bersesuaian dengan acuan kau.

Nasz, sejak dahulu lagi aku ingin menegur mu ingin membuka matamu namun aku khuatir jikalau akau tidak mampu memujuk dirimu lalu aku akan turut gelap bersama dirimu. Nasz, sejak sekolah menengah lagi aku tahu engkau terlalu ingin kan kesempurnaan dalam hidup kau telah meniti zaman kegemilangan kau sehingga satu daerah Petaling mengenali siapa Nasz terutama mereka yang pernah tercalon untuk tokoh-tokoh pemidato Piala Diraja, pidato Piala MBPJ yang menjadi rebutan untuk pelajar mendapat nama yang mantap dan di segani, syarahan Agama Negeri dan semestinya kau orang gila pertama menjatuhkan pemerintahan ketua pengawas kau menggunakan hujah kau. Aku bangga dengan semangat 'gila babi' kau dan kau juga berjaya membuktikan walaupun kau bukan feveret cikgu sebagai calon Ketua Pengawas tetapi selepas kau mendapat jawtan itu walaupun pada masa yang sama pemerintahan kau di boikot oleh Lembaga Pengawas kau namun sikap kematangan mu dalam berfikir telah menurunkan kadar disiplin sekolah. Aku tahu memang itu matlamat kau setelah kau memegang kau jawatan Ketua Pengawas sejak di sesi petang dan kini di sesi pagi kau ingin mengubah nya sedaya upaya menggunakan kuasa kau. Ingat nasz anugerah Piala Cindur Bestari yang kau pernah gengam dahulu bukan diberikan pada calang-calang tokoh pelajar, anugerah yang setahu aku pernah wujud 3 4 tahun sebelum kau dan sehingga kini tiada lagi yang merasa anugerah itu lagi selepas kau, anugerah yang hanya diberi kepada pelajar yang betul cemerlang dari pelbagai sudut termasuk sahsiah nya.. Dan kini sekolah kau bukan seperti dahulu kadar disiplin makin teruk apatah ketua pengawas nya tidak ada calon terbaik untuk disandang.

Nasz, aku menceritakan ini bukan untuk dibanggakan oleh kau tetapi aku hendak kau sedar cukup-cukuplah untuk bersusah-payah kelak diri kau yang susah. Nasz, ingat lagi sewaktu kau di matrik sekali lagi perubahan kau ubah dengan sekelip mata kumpulan nasyid yang kau tubuh mampu memberi satu cabaran hebat kepada penasyid senior di matrik kau. Kumpulan kau ibarat 'artis' yang boleh mempelopori dunia nasyid di matrik kau siapa saja yang tidak kenal dengan Varience. Namun zaman kegemilangan nasyid kau terpaksa dihentikan kerana kawan baik/sahabat baik kau sendiri menjadi tulang belakang kepada perpecahan korang dan tikam belakang kau serta menyebarkan fitnah yang kau sendiri tak tahu apa keburukan yang telah mereka taburkan pada kau. Masih lagi kau makan hati nasz! Kau pendam dan pendam....hinggakan selepas kau abis matrik pun orang fitnah kau senyap-senyap kau pun tak tahu sehingga kau masuk u.

Tahun 2008 kau melangkah ke Universiti dengan keputusan yang mengecewakan kerana impian kau untuk menjadi arkitek terpaksa bekubur sebegitu keranaa keputusan matrik yang tidak cemerlang namun kau diberi peluang untuk menjadi Pegawai Daerah kini. Perjalanan yang hanya tinggal 10 tahun sahaja dari sekarang untuk kau capai impian itu. Kau kena ingat nasz, kau dah berjanji dengan abang dan mak kau untuk fokus utama kau iaitu pelajaran kau. Kau tak ingin mengulangi kesilapan lalu kau. Pelajaran itu utama nasz! Ingat nasz, di belakang kau ramai yang ingin melihat kau berjaya menjadi Pegawai Tadbir Daerah dan seterusnya menjadi PEGAWAI DAERAH! Kau dah janji dengan abang kau kan! Kau nak kecewakan dia! Kau dah janji dengan mak kau untuk habiskan belajar dan menjadi PTD! kau lupa? Tinggal setahun lagi sahaja nasz.

Nasz ingat dan fikir diri kau sendiri dahulu. Nasz dahulukan diri kau. Abang kau pun sudah berapa kali tegur kau. Kau usah risau habiskan sahaja belajar kemudian kerja dan balas jasa family kau. Itu yang terbaik! Nasz, bukan abang kau sahaja pernah cakap untuk fikir pasal diri sendiri malah kawan-kawan rapat engkau juga berkata sedemikian. Kau terlalu risau dan takut meilhat kejatuhan orang lain dan kalau boleh kau tanak orang yang kau sayang kecewa di kemudian hari dengan kesilapan nya. Tetapi nasz kau sendiri pernah cakap pengalaman itu guru oleh itu manusia itu ada pilihan nak pilih jalan terbaik mereka samada untuk jalan yang hitam atau putih. Urusan tuhan bukan hak kau nasz. Oleh itu, aku nak kau tahu nasz, hidup masing-masing ada cara mereka masinng-masing.

Nasz, sudah-sudahlah. Kau jangan buat aku hitam lagi. Aku dah tanak melihat nasz yang dahulu. Aku suka nasz yang sekarang tetapi keras hati kau membuat kau tetap tidak berubah sepenuhnya. Nasz, kalau engkau tidak mahu melihat aku gelap dan terus menerima segala zikir-zikir kau untuk mendamaikan jiwa kau maka kau dengar cakap aku. Fikir diri sendiri sahaja! Fokus utama pelajaran engkau! Fokus seterusnya mak, abah, abang dan adik-beradik kau.

Takut...takut...takut...sudah-sudahlah nasz. Kau yang takut orang lain tidak takut pun sebab orang lain yakin kau tu yang lemah nasz. Guna mata hati nasz. Ingat kau mengejar kesempurnaan tetapi pernah kau sedar makin sempurna kau kejar makin banyak halangan dan cabaran yang kau kena tempuh. Perit kan? Bila makin sempurna makin banyak hati dan perasaan yang kau kena jaga. Kalau mereka terima tak pe jika mereka merasa seperti dikurung dan tidak bebas bagaimana? sudah tu sudah nasz. Manusia itu memang menciptakan syurga dan neraka mereka sendiri di dunia sementara ini. Syurga untuk enjoy dan berhibur sahaja dengan menolak akhirat malah mempermainkan agama dengan hipokrit beriman sedangkan melakukan kemaksiatan yang dilarang. Maka tercipta neraka mereka sendiri tersepit di antara kebenaran dan kepalsuan hati.

nasz, semua ini salah engkau kerana terlalu menduga manusia. Nasz, aku tak nak menghukum sesiapa kerana semua ini terjadi kerana keras nya hati masing-masing, ego ny diri masing-masing jadi berlakunya salah faham. Masa dan ketika akan menjadi jawapan nya. Nasz sudah tu sudah. Engkau sendiri sudah lihat yang terjadi dan kau mahu lebih teruk lagi? fikir-fikirlah nasz tiba masa kau jadi penawar keluarga dan kawan-kawan kau bukan membebankan mereka lagi. ini lah masa terbaik kau buang tabiat kau itu dan jadi insan terbaik semula.

Aku akui segala ini adalah kerana hati. Hati apabila tidak tenang memang akan jadi sebegini hanya ketenangan yang sebenar dapat memberi kita jalan terbaik. Kau jangan risau tiap yang berlaku ini ada hikmah nya. Kau jangan risau tiada orang yang akan putus saudara dengan kau kerana Allah sendiri murka orang yang macam tu. Kau kena yakin pada masa yang sama kau kena ubah sikap kau sepenuhnya bagi senyuman pada mereka bukan kau berikan bebanan dan ketidak ketenagan pada mereka. Ubah semua nya jika kau ubah ala kadar sahaja maka ini yang terjadi jangan cakap tak serupa bikin nasz. UBAH!

Nasz, kau pun tahu semester pada kali ini tersangat-sangat susah dengan sekarang ini pun kau terkontang-kanting dengan hidup tidak menentu dengan keserabutan hidup kau. Fokus pada tanggungjawab kau sebagai pelajar adalah lagi penting insha Allah segalanya akan kembali seperti biasa apabila seglanya tenang kembali. Berdoa pada tuhan nasz. Aku yakin kau mampu. hati kau kental dan kuat. Jangan risau family kau ada di sisi kau, mak, abah dan terutama abang kau mereka sudah berjanji akan berada di sisi kau. Kau yakin sahaja...masakan air itu akan putus jika di cincang nasz.

NASZ...aku dah tidak mampu menulis lagi cuma pesan ku jaga lah hati mu ini. Hidup ceria kembali. Belajar elok-elok kerana kejayaan kau adalah pemberi warna dalam hidup kau dan keluarga kau. Tak lama lagi kau dah nak praktikal sudah tentu banyak persediaan kau kena lakukan. Ingat nasz pesan ku jika kau sayangkan diri kau maka jadilah seorang yang berguna pada diri sendiri dan orang lain.



dari hatimu.....



MAAFKAN AKU....MANUSIA TIDAK SEMPURNA! HATI BISA JADI RACUN DAN PENAWAR NAMUN JIKA MEMANDU HATI DENGAN SEWAJARNYA SETENANG-TENANGNYA.

MAAFKAN AKU. CARI KETENANGAN MU
BUKAN TINGGALKAN AKU. AKU PERLU KAMU!!! HIDUP MATI DAN BANGKIT AKU BANYAK DISOKONGI KAMU. AKU PERCAYA KAMU AKAN SETIA PADA JANJIMU SEWAKTU KITA MULA-MULA DULU. JANGAN ABAIKAN NYA! AKU PERCAYA KAMU...
CARI KETENANGANMU SEPERTI DAHULU BEGITU JUGA AKU.

No comments: