Hmmmmmmmmm....itu sahaja yang mampu saya ukirkan. Saya tidak tahu kenapa sejak masuk semester ke-6 kali ini saya tidak pernah rasa senang hati dan tenangnya hati. Pelbagai bebanan yang harus saya pikul. Kadang-kadang saya apabila melihat orang lain bergembira saya terasa sangat teringin sedangkan saya asyik ber'keadaan' sebegini sahaja. Saya cuba menghiburkn hati saya dengan aktiviti yang selalu saya lakukan dengan kawan-kawan namun segalanya seperti tidak menjadi....
Bebanan pelajaran? family? sekeliling? program U? praktikal? kewangan?
semua nya bebanan......
Saya inginkan senyuman dan kegembiraan saya kembali. Saya ingin melihat segalanya kembali seperti biasa namun saya tidak tahu bila? dan bagaimana? siapakah yang mampu memimpin saya? saya menantikan suatu keajaiban yang datang untuk memberikan saya pengharapan hidup kembali walaupun hanya sekejap dan sementara cuma.
Ya Allah bantulah hambamu ini berikan ku kebahagiaan juga...berikan ku kemudahan dalam segala urusanku. Bantulah hambaMu ini ya Allah.....berikan ku kekuatan menghadapi ujian Mu ini juga.amin~
No comments:
Post a Comment