
azi | kucha | nasz
Hari ini hari permulaan bagi lembaran tahun 2011. Terlalu sukar untuk saya melupakan setiap epilog-epilog duka; terlalu perit untuk saya lalui pementasan retorik-retorik jiwa; terlalu jerih saya melepasi rona hidup; di tahun 2010 yang lalu.
Adakah 2011 akan menjadi lebih baik dan lebih indah?
Terlalu banyak perkara yang tidak dapat dinilai dengan materi pabila memasuki ruang 2011 ini. Usah di gentar akan apa yang akan dan bakal mendatang sebaliknya bersedia dengan sebaik-baik persediaan. Ingati tuhan selalu agar kita tidak mudah lupa, agar kita tidak mudah terlanjur pada tingkah dan perbuatan, agar kita sentiasa waspada dalam kehidupan.
Semua orang ingin cari kebahagian, ingin mencari kegembiraan, ingin mendapatkan kebahgiaan dalam hidup tetapi makin di cari makin susah kita temui, betul tak? Kadang-kadang menjumpai sesuatu yang kononnya kita menggangap ia mampu memberi kita bahagia tetapi adakah kita sedar sejauh mana bahagia itu akan kekal bahagia? Di mana kebahagiaan masa silam kita, dimana hilang keceriaan dan kegembiraan yang pernah anda miliki dahulu? Mungkin ini suatu perubahan secara realiti ianya dilihat sebegitu namun masing-masing punyai hati dan jiwa, masing-masing adalah diri masing-masing seharusnya kita tahu di mana limitasi dan peng-hadan dalam sesuatu perkara.
Saya hanya menanti hari esok andai esok bakal mengubah segalanya mungkin tidak banyak tapi sedikit pun saya terima dengan redha. Terus terang ingin saya katakan apa yang berlaku pada saya terutama yang lepas-lepas cukup memenatkan saya. Saya sangat letih dan lelah! Aliran waktu yang patut saya lalui cukup pantas cukup sukar saya rencana perjalanan hidup saya. Namun saya tidak pernah berhenti dari mengharap keadaan sentiasa berpihak pada saya, ketika sentiasa menyebelahi saya, dan segalanya tidak pernah berhenti simpati pada saya.
Sisipan isi ini tidak akan berhenti di sini. Setiap detik penuh tanda tanya. Setiap saat penuh debaran. Adakala hati ini menangis seesak-esaknya tanda memerlukan tangan untuk berpaut tapi kita tidak boleh terlalu mengharap pada sesuatu. Kita kena berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu jika kita hanya berharap, harapan bakal mengundang tangisan dan kekecewaan.
Saya bukan menulis menyatakan kekecewaan, kesedihan, keperitan hati atau menyatakan yang saya sedih dengan diri saya. Saya pun tidak tahu menyatakan perasaan saya. Apa yang saya rasa...
2011....memandangkan hari ini hari pertama saya hidup di tahun 2011 di usia 23 ini saya akan sedia melangkah jauh meniti setiap ranjau biar ia penuh dengan segala senda tawa. Saya akan perbaiki kelemahan diri dan mempertingkatkan prestasi diri. Saya nak jadi permata dan intan kepada keluarga saya seterusnya menjadi kesayangan pada semua. Saya juga ingin menjadi kebanggaan kepada keluarga. Susah, senang, jerih dan payah akan saya teruskan. Saya juga berharap insan yang menjadi inspirasi dalam hidup saya juga dapat memperoleh kekuatan menghadapi hari-hari mendatang di tahun 2011 ini. Saya harap abang saya dapat terus tersenyum kerana senyuman abang saya adalah nadi kepada hidup saya untuk terus hidup dan berjaya di dunia dan di akhirat.
salam tahun baru~
No comments:
Post a Comment