
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kita semua sudah pun menglangkah setapak dan menginjak ke satu lagi tahun, satu lagi unjuran masa, satu lagi angka umur kita bertambah dan ya! kita di tahun 2011. Saya juga sudah pun berusia 23 tahun walaupun bukan secara rasminya namun saya akur saya 23 tahun.
Kenapa langkah terbelakang? Sebelum itu saya ucapkan terima kasih pada yang sudi menjadi follower blog saya yang tak seberapa ini, sudi mengingatkan saya untuk meng-update blog saya ini, dan juga yang selalu mengomen blog saya samada secara langsung atau tidak langsung. Hmm..kte kena undur sedikit melihat apa yang telah berlaku! Tahun 2010 saya bukanlah suatu yang mudah untuk saya langkahi.
Perihal suku tahun pertama 2010:
~ Saya selalu berusaha untuk melihat setiap insan di sisi saya gembira dan tersenyum walaupun saya sukar untuk senyum. Di semester ini lah juga saya di uji dengan pelajaran hinggalah pointer saya dari dekan jadi di bawah 3.00. Saya tewas dengan kehendak saya. Saya seorang yang keras kepala nasihat keluarga tidak pernah saya endahkan ... nasihat mak, abah dan abang saya hanya letak ke tepi. Akhirnya jatuh.
~Itu dari sudut study. Saya ini bukan lah insan yang baik. Kadang-kadang saya lupa pada yang Esa setiap langkah menjadi payah. Dengarlah lagu Hafiz Hamidun bertajuk 'Melihat Bintang'. Ia cukup bermakna untuk kita memuhasabah diri kita. Siapa kita....
~Saya selalu mengharap yang terbaik in anything...alhamdulillah dalam tahun ni saya di beri peluang di beri memegang tugas-tugas besar dari alumni saya. Dan alhamdulillah segala yang dilakukan dan di rencanakan di lakukan dengan baik. 'dia ni memang mastermind yang hebat' ni lah pujian terhebat pernah saya terima. Saya memang seorang yang gud in planning, bagi saya setiap benda itu kalau saya kata ia mesti jadi maka ia akan terjadi. Pernah sekali orang kata, saya ni seorang yang terlalu mengejar kesempurnaan hinggakan dia angkat kaki dan tidak bekerja di bawah team saya. Tapi saya dapat buktikan saya dan team mampu! Saya tidak kisah memikir akan sesuatu bagi saya sesuatu yang di plan sebaik mungkin nothing cant be done betul tak?
Pertengahan tahun 2010:
~ Tidak banyak sangat kisah. Kerana waktu ini saya pun tengah cuti semester. Cuti ini juga saya banyak habiskan masa dengan keluarga dan pada waktu ini juga saya sangat gembira abang kesayangan saya banyak menghabiskan masa dengan saya. Tidak seperti sebelum-sebelum ini.
~ Kenangan yang paling tidak boleh saya lupakan kenangan mengai kat belakang umah. Belakang umah saya laut hehe. Abang dah tahu saya ini memang panas baran di ajaknya jugak adik nya ini pergi memancing memang merasa la haha. Akhirnya saya sangat sukakan aktiviti memancing ini. Saya rasa waktu kami memancing ini lah saya dapat tengok senyuman abang saya paling ikhlas bile dia melihat saya marah cacing-cacing yang tanak melekat kat mata kail dan ikan-ikan yang tanak melekat kat umpan saya.
~ Saya juga semakin banyak memperbaharui diri saya terutama dalam pelajaran saya dengan berazam untuk menaikkan pointer di semester 5 yang baru sahaja berakhir lewat disember tahun lalu. Saya sudah berjanji pada family saya yang saya akan naikkan pointer saya kembali. walaupun sekadar 3.3+.
~Kini saya sedar migrain saya semakin kritikal! maaf pada insan-insan yang masih tidak tahu akan ini. ye kritikal! tapi jangan serik menjaga insan ini. Harus saya akui...mati! ya mati! itu sahaja yang akan terjadi jika saya gagal mengurangkan migrain ini.
~Adzlan, Shukri, Andreas Gu - weh korang, tataw lagi ka aku rindu korang sangat dowh! Bila kita nak lepak-lepak sama lagi seperti di tahun 1 dulu. Sudah-sudahlah sibuk dengan program U, aku pun sibuk jugak! Naseb ada eric satu kelas dengan aku kalau tidak hmmm....
~Bermula kembara di semester 5....ya cabaran!
Suku tahun akhir 2010:
~ Tahun ini saya terasa puasa saya sangat berat.
~ Tahun ini juga saya terasa raya saya tidak indah! tidak gembira! tidak ceria!
~ Bermula saat ini migrain saya selalu datang! terlalu banyak konflik dan permasalahan. Stdy, keluarga dan segalanya....Cabaran ya cabaran untuk saya naikkan pointer juga.
~ Bila selepas sahaja raya Aidilfitri, saya dapat lihat banyak perubahan di sekeliling saya. Saya cuba mengukir tabah sendiri pada diri.
~Konflik demi konflik. Masalah demi masalah datang dan pergi tapi tidak pernah ada tanda noktah! Berakhir dengan tinggal tanda tanya setiap masa.
~ Sejak kebelakangan ini saya rasa ada orang yang ingin menjatuhkan saya! Adakah ini suatu perasaan? Di mana common sense saya? Andai benar kenapa ada insan macam ini dalam dunia ini? Perlu untuk berhipokrit! Jangan jadi bodoh kalau tidak kenal saya, meh saya kenal kan siapa saya..i'm nasz. Dont play around with me, dont play sh*t with me. Saya tidak bodoh dalam menilai dan mentafsir seseorang susah nak tersasar atau nak di sangkal kan apa yang saya katakan. Jangan pandang saya pada umur, pemikiran saya lebih tua dari anda.
~ Saya teringat sewaktu saya di sekolah menengah, saya menjatuh kan ketua pengawas saya di hadapan public! Ramai yang tahu akan sikap dan tingkah nya tapi semua takut, saya ambil risiko buat apa nak tegakkan benang yang basah kan. Berani kerana benar betul tak? Akhirnya jatuh juga saya bukan bercerita bukan saya nk bangga. Saya juga teringat kisah di matrik saya dan kawan-kawan cuba nak hadapkan seorang pensyarah yang selalu pandang rendah pada pelajar-pelajar nya. macam-macam.
~Saya seorang yang sangat baik dari segi naluri/kata hati tetambah ia berkait dengan insan-insan yang saya sayang. Satu pe pun memang tak leh tipu. Kalau saya kata ia maka jawapan nya mesti benar. Kalau saya kata / dapat rasa emak saya sakit tapi bile tanya kata tidak seterusnya saya tanya abah, emak demam, jadi betul lah telahan saya. Sebegitu juga jika kalau saya tidak sedap hati dengan abang saya jika saya tanya abang tak bagi tahu tapi di tanya betul-betul akan perkara yang tidak menjadi sedap di hati saya itu maka betul lah...
~ Saya pelik kenapa mesti ada manusia yang suka amik kesempatan pada manusia lain? Berdengki melihat kebahagiaan orang lain? Perlukah untuk menjatuhkan orang lain demi mencipta kebahgiaan diri sendiri yang tidak akan mungkin terjadi dengan cara yang salah? Perlu ke ada niat buruk/ untuk melakukan sesuatu pada seseorang yang telah berbuat baik pada kita? Jangan mengambil kesempatan di atas kebaikan yang ada sesungguhnya tuhan itu sentiasa melihat anda Dia belum turunkan bala lagi jangan sampai turun bala kang nak bertaubat payah pulak...sebab dah terkena bala. adakah saya perlu utarakan ke semua ini? Sudah jelek saya melihat. Saya sedih... manusia memang tak pernah bersyukur akan erti hidup. Kadang-kadang saya nampak mereka meletakkan nafsu di hadapan, adakah dengan terlempias segala nafsu itu bahagia anda akan berkekalan? renungkan... adakah dengan meletakan segala kehendak di hadapan anda akan kecapi impian?
~Alhamdulillah saya dapat dekan walaupun itu bukan target saya. Lagipun saya hanya target naik pointer tak sangka naik sampai dekan. Syukur rezeki. Pada masa yang sama saya juga bersyukur impian abang saya pada tahun ini tercapai iaitu untuk mendapat emas di World Champion yang baru sahaja berakhir di Jakarta. Malah abang beraksi cemerlang tahun ini ke semuanya emas bermula misi abang di Belgium, Vietnam, Malaysia, Indonesia hinggalah ke Penang yang baru sahaja berakhir. Saya sebagai adik tumpang gembira melihat usaha abang selama ini adalah tidak sia-sia.
~ Saya sedih privasi saya di ketahui orang lain. Entahlah mungkin kesalahan saya sendiri sehingga ia terbocor sebegitu. Saya cuma pelik kenapa mesti manusia lain perlu sangat ambil tahu tentang saya menggunakan pihak ketiga? Motif? kenapa harus sebegitu? Apa niat anda? Penting sangat kah hal saya bagi anda? Kenapa tidak direct kepada saya? Ke ada udang di sebalik batu? Saya redha dan tawakal jika tuhan ingin menguji tetapi sukar untuk saya terima jika privasi saya diketahui tetapi buat-buat tidak tahu. Saya boleh baca setiap gerak geri manusia malah jangan berusaha untuk menipu atau hipokrit dengan saya. Bagi saya setiap apa yang terpacul dari mulut seseorang itu akan saya ingat dan genggam sampai mati dan otak saya tidak pernah henti berfikir. Saya amat tidak suka manusia yang berlagak baik dihadapan saya! ya saya kritikal migrain sebab saya terlalu berfikir kerana orang lain.
Tahun 2010 adalah tahun yang agak sukar tetapi saya tahu ada lagi insan yang lebih sukar menghadapi nya dari saya. Azam saya pada tahun 2011, saya akan berusaha untuk kembalikan senyuman abang saya dan saya akan cuba untuk kembalikan kegembiraan keluarga saya. Kepada insan-insan yang ada niat buruk terhadap kami sila lupakan. Jika saya tahu sesuatu terjadi pada keluarga saya tak perlukan silat abang saya, saya sangup gadai nyawa demi menjaga maruah keluarga dan pelihara keluarga saya. Jangan cuba main api... Mungkin saya tidak tahu tapi saya sentiasa berdoa moga Allah sentiasa pelihara keluarga saya dari fitnah manusia, niat buruk manusia, manusia yang amik kesempatan kepada kebaikan orang, dan banyak lagi. Ingat Allah maha Mengetahui.Ketahuilah zat-zatnya yang bukan jangkauan kita untuk berfikir. Nawaitu itu penting. Jangan terpesong dari nawaitu kelak binasa.....waallahua'lam
p/s: selamat tahun baru, selamat datang 2011
No comments:
Post a Comment