Jalan terbaik! Saya suka kan pernyataan nya. Adakala orang kata jalan terbaik adalah membiarkan. Saya setuju di antara kurang setuju. Namun ada betul nya. Tetapi bukan bermakna kita membuta biarkan sebaliknya membiar dalam masa yang sama cuba mencari jalan untuk atasi. Namun apabila telah sampai ke tahap ini saya rasa dunia seperti tidak adil, maaf bukan nya dunia yang tidak adil tetapi manusia yang saya kategorikan tidak bersyukur ini sebagai tidak adil. Mungkin kita jadi begini kerana kita terlalu mengikutkan hati dan perasaan serta jiwa yang sentiasa memberontak.
Setiap manusia ini sentiasa di uji samada di uji dengan limpahan rezeki atau di uji dengan kesusahan yang tidak penah putus. Samada kita sedar atau tidak di sini saya suka mengikut cara abang saya tatkala diri nya susah nak melepasi tembok kesusahan iaitu 'muhasabah diri'. Sesungguhnya manusia yang memuhasabahkan diri nya adalah manusia yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha mengubah dan memperbaiki sesuatu. Tetapi jangan lah tiap yang dimuhasabahkan hanya lah bersifat sementara dan jangan kita memuhasabah menambahkan lagi masalah sebaliknya perbaiki masalah dan renungi segala kesilapan kita.
Jadilah seseorang yang boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain tanpa terlalu prejudis pada sesuatu perkara. Adakala mungkin kita susah hendak menilai di mana salah dan silap kita jadi tidak salah kita meminta pandangan orang sekeliling terhadap kita. Jangan melenting atau mudah melatah jika kita mendapat respon orang sekeliling sebaliknya kita harus mereunung sejauh mana kebenaran dan kesasihan nya. Jika betul cari jalan bukan menambahkan kerumitan keadaan.
Jadilah manusia yang bijak kerana menggunakan akal nya dan bukan jadi manusia yang lemah kerana menggunakan akal orang lain untuk mendapatkan kebenarannya. Ringkasnya percaya pada diri adalah kunci dan jalan terbaik untuk sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment