Thursday, December 2, 2010

Terima kasih abangku

Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah hanya itu sahaja yang mampu saya panjatkan ke hadrat Illahi. Selepas hampir 8 hari tidak bercakap dengan abang saya sendiri saya kini sedar bahawasanya ingin mencari kebahagiaan dalam dunia ini adalah bukan senang. Perlukan pengorbanan! ya betul.... tetapi pengorbanan macam mana...lalui sendiri biar sahaja kaki melangkah biar kaki memijak pada dasar yang mana sekali pun berduri, berkaca, berair, berlecak atau apa jua keadaan tapak nya kita sendiri kena rasa kena lalui baru kita hargai erti hidup.

Ada orang kata racun itu racun. madu itu madu! saya rasa anda silap sebenarnya adakala racun itu boleh jadi madu. Tetapi perit sedikit... Kehidupan ini kalau di timbang-timbang memang tidak adil memang susah nak berpihak pada kita sepanjang masa. Sebab itu kena bersyukur bila kita bersyukur apa yang ada adalah sudah cukup bagi kita tidak perlu kita rasa tidak cukup lagi....

Selepas apa yang terjadi semua ini saya bernekad untuk tidak lagi akan cuba buat hal dengan abang saya. Saya cukup sesal dengan sikap saya. Niat saya baik tapi mungkin cara saya salah kenapa harus saya mengekang pergaulan abang saya kan. Penjelasan abang "jika dia itu nak berkawan cuma nak ambil kesempatan saya akan cari jalan untuk berjauhandan kalau dia ikhlas berkawan saya pun ikhlas berkawan" di blognya sudah cukup menyenangkan hati saya. Lagipun saya telah pun berjanji pada abang selepas ini saya tidak akan lagi ada tanda tanya dalam diri saya tiap apa yang abang lakukan. Rasa nya cukup lah apa yan berlaku kebelakangan ini kami kerap bermasam muka bila berbicara tentang hal ini.

Masa untuk saya beranjak dari sikap itu telah pun tiba! ya tiba! Sekarang ini saya hendak jaga pointer saya, saya nak jaga study saya yang hanya tinggal setahun beberapa bulan sahaja, saya nak jaga kesihatan saya, saya nak jaga keluarga saya, mak, abah, abang dan adik beradik yang lain. Seterusnya merencanakan masa depan saya pula. Kemudian masa untuk membalas jasa insan-insan ini terutama mak, abah dan abang saya yang tercinta.

Lepas ini tak tahu la berapa lama lagi saya boleh duduk bawah ketiak abang saya sendiri hahaha...yelah mak kat kampung asyik duk ke rumah akak tu ja, andai jodoh abang mana lah tahu kan pas ni saya mesti seorang-seorang dah kena berdikari sepenuhnya. Abang pula sudah bertambah tanggungjawab takan hendak menyusahkan abang kan. Selepas ini mungkin dah sukar untuk abang amik berat kat saya, mungkin abang nak telefon saya tanya khabar pun dah susah yelah nanti apa pula kata isteri abang kan dah beso2 nak berkepit ngn adik je haha Jadi saya kena bersedia untuk jodoh saya pula haha saya pun tak tahu bila jodoh saya entah2 umur 30 baru kawen kot saya rasa sempat jaga keluarga saya... saya nak cari kekayaan untuk bahagiakan keluarga saya dulu kemudian da settle baru saya leh kawen. paling tidak pun sempat tengok abang dapat anak. andai umur panjang. Best nya jadi pak cik huhu.. Saya rasa itu dah cukup bagi saya....Saya nak tengok abang saya pula gembira. Dalam hidup saya mak, abah dan abang saya gembira sudah cukup di saat itu saya dah mampu untuk tenang hati dah kerana segala pengorbanan mereka pada saya terbalas.

Hidupku hanya mencari dan memberi kebahagiaan dan keceriaan dan ingin melihat insan-insan yang saya sayang bahagia dan ceria...ya itu matlamat hidup saya kini. Tragedi 4 tahun lepas cukup membuat saya cukup takut dan matang dalam meneruskan hidup. Saya sudah tanak lalui nya lagi...cukup lah 4 tahun saya rasa dunia ni sunyi sahaja, gelap, kelam dan tanpa sesiapa. Now, I got my brother back, seseorang yang sentiasa berada di sisi saya susah dan senang kini abang sentiasa menjadi tulang belakang saya. InsyAllah, saya tidak akan lupakan jasa-jasa insan-insan ini.

Saya teringat kata-kata kawan baik saya iaitu zatie 'kau kena pandang ke hadapan sekarang susah senang kami sentiasa di sisi kau, tiada siapa yang akan tinggalkan kau..kau kena kuat, kau kena bangkit...kau da cukup banyak berubah dengan perubahan kau terutama jagaan solat kau tapi kalau kau tak cukup spritual kau tetap goyah...'

Saya meletakkan abang saya sebagai inspirasi saya, saya tengok abang walaupun di uji macam-macam dugaan dengan tanggungjwab yang banyak sebagai kapten kumpulan, karenah birokrasi pengurusan silatnya, family kami, adiknya ni lagi haha, dan macam-macam lagi belum kahwen lagi nanti dengan bini lagi dah ada anak dengan anak-anak punya perangai lagi... tetapi abang masih boleh kekal kan prestasinya. Kenapa saya tidak boleh jadi seperti abang? sedangkan fokus saya pada masa ini hanya study sahaja dan abang pun telah melarang keras pada saya masalah keluarga tolak ke tepi biar abang yang pikul...sebenarnya belajar bukan senang. InsyAllah saya cuba dan saya yakin saya juga mampu.

Pengajaran kali ini selama 8 hari tidak bercakap dengan abang mengajar saya satu lagi erti kedewasaan dan saya harap saya akan teruskan dengan semangat yang ada sekarang ini. Matlamat saya sekarang pointer semester ini mesti naik kalau dekan alhamdulillah namun jika tidak biar lah menghampiri dekan. Saya nak mak, abah dan abang saya tersenyum sekurang-kurangnya saya dapat balas sedikit jasa mereka walaupun kecil...

Terima kasih abangku....adik ingat segala tunjuk ajar abang dan adik akan cuba ikut segala kata-kata abang. Terima kasih.

No comments: