
Hari ini saya terasa hendak update blog saya. Kau bukan super hero! Ini bukan satu sinikal sebaliknya saya ingin menyatakan satu simbolisme bahawa super hero dan idola kita adalah Nabi Muhammad S.A.W apa yang ada di dunia ini hanya bersifat sementara! Tidak perlu untuk kita beria-ria mengabdikan sesuatu. Idolakan seseorang atau berpaksikan kepada yang sesama hamba yang hina adlah lebih baik kita mengabdikan sesuatu yang kekal abadi tuhan yang satu! sekadar renungan pembuka madah sahaja.
Alhamdulillah selepas 2 hari terapi saya rasa lega sedikit jiwa saya. Tinggal lagi 18 hari baki untuk saya habis kan terapi saya. Saya harap segalanya akan kembali dengan sebaik mungkin. Doakan untuk saya semua...
Semalam sebelum saya tidur saya on9 sebentar untuk menjengah ke blog abang saya sekadar menyinggah dan sudah menjadi keterbiasaan saya sebelum tidur saya akan menjengah blognya. Alangkah sedih pilu membaca nya apabila abang saya berkata sejujur itu. Saya tidak tahu berkata apa apabila abang mengatakan abang melafazkan butir-butir kata-kata yang seumur hidup nya abang tidak dapat merasa zaman remaja nya kerana suku dekad remaja nya di gunakan untuk menyara keluarga... ya saya kelu! apatah pilu membaca. Lantas saya bertanya pada diri apa yang telah saya korban kan demi abang dan keluarga? apa kejayaan yang pernah saya julang untuk seseorang yang telah banyak berkorban untuk melihat saya berjaya di menara gading ini suatu impian abang saya namun terpaksa beliau lepaskan....saya berjanji akan saya jaga pointer saya dan saya akan pastikan abang serta mak datang melihat kejayaan saya di hari konvokesyen saya nanti!!!
Saya paham keadaan abang saya untuk ketika ini malah saya mengerti akan perangai dan sikap nya kata pun adik kan huhu... saya seperti telah mengetahui akan dirinya namun itulah nama pun seorang abang kan ego dan keras kepala di letak sama tinggi kita adik kena terima sahaja kang tak ikut kena marah pulak kan sungguhpun saya ini memang selalu buat abang saya marah huhu .
Saya tidak mengetahui kenapa abang selalu cakap seolah-olah hidup nya tiada jalan keluar, saya perlu membantu abang saya agar dia perlu tahu bahawa kehidupan ini bukan semudah yang disangka dan akan jadi mengikut kehendak dan kemahuan serta ketentuan kita. Jalan itu ada! tetapi kita tidak akan dapat semudah itu tak mungkin dan itu kita berdoa kita menangis depan tuhan dan dan itu tuhan bagi kita jalan keluar...its not that simple abangku. Ada orang bertahun di landa kemiskinan, ada orang bertahun rumah tangga di landa badai, ada orang tiap kali dapat duit tiap kali duit habis cair macam tu ja, dan bermacam-macam lagi bentuk musibah melanda. Ada yang tewas dan mudah patah semangat akhirnya hidupnya tersongsang lalu menyerong dari paksi sebenar. Songsang di sini bukan dalam istilah homoseksual sahaja ye kawan-kawan tetapi songsang di sini memberi makna mungkin jauh dari akidah, terpesong hati dari Allah dan pelbagai bentuk ragam dan tiada yang mustahil yang hampir dan membunuh diri....MasyAllah!
Saya selalu cakap dan akan terus bercakap "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(2:286)" jadi kenapa kita harus mengalah! Kadang-kadang Allah itu tahu mungkin ada perkara yang Allah tak mahu kita lakukan atau berterusan pada sesuatu (sikap, perbuatan, percakapan) jadi di beri kita ujian untuk kita muahsabah diri; lihat ke dalam diri; apa yang dulu dan kini yang telah berlaku pada diri, ada perubahan fizikal ka? perubahan pada apa sahaja...
namun ianya terlalu radikal buat saya. Namun apa yang penting di sini kita perlu rujuk pada hati dan rujuk pada diri. Checklist balik apa yang berlaku sepanjang hidup kita...
Kebebasan! Saya tidak berani untuk berkata lebih kerana nya saya pun tidak tahu apa erti kebebasan sebenar itu. Kebebasan di sini suatu yang subjektif! Kalau nak kata saya menyekat kebeasan abang saya siapa lah saya ini untuk menyekat kebebasan seseorang negara ini pun mengamalkan prinsip bebas. Kenapa perlu saya sekat abang saya? Cuma saya selalu berpesan pada abang saya 'jaga diri, jaga solat, jaga %*&)!@!#', ingat-ingat dalam berkawan ada batas! seperti juga pesanan nya pada saya. Abang juga selalu berpesan pada saya jika kita ingat Allah maka kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang mungkar! Kebebasan dalam menikmati zaman remaja mungkin adalah lebih tepat di sini kerana setahu saya sejak abang di sekolah menengah tamat sekolah abang dah mula bersilat hinggalah masuk ke dunia terpecil nya di Seremban tamat di Seremban abang di terima bekerja tak sampai berapa tahun masuk ke MSN. Saya paham abang sangat rindukan zaman sperti zaman saya dapat masuk U, dapat kenal pelbagai bentuk ragam manusia/kawan, dan segalanya. Atas sebab itu juga abang selalu berpesan agar saya selalu fokus dalam pelajaran menjaga pointer. Apabila pointer saya jatuh semester 4 dengan teruk abang sangat sedih dengan saya dan ternayata apabila saya mendapat dekan kembali di semster 5 saya seronok melihat senyuman abang saya walaupun ada lagi kesedihan di hatinya.
Saya akan menunggu hati abang saya tenang kembali kerana pada masa itu juga saya akan tunjukkan pada nya yang saya hanya ingin melihat senyuman nya sahaja... Sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan beban abang. Ada lagi 2 tahun saya di sini selepas ini giliran saya pula untuk membantu keluarga dan abang tidak keseorangan lagi. Saya pun sudah penat melihat kesusahan padanya dan saya nak tengok kegembiraan abang saya pula untuk menanti hari bahagia nya dengan insan tersayang nya kelak andai ada jodohnya :)
Walau apa pun saya kena tunggu abang saya cool dulu teringin pula ingin mendengar khabar nya dan kesibukan nya. Nak ganggu buat masa ini saya rasa saya tidak mungkin akan membuat begitu kerana saya terlalu paham dengan perangai nya jika abang begini adalah baik berdiam diri seketika...saya hanya perlu tunggu dan pada masa yang sama saya hanya mampu berdoa tanpa henti mohon tuhan untuk memakbulkan doa kami...mak abah doakan anak-anakmu ini tenang selalu dan damai dikalbu walaupun ujian datang tidak menentu, tidak jemput, bertalu-talu...
Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)
Sama-samalah kita bina kekuatan di dalam diri kita, apabila bermacam-macam dugaan datang didalam hidup kita, kerana Allah dekat dengan kita dikala ujian itu datang, jika kita mengingati NYA.
salam....
salam....
"janganlah engkau berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak seorang muslim. Ketahuliah kenyataan pada hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok;" maka "jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesunggunya Allah mengampunkan segala. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan lagi Maha Mengasihani;(az-zumar, 40:53)"
No comments:
Post a Comment