Saya tidak tahu nak luah kan pada siapa. Sebab tu saya bercerita pada kawan baik saya yang saya kenal sejak sekolah rendah lagi. Saya dah pun kenal keluarga dia malah keluarga nya dengan saya pun sangat baik. Malah saya yakin dia bukan seperti perempuan lain dia sangat jaga amanah saya. Semalam ada seorang akak ini saya hanya kenal dia melalui abang saya. Terkejut pada mulanya sebabnya dia tanya macam-macam saya cuba menolak tapi tekaan nya satu persatu tepat dan saya tidak mampu untuk menolak. Saya yakin dia pun bukan jenis yang suka menjaja hal orang jadi saya bagi tahu dia namun tidak kesemua dia tahu hanya 70% sahaja yang dia tahu. Saya bukan jenis yang senang nak cerita kisah saya pada orang lain saya pun tanak hal saya di jaja. Saya yakin 2 entiti ini akan jaga amanat saya baik-baik. InsyAllah selepas ini tiada lagi yang tahu....
Pada siapa lagi tempat saya mengadu jika sebelum ini hanya abang tempat saya meluahkan segalanya tetapi kini jika saya migrain dan saya berat kepala saya perlu luahkan segalanya atau sebahagiannya jika tidak saya boleh kena migrain lagi teruk silap hari bulan mahu bukan pitam tak bangun-bangun terus. Saya harap abang paham tetapi saya tetap jaga maruah kami bukan semua nya saya ceritakan dan hanya orang yang saya betul-betul yakin baru saya bercerita cukuplah mereka berdua tiada lagi yang lain. itu pun zati tengah teruk demam kesian dia saya doakan beliau sihat kembali maaf zati masalah aku memberatkan kau....
Hari ini...macam biasalah migrain datang lagi. Balik sahaja ceramah sesi pagi saya terus tidur petang baru bangun. Saya pun tidak tahu seberapa lama saya dapat tahan begini. 'Nasz, nape nampak kurus, tangan da keding pipi da tak tembam' seseorang bertnya pada saya. Masakan saya tidak kurus sudah hampir seminggu saya hanya makan sehari sekali dan paling teruk makan 2 hari sekali. Bukan diet tapi saya tak lalu makan kalau makan pun pasti muntah-muntah. Tadi baru sahaja saya muntah makan bayangkan macam mana saya nak maintain makan da muntah sedangkan ini baru sekali saya makan hari ini...hmmm
Saya betul-betul rindukan abang saya. Saya nak peluk dia erat-erat kalau boleh nak melutut di kaki abang saya nak dia tahu saya sangat-sangat menyesali perbuatan saya. Adakah iltizam baru saya ini belum cukup untuk abang saya? Apakah susah untuk abang telefon/sms saya? Besar sangat ke dosa saya padanya hingga sukar saya menebus segala kesilapan saya? Abang....hanya di blog ini sahaja tempat adik luahkan segalanya. Jika abang buntu, adik lagi buntu. Jika abang tidak tenteram adik jua tidak tenteram.
Kenapa kita perlu sebegini sedangkan kita mampu untuk menyelesaikan dengan baik?
Adakah abang membenci saya? Kalau benar saya rela untuk pergi selamanya dari dunia ini. Saya nak abang tahu saya tidak mampu hidup tanpa abang saya. Cukup la seminggu ini saya menjalani kehidupan dengan sangat tenat. Saya hanya ingin kan abang saya kembali itu sahaja. Abang suruh saya fikir yang baik sahaja (tadi abang komen kat FB saya). Bagaimana saya nak fikir yang baik jika sms/call pun tiada balasan dari abang saya?
Cukup lah abang-abang dan kakak yang lain tidak peduli kami bila mereka dah berumah tangga. Kami hidup berdua bermesra, bergaduh, berkongsi cerita bersama hanya kami berdua...Saya tanak hilang abang saya ini. Saya janji selepas ini saya tidak akan bergaduh dengan abang saya sehingga jadi sperti ini. Ia nya PERIT, SAKIT dan sangat TERLUKA.
Jika itu pinta abang. Saya akan fikir yang baik-baik sahaja malah selepas bergaduh pada hari pertama saya sudah mula fikir yang baik-baik saya tahu abang tidak akan pernah tinggalkan saya cuma abang perlukan masa untuk bertenang dan meredakan kemarahan nya. Saya hanya perlu mengira masa dan hari bila dan ketika abang akan mesra dengan saya kembali.
Setelah 7 hari tidak bercakap, petang tadi abang komen di facebook saya untuk 'fikir yang baik saja' saya harapkan kata-kata itu sebagai petanda awal abang sudah mula membuka hatinya untuk berbaik dengan saya semula. Saya tahu perit. Saya juga dapat rasakan. Tapi inilah hidup kadang-kadang ia perit kadang-kadang ia manis... Hidup perlu kan semua ini tidak boleh segalanya indah jika tidak kita tidak akan bersyukur kita akan lupa padaNya... insyAllah bang, owg akan ikut pinta abang...
Saya ni dah la penghidap migrain. Saya ada 12 hari lagi baki camp yang harus di teruskan. Saya rasa berat nak teruskan camp ni kadang-kadang rasa nak saya stop di sini saya tidak kisah kalau gagal dan saya perlu ulang camp kalau perlu. Saya sangat sakit dan tak tahan dengan segalanya ini. Saya hanya akan tenang jika abang saya berbaik semula dengan saya. Saya yakin abang adalah kunci untuk saya gembira kembali. Tetapi adakah abang nak berbaik dengan saya? hanya tinggal tanda tanya.....
Abang susah sangat ke bang? Abang adik rayu pada abang, jom lah kita berbaik semula. Jom lah kita jadi macam dulu-dulu semula. Kebahgiaan boleh di cari bang dan ia akan datang sendiri percayalah.....
p/s: saya menulis di saat kepala masih berdenyut-denyut. maaf kalau berterabur saya tidak susun pun main tulis sahaja. adakah saya masih sempat melihat dunia esok hari? adakah saya masih sempat mencium dahi abang saya sebelum abang ke jakarta? abang ku, aku tahu kau ingin berbaik dengan ku...ya Allah bantulah kami
No comments:
Post a Comment