Friday, November 5, 2010

Unstoppable~

Seminggu jugak saya tidak bercetus minda di blog ini. Kesian pula nampak berabuk hehe. Tepi sikit wahai pembaca sekalian takut terkena habuk, jenuh saya tiup bagi hilangkan habuk :)

Apa khabar semua? Terima kasih di atas segala reaksi yng dikongsi bersama untuk blog yang tak seberapa ni. Alhamdulillah sekarang telah pun masuk ke minggu ulangkaji dan ahad ni berakhirlah masa untuk menyelak-yelak buku dari kulit ke kulit. Seterusnya bermula selasa ini adalah 1st paper di ikuti 2nd paper will be on this coming friday.

Semalam saya sempat meluangkan masa bersama junior dan senior Kolej Matrikulasi Perak saya di sekitar JB. Sempat jugak tengok cerita Unstoppable terus terang cerita ni sangat best tetapi sangat penat lebih penat dari menonton cerita Salt (lakonan Angelina Jolie).

Sedikit moral value dari cerita yang bagi saya sangat tak rugi sedekahkan RM12 kat GSC Jusco Tebrau tu (malas nak cerita sinopsis sebabnya korang leh google-ing je). Sebenarnya terlalu banyak moral value dari filem ini dan paling saya suka cerita ni lah satu-satunya cerita ongputih yang tade isu seduction ke pe huhu. Mengangkat tema keberanian dua pemuda yang sangat berani amik risiko untuk menyelamatkan keretapi yang terlepas dari landasan dengan laju yang sangat laju tanpa pemandu paling mengerikan keretapi itu membawa bahan kimia yang leh melenyapkan sebuah bandar dan populasi manusia. Di samping itu tema kasih sayang di angkat sebagai sisipan yang menjadikan cerita ni, kasih sayang seorang bapa pada anak-anak dan kasih sayang seorang suami pd isteri kalau boleh tanak bercerai dengan isteri demi anak nya. Satu kekuatan terbaik dan sangat lah baik untuk di tonton seisi keluarga. Buat pengetahuan anda semua filem ini di angkat dari kisah sebenar huhu.

Sebenarnya tiada benda sangat nak di update pada blog saya ini. Sekadar untuk terus mengaktifkan nya sahaja. Terima kasih pada yang sudi menjengah :)

No comments: