Thursday, October 28, 2010

1 Rumusan

Assalamualaikum w.b.t 

Hampir 2 minggu saya tidak dapat menulis di blog kesayangan saya ini. Terlalu banyak yang saya hadapi dan lalui. Terlalu perit perjalanan yang saya redahi. Sepanjang 22 tahun saya hidup ini, kadang-kadang sudah menjadi lali bagi saya. Letih kadang-kadang sampai tak larat otak ini untuk menghadam segalanya. Ingat lagi sewaktu saya ke Penang menziarahi mak saya yang kedua yang accident, saya hampir pitam pada malam pertama atau kedua akibat migrain yang kadang-kadang datang tanpa saya jangka. Nasib baik saya ada abang yang sangat memahami namun saya risau juga jika saya ini menyusahkan abang saya. 

Saya bersyukur abang tak pernah mengungkit menjaga adik nya yang banyak sangat kerenah ini. Terima kasih abangku. 

Minggu lepas saya terkejut bila abang telepon saya yang baru lepas presentation mengatakan mak kami kemalangan dan problem di kepala. Saya jadi kelu. Terus saya termangu memikirkan apa la keadaan mak kami dan bagaimana keadaan abang saya. Saya kenal benar abang saya jika keadaan-keadaan seperti ini berlaku. Beberapa jam kemudian abang pun menelefon nak guna duit saya dahulu jadi saya pun bagi lebih kat abang sebabnya saya tahu abang mesti sangat memerlukan wang. Keesokan harinya saya dapat mesej dari abang yang mak makin teruk saya terus menceritakan hal ini pada kawan saya bertanya pendapat mereka samada saya harus pulang ke Penang ke tidak memandangkan dari JB ke Penang mengambil masa dekat berbelas jam. Tup tup saya dapat mesej nasz cepat packing bag aku nak hantar kau ke airport naik flite ke Penang. TERKELU DAN TERKESIMA. Terima kasih kawan-kawan terharu saya dapat kawan-kawan sebegini nanti saya bayar ya duit tambang tersebut:) 

Sepanjang perjalanan saya sangat risau takut abang tanak ambil saya di terminal. Abang dah bagitahu jangan balik Penang sebab mak tak teruk sangat. Namun hati saya kuat mengatakan saya harus balik, itu mak aku dan aku tanak tengok abang aku sedih seorang dan bersusah seorang kat sana tetambah sapa lah yang nak masak kan untuk perut-perut yang masih ada di rumah itu memandangkan kak nora pun sibuk. Saya cabar diri saya dengan mengatakan apa yang terjadi maka terjadilah. Alhamdulillah abang amik saya walaupun saya tahu abang ada sedikit geram haha. Saya bersyukur sepanjang di sana niat saya untuk lihat abang tenang agak berhasil dan saya juga nampak abang bersemangat untuk berhadapan dengan game nya kelak. Thats my bro. (mana tak nya di ajaknya aku jog pas subuh, naseb baik aku buat alasan elak naik bukit jambul kalo tak mahu 3 4 kali turun naik bukit tu hahaha)

Sudah terlanjur bercerita pasal abang saya ni. Saya tahu abang sedikit kecewa akan sikap saya sebab terlalu mencurigakan abang. Saya tahu apa yang saya katakan betul, saya seorang yang mudah terima apa sahaja. Pernah sekali dan kedua tiga kali abang cuba tipu saya tapi malangnya tuhan itu terlalu sayangkan kami maka di tunjuk kan kebenaran pada saya namun saya sedikit tak marah abang menipu saya sebab saya tahu dan saya tahu niat abang tanak saya risau dan hendak saya berfikir positif malah saya pun tidak pernah berfikir negatif dan sentiasa pandang ke hadapan. Saya cukup paham dengan abang saya jika dia kesorangan dan tiada teman tatkala kawan-kawan nya kat MSN balik ke kampung halaman masing-masing dah tentu abang akan mencari teman. Aku penat dah suruh abang pergi ke rumah tengok tok dari berjumpa budak2 macam tu namun siapalah aku? aku sedar sikap ku ini seperti mengongkong kebebasan abang namun tidakkah abang terfikir untuk cari kawan-kawan macam kita ini dari golongan macam itu? namun abang lebih tahu apa yang abang lakukan. Buat pengetahuan abang, owg tak pernah fikir yang bukan-bukan tentang abang dengan dorg tapi owg pikir dowg dengan abang. Golongan macam itu mahukan balasan. Owg rasa abang tahukan apa yang owg cakapkan. Abang mati mati nak aku berubah tak mungkin abang pun akan lakukan nya kan. Jadi untuk apa aku fikir abang macam tu. Aku hanya pikir manusia yang abang berjumpa tu sahaja.

Maka aku telah berjanji pada diri aku. Selepas ini abang tolonglah jangan cakap camtu berterus terang jelah, owg terima dengan hati terbuka. Owg sangat yakin abang akan pegang kata-kata abang sebaiknya. Utk korg awas! Kalau aku tahu sesuatu berlaku pada keluarga aku, tunggu hadiah dari aku mungkin bukan sekarang namun aku ini jenis manusia pegang pada kata-kata, jika sekarang tak dapat 10 tahun pun aku akan tunggu, aku akan cari sampai dapat. Sungguh pun aku tiada kekuatan fizikal namun jangan bermain dengan pemikiran aku! my strategies are damn unpredictable and beyond ur prediction. Ini nasz...siapa tidak kenal nasz huhu...saya sangat jaga keluarga saya. DIorang yang terutama sekarang ini.

Saya tidak tahu lewat masa ini saya selalu sangat pening-pening dan hampir pitam. Saya sangat risau jika saya ada penyakit yang teruk. Saya tahu orang yang paling sedih tengok saya sebegini adalah keluarga saya. Saya paling tidak mahu tengok diorang sedih. Saya nak tengok kegembiraan sahaja. Saya suka kan yang ceria. InsyAllah saya pegang kata-kata doktor yang saya jumpa dahulu bahawa saya ini sekdar menghadapi migrain sahaja. Saya pun tanak mati awal, selagi saya tidak tunai kan hasrat ibu bapa, abang dan adik-adik saya maka saya belum sedia untuk pergi. Saya bahagia kini :)

Pada insan yang cukup ku sayang, Habesah. Aku minta maaf jika akhir-akhir ini aku menjauhkan diri dari mu. Aku perlukan masa untuk mencari di mana silap aku padamu. Aku perlukan sedikit ruang untuk merencana masa depan aku dan mungkin dirimu juga. Aku begitu mencintai mu namun lewat ini pelbagai perkara menghantui jiwa aku. Aku tanak keputusan aku untuk di ucap berdasarkan emosi semata. InsyAllah sedikit masa lagi aku akan menghubungi mu untuk menyatakan segalanya dan kuharap engkau sedia untuk mendengarnya pada masa itu nanti.

Aku sangat risaukan final exam yang lagi seminggu lagi ini. Aku pernah tewas last semester dengan pointer yang sangat aku tidak jangka. Aku sangat terkejut tengok pointer kawan-kawn aku sendiri dengan pointer diorang terutama eric dan ijat. Eric dekan! Ijat lepas 3.4+ tetapi aku...aku sangat sedih akan pointer aku. Jadi semester aku sangat berazam untuk  dapat baiki pointer aku kembali tetambah abang pun janji untuk bagi aku habuan mintak apa sahaja jika pointer aku naik :) namun aku tak kisah semua itu kerana aku memang niat untuk baiki pointer aku tanak jadi seorang yang lemah! kerana itu bukan sikap aku  seorang yang suka bersaing....

Aku sekarang ini hanya ingin memikirkan yang positif! aku anggap apa yang terjadi maka akan terjadilah. Aku anggap tuhan itu memang sengaja menguji hambaNya. Aku ni tidak aku kuasa menghalang sebaliknya berdoa dan berdoa. Menjadi insan yang tabah. Di masa hadapan setelah aku melangkah ke dunia pekerjaan lagi banyak dugaan dan kerenah manusia, yang jenis tikam belakang, kaki tipu, kaki kipas, jenis lalang, dan 1001 jenis manusia aku jumpa.Ada baiknya aku diuji begitu kerana salama ini aku selalu ambil mudah setiap perkara dan hinggakan satu masa aku terlalu selective/memilih jika benda itu betul-betul penting untuk aku barulah aku nak ambil berat. Tetapi kini aku tidak lagi sebegitu. Aku menjadi seorang laki yang sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. 

"nasz, aku rasa baru setahun tak jumpa tetapi kau...kau banyak berubah" kata mimi 

"nasz, ko semakin damn hot sekarang" kata sya "no wonder aku dengar-dengar ada yang cakap pasal ko kat fakulti kita haha" tambah sya lagi

"weh, drastik giler ko berubah" kata nurul

Berubah? Ya saya banyak berubah. Drastik? hmmm mungkin saya lakukan perubahan ini sebabnya atas permintaan abang saya. Saya akan cuba untuk tidak kecewakan abang saya. Saya bersyukur sangat dia sentiasa berada di sisi saya susah dan senang oleh itu saya harap perubahan saya ini berbaloi. Lagi pun saya tidak boleh berada dalam dunia itu terlalu banyak kedustaan dan penipuan. Saya telah pun melalui nya memang banyak keseronokan tetapi tuhan tu membalas saya dengan hati yang tidak pernah tenteram sentias berfikir negatif hinggalah saya dapat rasa saki bakinya hingga kini. Menjadi seperti diri saya yang lalu membawa saya ke satu dimensi yang sangat baru tetapi di penuhi dengan pelbagai ragam manusia yang Maha dahsyat. Kini saya begitu membenci manusia sebegitu atas alasan itu saya tidak mahu abang saya berjumpa mereka walaupun niat nya adalah untuk berteman dan berkawan. Tetapi tak pelah berkawan lah selagi kita mampu berkawan betul tak? Belajar untuk mengenal erti hidup yang penting jaga batas dan syariat. Agama harus didahulukan...huhu cakap macam ustaz lak haha

Lagi seminggu hendak final exam. Sediakah saya? Mampu kah saya? dalam kepala otak saya sekarang ini hanyalah EXAM, EXAM, EXAM...STUDY STUDY, STUDY...sedikit pun hal lain tidak menyentuh baik yang peribadi, keluarga dan hal-hal lain. Saya sangat berazam untuk berjaya pada kali ini. Saya juga berharap abang saya dapat fokus yang terbaik untuk game nya untuk kebangsaan pada minggu hadapan dan world champ yang kurang 3 minggu dari sekarang. Saya sebagai adik nak sangat abang saya berjaya dan terpampang wajah nya di surat khabar seperti suatu ketika dahulu sewaktu abang memenangi emas di sukan sea. Saya yakin abang mampu. kami mampu! ya Allah aku meminta dariMu kau jauhkan kami dari sebarang perkara yang menjauhkan hati kami, yang melukakan hati kami, kau berikan berita-berita gembira dari berita menyedihkan. Berikan kami kejayaan dan permudahkan segala usaha dan urusan kami oleh Mu, ya Allah.......

Saya sangat sayang abang saya selepas mak dan abah. Saya tak kisah orang nak cakap apa tentang kami. Walhal saya sedikit pun tidak kisah orang nak cakap kami gay. Kau ada abang yang rapat dengan adiknya? aku ada, kau ada? so fikir-fikir.... Aku sangat sayang abang aku kerana sentiasa bagi aku semangat kadang-kadang risau juga aku ni menyusahkan abang. InsyAllah doakan kejayaan owg kelak owg akan balas segala jasa abang, mak dan abah serta keluarga kita. 

4 comments:

Unknown said...

Sabar la ye..
Semua tu dugaan..
Jaga parent selagi daya..
takut nanti menyesal..
Good luck for exam..

nasz said...

thanx bro sudi baca dan komen
insyAllah..
saya akan buat yng terbaik utk exam ini :)

MizA said...

byk bersabar n smoga dipermudahkan urusan.. jeles awak ada abg tuk mengadu n bergantung..
ank sulung mcm sy kna lalui sorg2.

nasz said...

thanx mieza coz sudi singgah and baca my little blog ni :)
takde abg pun kte ada yg Satu
satu2 nya tempat pling terbaik utk mengadu :)
bdw, thanx
senyum2 selalu