Puaskah?
Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku
Wahai kawanku, akan saya jawab segala persoalan anda itu di sini. Walau apa pun, saya minta maaf isu pada kali ini sukar untuk saya kongsikan kerana bisa mengundang pelbagai persepsi namun saya yakin yang membaca blog saya orang2 yang akal nya jauh ke depan dan bukan jenis berfikiran pendek. Betulkan...oleh itu teruskan pembacaan anda :)
kawan : nasz, salahkah aku berkawan dengan gay & lesbian ?
nasz : errr.......
kawan : asal ko senyap je nasz? ok, andai lah aku ni pun gay juga salah ke aku kawan dengan diorang dan salah ke aku berkawan dengan ko????
nasz : (saya termangu dengan 'pengakuan' dari kawan saya itu...)
kawan : nasz, ko kenal aku dah lama. Aku rasa setakat ini ko saja kawan aku yang mudah untuk aku kongsi segala kisah. Aku bertanya sebegitu dan aku harap ko dapat bantu aku...aku buntu!
Itu lah perbincangan kami yang terakhir selepas itu saya terpaksa mendiamkan diri buat seketika. Maafkan aku kawan. Senyap ku bukan bererti aku membenci tetapi kerana nya aku perlukan ruang untuk berbicara pada diri aku.
Kenapa puaskah saya memilih sebagai tajuk entri kali ini kerana entri ini juga berkaitan dengan kehidupan saya sekarang. Buat pengetahuan ko wahai kawan ku, terus terang saya katakan saya mulai membenci golongan sebegitu kerana sebab mereka saya hampir dingin dengan seseorang yang saya amat sayang. Kawan, tidak salah berkawan dengan siapa pun ko nak berkawan berkawanlah! tetapi awas berkawan dengan umat seperti itu biasa mengundang seribu permasalahan pada ko kelak.
Ya saya akui memang seronok berkawan dengan diorang saya pun ada kawan rapat yang seperti itu tetapi tidak bermakna saya perlu jadi seperti dia (kawan rapat). Diorang ini jenis all out senang nak ajak berjalan, hang-out ke cinema, karaoke, makan-makan dan apa sahaja aktiviti yang biasa nya jantan susah nak buat haha. Itu yang positif tapi ada yang negatif nya banyak kot yang paling utama ko dah tahu kan apa benda nya harap ko paham dan tolong elak weh! keduanya, kalo ko anak dato leh la semua ko nak ikut dowg sana sini, ketigan diorang ni jenis yang mengharapkan 'balasan' samada cepat atau lambat kadang2 sampai ko da termakan budi diorg on that time ko nak elak pun ko terpaksa fikir beratus kali (this is true story dude!). Jangan nanti ayat terakhir ble terkena dan keluar dari mulut ko "err...jangan risau saya ni open minded kita kan kawan...." so klise kot.
Jadi diri sendiri! wahai kawanku, tiada lagi lelaki yang normal ke untuk ko berkawan? kenapa harus diorang? Maaf saya bukan memprejudiskan mana-mana pihak tetapi saya rasa jika diorang lah pilihan terbaik untuk berkawan maka berkawan sahajalah ingat wahai kawanku berkawan, bersahabat dan berteman ini biasa nya melibatkan perasaan jika tiada letaknya perasaan maka tiada lah terbentuk nya suatu ikatan yang di nama kan perhubungan. Berkawan dengan gay/les ni perasaan nya akan membawa anda berlayar lebih dalam serius dan percayalah. Ia akan mengundang perasaan yang sangat 'pelik'.
Pengalaman saya bukanlah sebegitu berharga sangat namun saya tidak pernah menolak kehadiran seperti diorang dalam hidup saya sebabnya diorang makhluk Allah juga cuma budaya dan cara hidup yang membezakan serta amalan. Percayalah jika anda dah berkawan dengan seorang selepas ini anda akan dapat 3 atau 5 kawan seperti itu lagi dan banyak maka lagi banyak pengaruh nya. Saya tidak akan mempersoalkan tentang kuat kah iman dan bertapa hebatkah prinsip 'straight' anda kerana bagi saya, saya telah meluat dan menyampah mendengar, percaya atau tidak manusia ini lagi kita larang lagi la di kejar lagi lah nak dibuat...seperti kita menegur budak2 lagi kita larang merokok lagi tu la nak merokok..alih-alih kita yang sakit hati (kalau budak tu tahu tak pe kan). Oleh itu, konsep iman dan prinsip itu bukan kerja saya menjawab semua nya soal hati dan takwa anda sendiri! Saya juga tidak menghina golongan seperti itu siapa lah saya menghina makhluk Allah sedangkan saya pun bukan lah insan yang sempurna dan tak pernah lari dari melakukan kekhilafan :(
Kepuasan manusia ini bermacam-macam. Kawanku, inginku bertanya padamu, jika kau dah memiliki atau ketemui sesuatu yang telah beri kau keceriaan dan kebahgiaan (walaupun adakala ko terasa dan mungkin sering bertengkar ke tapi selepas itu baik kembali) apakah ko harus memilih sesuatu yang bukan lah satu fitrah dalam berkawan tetapi ko 'rasa' mungkin itu mampu membri ko kebahagian yang sementara? Ini adalah contoh berdasarkan pengalaman aku terpulang ko nak dengar atau tak. Tambah lah sesuatu yang membahagiakan tetapi faedah dan manfaat nya berpanjangan. Sekadar peringatan, saya pun ada kawan 'cam tu' tapi seorang je la dan saya anggap dan buat dia hanya kawan. Saya tidak pernah anggap dia lebih dari itu sebab nya saya tahu mempunyai kawan yang berhaluan sebegitu kalau kita bagi lebih sikit rasa sayang/simpati/ke hape nanti mula lah diorang nak melebih-lebih. Setakat ni dia seorang sahaja yang saya leh let go itu pun sekarang ni sudah hampir 5 bulan tak jumpa. Berkawan seperti berkawan dengan lelaki normal dan straight yang lain! Ko tayah gedik2 nak tidur dengan dia nak jugak ajak tidur ramai-ramai. huhu Satu lagi aku nak bagithau ko, golongan macam ni banyak menipu dan suka berhelah. Suatu hari kau akan paham kataku. Kawan aku yang cam tu selalu mengadu kat aku yang dia selalu kne terkena dgn budak2 cm tu gak!
Saya tak kisah pun ko nak berkawan, kawanku. Hampir 5 tahun aku kenalimu. Aku kenal bagaimana ko. Tetapi adakah ko cukup bersedia untuk berhadapan dalam dunia ini? Ingat kawan ku aku sendiri takut untuk berhadapan dengan persahabatan dengan mereka-mereka ini sebabnya boleh menimbulkan pelbagai persepsi antara dua pihak (hubungan perasaan dari kawan mungkin akan jadi lain). Silap hari bulan ko leh komfius gender/kecelaruan identiti dan mungkin ko tanak jadi gay tetapi mungkin ko ada keinginan nak ada hubungan dengan gay yg ko jumpa itu nak berterus terang takut pecah status straight konon. Aku kena berterus terang sebabnya aku pernah ada pengalaman sebegini kawanku walaupun bukan aku yang lalui nya. Bercakap tentang benda ini memang sukar untuk di huraikan. Lain orang lain pandangan. Apa yang ingin saya katakan berbalik pada hati? Niat itu penting kalau semua nya kerana Allah taala insyAllah berkawan lah dengan siapa pun saya yakin kita mampu jadi diri sendiri tetapi jika kita hanya mengikut kan sedap hati/simpati/nafsu maka 'kun fayakun' bukan saya pinta tetapi banyak yang telah saya lihat dan saya khuatir orang yang lemah pasti akan terjerumus. Letakkan limit dan batas dalam berkawan biar sesama jantina atau lain jantina.
Sekali lagi aku berbicara dan menjawab persoalan kamu padaku, 'salahkah aku berkawan dengan 'mereka'? bagiku tidak salah. Aku dah jelaskan apa yang ku rasakan patut setakat ini. Fikirkan yang terbaik sahabatku. Sebenarnya aku terkejut dengan mesej mu pada hari itu yang bertanya kan sebegitu secara tetiba, mungkin sebenarnya kamu ingin bertanyakan pendapat dariku tapi cara kamu bertanya itu membuat aku rasa pelik huhu. Walau apa pun, aku nak tahu juga kenapa kau bertanya sebegitu kerana aku tahu mesti ada sebab musabab kenapa ko bertanyakan soalan itu padaku wahai kawanku.
Aku sentiasa di sisi kawan-kawanku....nyatakan, luahkan moga kamu lebih tenang :) insyAllah
p/s : weh sengal, asal raya tak datang rumah? mak tanya doh,mak aku siap tanya ag kawan kamu yang macam pendiam tu tak datang ke? pendiam ke ko?haha kalau tak ko leh jumpa abang aku. Aku pun nak juga kenalkan kawan aku ni kat abang aku tu haha Doakan moga kita dapat jumpa raya aji ni ok :) jaga diri sengal! sori lah jika apa yang aku tulis ni menyinggung ko aku cakap berdasarkan pengalaman. Apa yang aku tahu aku kongsi yang baik jadikan teladan yang jahat/tak elok jadikan sempadan beb:) Selamat ber-exam
No comments:
Post a Comment