Monday, November 8, 2010

Ku yakin berlaku

Sekali macam tajuk lagu tak pun tajuk drama hehe. Memang pun kedua nya adalah betul. Saja saya menulis hari ni sebagai mengisi pedoman hidup masing-masing. Terima kasih pada respon untuk entri 'puaskah?'. Kawan saya telah pun mengrespon tentang entri itu kata nya kawan-kawan nya marahkan dia berkawan dengan gay2 tu tambahnya lagi gay-gay tu tidak lembut budak-budak tu budak sport lasak seperti ragbi dan bola sepak. Dia hanya suka keluar dengan diorang kerana katanya diorang ini ada sense of humor leh release kan tension dan macam-macam lagi. Jadi nya saya hanya menutup bicara jadi diri sendiri, jaga diri, jaga kemaluan dan jangan termakan budi! Dan dia membalas 'insyAllah...'. Kawanku jangan risau aku terima kamu seadanya seperti mana dahulu okay...

Esok telah bermula paper pertama untuk final bagi semester ini. Seminggu untuk minggu belajar saya tidak terguna sebaiknya kadang-kadang muncul mood malas, nanti pula datang migrain dan macam-macam lagi. Saya hanya berharap agar tuhan itu sentiasa memberi ruang untuk saya berjaya seperti abang saya yang menjadi inspirasi saya selalu. Sedaya upaya saya kerah diri untuk mentelaah kesemua topik moga dapat naik pointer sedikit pun dah cukup namun dalam hati saya masih mengharap agar saya kembali merampas title dekan! InsyAllah... saya hendak buat mak, abah dan abang saya bangga. Terutama abang tidak henti-henti beri semangat dan
telefon/sms bertanya kan tentang persediaan exam saya. Thanx my lovely brother.

Tahniah abangku! Syukur sangat-sangat abang dapat menjadi johan dalam
Pertandingan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan anjuran PESAKA yg berlangsung di Kolej Matrikulasi Perak baru-baru ini bermula Selasa hingga Ahad semalam. Paling membanggakan abang beraksi di kolej matrikulasi yang sangat saya banggakan dan cintai. Saya hanya mampu berdoa dari jauh, sentiasa membuat sunat hajat dan memberi semangat pada abang walaupun abang sibuk dengan komitmen di sana. Saya amat tahu pertandingan ini amat memberi makna pada abang untuk meyakinkan kesemua pihak yang abang mampu untuk membuat kejutan di Kejuaraan Dunia Silat pada awal disember ini. Alhamdulillah berkat dari Allah dan rezki untuk kami sekeluarga abang jadi johan dan paling saya bangga abang mendapat Pesilat Terbaik (cayalah abangku..).

Abang sering mengadu akan hal mak kami yang sering kelihatan tidak bermaya dan hilang semangat. Saya paham yela selepas kemalangan itu saya yakin segala ini akan berlaku dan saya tidak begitu terkejut sangat mendengar nya. Saya agak pilu mendengar juga namun apakan daya buat masa sekarang ini saya perlu beri tumpuan pada pelajaran. InsyAllah ada rezki raya haji ini saya akan pulang dengan abang ke kampung dan cuba mencari jalan sama untuk bantu ibu kami. Bagi saya keluarga adalah sangat penting sekarang ini, kebahgiaan keluarga saya, keceriaan mereka adalah nadi hidup saya tanpa mereka saya tidak mampu menjadi seperti diri sekarang terutama jika tiada abang saya maka saya seperti lumpuh satu badan dan tak mungkin akan mampu berjalan merempuh segala duri-duri yang sangat tajam ini. Seperit mana yang berlaku sekarang ini saya yakin selagi ada kekuatan terutama sokongan abang dan keluarga saya akan lalui jua. InsyAllah bukan hanya doa seorang ibu, restu ibu penting untuk keberkatan dan kejayaan anak-anaknya tetapi doa dari anak-anak yang soleh juga tidak akan terlepas dari mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. amin

Kehidupan ini bukan lah sesuatu yang indah tetapi cara pemanduan kita yang menentukan halatuju itu indah atau tidak. Berjalan lah sebaik mungkin. Buat lah satu pekerjaan yang menggembirakan orang lain tidak perlu melakukan sesuatu untuk membuat kesedihan orang lain. Susah menjaga hati manusia tetapi itulah kita perlu juga menjaga hati manusia dan sesiapa sahaja. Sentiasa menjadi seorang yang jujur dalam setiap perkara, ikhlas dalam pekerjaan, berbudi bahasa dalam pertuturan dan jangan lupa solat! kerana solat yang khusyuk, ikhlas dan diredhai Allah dapat memberi kita petunjuk dan jalan yang sebenar-benarnya indah. Oleh itu, selamat menduduki peperiksaan untuk yang belajar lagi. Ku yakin akan ada nya damai yang berlaku kelak ceywah huhu


No comments: