Monday, November 29, 2010

Persoalan untuk Kenapa

Kalau kerana marah menjadikan sesuatu itu terhenti seketika. Adalah baik kita beristghfar. Sejauh mana kita boleh ikut kan marah, nafsu amarah. Kerana marah hati kita boleh rosak, iman boleh goyah. Maafkan kesalahan dan kekurangan orang lain. Memaafkan, bukan bererti apa yang dilakukan kepada anda adalah sesuatu yang betul. Maaf tidak membetulkan kesalahan. Ini kerana apa yang dilakukan tetap juga salah dan mengakibatkan timbulnya perasaan marah. Tetapi 'maafkan' bermaksud anda melepaskan segala perasaan dendam dan benci. Dengan melakukan ini , hati akan menjadi lebih tenang tanpa sebarang perasaan ingin membalas kemarahan tersebut.

Krisis dan masalah akan dialami oleh sesiapa sahaja. Ia bergantung pada cara bagaimana kita menangani masalah tersebut. Orang-orang yang berjaya sering mempunyai minda POSITIF dan tidak berreaksi melulu mengikut krisis/masalah.

Dalam apa sahaja masalah, seringkali timbulnya sesuatu peluang. Mereka yang berjaya akan melihat peluang-peluang dalam menyelesaikan masalah tersebut. Manakala mereka yang mempunyai minda NEGATIF akan melihat PENGHALANG-PENGHALANG yang lagi akan menyukarkan masalah tersebut lantas menjadikan jiwa dan diri lebih serabut dan tidak tenteram.

Apabila timbulnya masalah adalah lebih baik berbincang dan mengenal pasti punca. Jangan ikutkan perasaan marah itu. Marah adalah makanan syaitan. Lagi diikutkan marah lagi la syaitan itu suka untuk menghasut untuk membangkitkan amarah. Kenal pasti punca dan juga segala maklumat mengenai masalah tersebut, serta fikir kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah itu secara sistematik. Pecahkan masalah yang besar pada unit yang lebih kecil dan mudah untuk ditelan. Kuatkan semangat, kerana sesiapa sahaja yang menghadapi masalah dan krisis, pastinya menguji kesabaran kita bukan menguji sejauh dan sekuat mana kita mampu melepaskan marah.

Ketahui bahawa masalah melanda semua orang! tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda, raja sehingga perdana menteri! Kita sering berfikir bahawa apabila kita dilanda masalah yang besar, umpama dunia tidak menyebelahi kita dan kita seorang sahaja tertekan dalam keadaan itu.

Faham bahawa apabila kita marah bahagian otak yang bergelar neo-cortex tidak akan berfungsi. Bahagian ini adalah bahagian manusia untuk berfikir. Hentikan melakukan sebarang keputusan dalam keadaan marah. Keputusan dalam keadaan marah seringkali keputusan yang mengikut emosi dan bukan logik kerana bahagian otak ini tidak berfungsi...

Tenanglah dirimu...memaafkan adalah lagi baik dari membiarkan api kemarahan membakar. Siapa yang tidak pernah buat salah? Ingatlah hari ini hari kamu esok lusa hari orang lain pula. Letakkan diri kamu di situasi yang kamu marahkan. Setiap yang berlaku ada sebab dan musabab. Tuhan sentiasa menguji hamba-hamba nya kerana Dia sayang kan kita. Bukan di uji untuk menjarakan kita atau bermusuh-musuhan atau memecah belahkan.. bukan kah kasih sayang itu sifat tuhan? Marah itu sifat syaitan? Membenci dan tidak memaafkan itu makanan iblis durjana? Hidup ini suatu roda tidak semestinya apa yang anda lakukan akan ditentukan di situ ia sentiasa berpusing...Ingatlah tuhan selalu...salam

mood: sudah tertido kemudian terjaga kepala menggila :(

No comments: