Monday, November 29, 2010

Day 6 - Mungkin

Salam. Sudah masuk hari ke tujuh. Kali ini abang saya marah pada saya paling lama tidak bercakap dengan saya. Saya pun tak tahu situasi apakah yang ingin saya kategorikan;

Mungkin abang tengah marah lalu menghukum aku sebegini sehingga reda marahnya?

Mungkin abang tengah marah lalu bertindak mencari ketenangan diri?

Mungkin abang nak hukum aku untuk tengok bagaimana aku bila abang kesayangan nya tiada di sisi?

Mungkin dan mungkin. Yang pasti saya pun tak tahu sampai bila saya mampu menulis sebegini lagi. Sejak saya tidak bercakap dengan abang saya rasa badan selalu tidak sedap. Semalam masa ada training ala-ala tentera saya nyaris pitam, bagi membuktikan saya mampu memimpin kumpulan saya, saya tetap teruskan akhirnya 2 dari 3 cabaran-cabaran group kami sapu bersih dari sudut kerjasama dan kepantasan kumpulan. Saya pantang di cabar! Berbaloi tiap2 hari gua joging (thanx my bro yg byk inspired aku utk jg stamina) huhu

Malam tadi kalau ikut kan selepas saya mesej abang walaupun abang tidak balas saya akan terlelap sebaliknya malam tadi saya tidak mampu untuk tidur. Saya rasakan leher saya sangat2 menegang tunggu masa untuk putus urat nya. SAKIT! PERIT! cuma saya yang rasa. Dalam pukul 3 pagi baru saya mampu tido.

Hari ini perkara yang sama berulang di tambah dengan sakit kepala saya. Saya tahu sakit dileher saya yang membuat migrain saya datang. Saya sangat sakit. Saya hanya mampu tahan. Saya buat keputusan untuk tidak meneruskan ceramah pada waktu petang sebab saya tidak mahu menyusahkan kawan-kawan saya jika saya pitam ke apa... biar saya sakit sendiri tetapi saya tidak mahu mati sendiri....saya nak mati di pangkuan abang yang membesarkan saya dengan segala pengorbanan nya.

Saya tidak tahu bagaimana dengan hari esok...moga sakit akan berkurang :(

Saya pun tidak tahu berapa lama saya harus mengalami sakit seperti ini. Saya teringin nak jadi normal. Saya memang tidak tahan tekanan sekarang ini tidak kisah apa jenis tekanan jika tertekan sedikit sudah tentu saya akan kena migrain. Saya hanya mampu makan sehari sekali paling giler dua kali sehari makan bukan diet tetapi saya tidak lalu nak makan jika makan pasti muntah-muntah. Saya bencikan diri saya. Tatkala ini pun saya tengah tahan sakit saya dan mungkin selepas ini akan terus tidur awal...saya sangat rindu abang saya. Saya harap sangat sakit ini akan hilang bila saya dah baik dengan abang. Saya tanak dia susah hati kerana saya. Nanti pretasi abang jatuh...

Saya sering dengar lagu insyAllah liriknya sangat tersentuh dengan isi/bait lirik tersebut menjadikan saya sentiasa tabah mengharungi cabaran ini. Saya harap selepas segala yang berakhir kami dapat menjadi lebih gembira. Saya juga sudah berjanji dengan diri saya untuk tidak mengulangi kesilapan sama lagi.

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam

Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan

Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku
Insya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu

Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku.

Mungkin kali ini lebih lama saya harus menanti abang saya sendiri. Saya pun tidak tahu ketenangan seperti mana yang abang cari lagi. Adakah dengan solat tidak mampu untuk tenang? Saya syukur dengan mengingati mu ya Allah hati saya tenang walaupun jauh di sudut hati hanya tuhan yang tahu. Bayangkan kita tidak pernah bereranggang dengan abang sendiri tiba situasi cam ni apakan terjadi? tak ber-sms, tak ber-call... Saya yakin abang pasti akan hubungi saya tetapi saya tidak tahu bila...saya tahu dia sangat kasih kan saya sepenuh jiwa raga saya. Saya pun belum sempat balas segala jasa abang apatah belum tunaikan janji saya pada abang sudah tentu abang takan buang saya. Lagi pun adik beradik kandung kan takan la sanggup nak buang2 cam ni mak tak buang anak takan abang nak buang adik kan. Abang selalu cakap 'air yang dicincang takan putus' ya saya yakin...pasti! yang penting bersabar! Abang nak saya sedar betul2...saya tahu. insyAllah saya telah lama buang sikap2 bodoh itu...percyalah

Saya juga tidak tahu apa yang harus saya lakukan lagi. Kalau diikutkan masing-masing ada salah masing-masing. Tetapi saya sebagai adik saya kini hanya mampu mengalah saya tidak perlu untuk keras kepala. Ramai yang bercakap, 'abang kamu tu abang, bila dia abang ego abang itu tidak pernah hilang, dia sebenarnya kalau boleh nak kamu ikut cakap dia yang dia rasa terbaik bagi dirinya...bagilah dia masa untuk dia fikir baik buruk, betul salah.....tipulah kalau seorang abang tidak sayangkan kamu dan rindu kamu. Korang adik beradik yang terbaik yang sangat rapat yang tidak pernah berenggang....gaduh2 cam ni pasti berlaku...disebabkan sekarang ini dia juga mudah tersentuh hatinya tetapi kekerasan sebagai abang menjadikan dia harus meng-cool kan diri nya..nanti-nanti baiklah. Abang dik...nama pun abang'.

Saya akur dengan kata-kata itu. terus terang saya berkata di sini...seboleh-bolehnya sebelum abang pergi ke Jakarta saya hendak sangat berbaik dengan abang memandangkan waktu itu saya telah pun berada di Kuala Lumpur untuk meneruskan sesi kedua perkhemahan saya ini. Harap jika abang baca blog ini. Abang fikirlah baik-baik. Abang hanya ada seorang adik ni ja bang, Adik lelaki bongsu abang ini. Sampai bile abang nak macam ni. Kalau kita ada adik-adik lain lagi mungkin pergaduhan ini tidak terasa sangat abang. Lagipun kita dah lebih 3 hari camni. Abang fikir-fikir kanlah...owg seelok-eloknya nak sangat kita berbaik sebelum abang ke Jakarta. Owg nak sangat jumpa abang di Kuala Lumpur. Moga tuhan kabulkan doa ini. Amin

p/s: kalau abang rasa betul owg anggap abg cmtu owg sanggup pertaruhkan nyawa...sebagai bukti owg tidak pernah mengganggap abg seperti itu. Percayalah pada adikmu ini..

No comments: