
Post ini sewaktu saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan sewaktu ini saya berada di pertengahan jalan di pertengahan bumi Melaka. Saya pulang membawa hati yang penuh 1001 rasa mungkin makan hati atau jauh hati. Tetapi saya tidak kisah semua itu sebab nya saya dah terlalu biasa merasai ke semua nya itu. Orang kata susah nk jaga hati manusia ni kan. Sama ada dia tahu akan pe yang kita care sangat atau dia tidak tak tahu selagi benda yang sama berlaku tiada apa yang berubah pun kan.
Tinggal sehari dua lagi hendak beraya Aidil Adha di Aidilfitri yang lalu saya kurang rasa seronoknya beraya di tambah sedikit kedinginan dengan my beloved brother menjadikan raya saya seperti kurang merasa kan nikmat raya. Pada masa yang sama juga mak abah saya juga masing-masing sibuk dengan catering masing-masing jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah. Saya terlalu mengharap sangat sungguhpun ini adalah raya haji (di Pantai Barat Malaysia kurang sedikit menyambut raya ini) saya mengharapkan raya ini dapat menjadi tebusan kepada kehilangan senyuman yang indah pada raya yang lalu. InsyAllah...
Di perenggan ini saya telah pun berada di penghujung Melaka dan akan memasuki sempadan Negeri Sembilan. Kiri dan kanan saya tidak berkerdip memandang ke arah saya yang asyik menulis blog ini. Saya hanya mampu mengeluh tatkala menulis entri ini. Terus terang saya sangat gembira dan ceria namun hati sahaja yang sering memendam segala rasa, memakan segala yang perit. Di tambah dengan tidak sedap badan disebabkan demam tengahari tadi makan pun tidak habis. Sebab tu orang cakap kalau melawat orang sakit atau berada bersama orang sakit jangan bagi yang sakit tu susah hati nanti lagi melarat lak sakit mereka sebab di saat ini hati dan perasaan mereka mudah sangat memikir kan benda yang negatif.
Saya akan mengakhiri perenggan di sini kerana saya tidak mampu menulis lagi memandangkan internet saya makin slow sebab nya di bumi Negeri Sembilan ini tengah hujan lebat jadi menyukar saya untuk ber-online. Walau apa pun, saya ingin mengucap kan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha mana lah tahu kan saya tidak sempat menulis di raya haji nanti. Maaf lah andai sepanjang menulis di alam maya sejak 2008 ada yang tidak menyenangkan sesetengah pihak. Tangan ini hanya menulis gerak hati dan jiwa~.... SALAM
p/s: aku akan tetap ceria dan bahagia sungguhpun itu hanyalah zahir nya.
No comments:
Post a Comment