Monday, November 15, 2010

kerana saya

Betapa susah nya nak jangka hidup ini kan. Saya selalu mengharap yang terbaik dalam kesemua benda dalam pelajaran, pekerjaan yang saya lakukan (walaupun belum bekerja), perhubungan persahabatan, ikatan kekeluargaan dan persaudaraan. Saya bukan nak memberitahu saya ini mr.perfect! jauh sekali tidak. Saya hanya ingin satu perkara itu yang indah, bahagia...kalau boleh saya nak fikir yang indah-indah belaka..

Seseorang berkata pada saya "nasz, ko ni terlalu banyak memikir, otak ko selalu bergerak..." yup, saya seseorang yang tidak pernah berhenti memikir kadang-kadang bukan pasal saya tetapi orang-orang sekeliling saya.

Kalau dalam bersahabat saya akan pikirkan tentang bagaimana nak jaga hubungan kami kelak.
kalau dalam persaudaran/adik-beradik saya selalu memikirkan macam mana nak kekal kan senyuman insan-insan yang saya sayang ini.
Kalau dalam pelajaran most of the times otak saya tak pernah berhenti memikir cam ne nak naik kan pointer kalau boleh nama berada dalam kedudukan 1st class list pula!

Entahlah..saya dah penat menulis. Setiap apa yang ditulis ini saya mengharapkan sesuatu iaitu Dunia yang penuh warna-warni, saya nak lihat suatu kebahgiaan tanpa kesedihan...tapi saya tahu itu sukar.

Saya akan terus mencari. Namun apa yang saya ada sekarang ini pun dah cukup bahagia dan bersyukur ya amat. Moga ikatan yang ada akan kekal hingga akhir hayat saya.Susah cam ne, perit cam ne, andai perlu saya titis kan air mata pertahan kan segalanya saya akan lakukan kerana saya amat perlukan hubungan ini. wasalam

No comments: