Friday, November 19, 2010

semua kerana mood

Salam Aidiladha semua. Alhamdulillah saya dapat meraikan raya pada tahun ini dengan satu senyuman yang sangat ikhlas. Tahun ini seronok dapat beraya bersama keluarga dan terutama abang saya. Perjalanan sejauh hampir 13 jam dari Kuala Lumpur ke Penang (semua nya disebabkan jem..huhu) sangat membuahkan suatu pengalaman yang sangat indah sehingga kepulangan saya ke Johor Bahru.

Apa khabar anda semua? Bagus semua nya baik-baik. Saya? Erm, saya tidak lah sihat mana pun kerana sewaktu di Penang lagi saya sudah tidak sihat kerana mengalami migrain. Ada yang tanya saya ni tekanan ka? Susah nak habaq mai kat angpa. Biarlah saya sahaja yang mengetahuinya. Bukanleh bawa mati pun kan selagi kita leh control cuma pagi semalam waktu nak bangkit mandi saya pitam untuk kali kedua pada tahun ini hingga terjatuh tangga huhu. Kali pertama masa saya melawat mak saya kemalangan tapi time tu tengah malam saya pun pitam tapi sempat bangkit sendiri cuma pada kali ini ja saya pun tak perasan macam mana leh camtu.Minta maaf mak dan abang buat anda semua risau tentang saya.

Aktiviti pertama, adalah memperbaiki frame cermin mata saya yang patah. Itu kesilapan saya! letak merata sahaja speknya. Saya mintak abang bawa saya p kedai cermin untuk beli contact lense je kerana saya pun dah tade duit sangat. Abang berkeras tak bagi saya bagi pakai contact lense. Kebiasaannya kalau dia da berkeras cam tu saya kena ikut ja huhu. Akhirnya abang belikan saya frame baru. Abang tak sanggup tengok adik nya tanpa mata-matanya ni :) Selepas tu kami gerak ke tempat penyembelihan korban cadang nya nak tolong namun tidak berkesempatan sekadar dapat melihat dari jauh dan mengambil agihan-agihan korban sahaja.

Pada malamnya pula, kami ke Mc Donald di Gurney untuk berjumpa kenalan saya melalui Facebook dan bergelar kakak kerana berusia 25, anak mami hehe. Perjumpaan hampir sejam itu hanya di penuhi gelak-tawa dari kami berempat (akak tu bawa kawan nya juga). Seterusnya kami terus ke Baling, Kedah untuk berjumpa kenalan abang saya pula seorang lelaki berpangkat abang. Tujuan kami ke sana merupakan serampang dua mata, pertama abang tu yang kami kenalan sebagai abang Izz nak sangat berjumpa abang saya, dan kedua abang saya sangat excited nak mandi kolam air panas. Dalam kol 2 pagi sampai sana hampir 1 1/2 jam dalam kolam air panas itu. Orang kata kalau badan tu letih-letih rendam kaki dalam air panas dah cukup untuk kembalikan kesegaran pada badan. Apalagi pakat mai kolam air panas ye semua...

Pukul 6 pagi kami tiba di rumah. Pukul 12 tengahari kami pun pulang dan alhamdulillah pukul 6 petang kami tiba di Kuala Lumpur dan terus ke Setiawangsa untuk mengambil kenalan abang dan saya pula. Aktiviti kami pada kali ini untuk menonton 2 Alam yang digembar gemburkan bernilai 40 juta. Apa yang mampu saya katakan di mana nilai 40 juta itu entah lah.. filem yang paling amat membosankan dan kelakar sangat. Saya cuma risau tak dapat nak capai sejuta pun huhu. Tetapi manalah tahukan kuasa Allah amat besar dan buakn bidang saya untuk menentukan nasib seseorang itu. Andai rezki Dr. Rozmey mana lah tahu boleh dapat rm40 juta itu adalah tidak mustahil kan :)

Pukul 10.30 malam tepat saya pulang ke Skudai. Saya hanya mampu berdoa cepat baik demam + migrain. Saya tak nak sakit ini menyusahkan semua orang. Di sebabkan sakit ini juga saya tidak lalu untuk makan sebarang nasi di paksa makan saya pasti akan muntah kan balik kesemua nya. Terus terang saya rasa sangat lapar tapi kalau saya makan nasi tadi akan keluar balik. Ya Allah andai ini ujian dari Mu untuk ku aku tabah menerima segala-galanya.


p/s: terima kasih abang. Owg sangat seronok pulang ke kampung dan beraya tahun ini. Kasih sayang abang pada owg tidak mampu owg ungkapkan dengan kata-kata. 'Abang kan abang' itu pun telah membuat owg rasa bersemangat untuk buat yang terbaik pada semester ini bagi menunjukan owg bersungguh untuk buktikan owg akan naikan pointer pada kali ini. Terima kasih abangku. Engkau adalah satu-satu nya yang terbaik dalam keluarga kita

No comments: