
Selesai sudah paper ke-2 iaitu Pengurusan Sumber Manusia. Ia berakhir suatu nada yang sangat sedih bagi saya. Selama 2 hari saya bersengkang mata berjaga semata untuk memberikan yang terbaik untuk subjek ini tetapi sayang di saat saya melangkah masuk ke dewan periksa dan duduk di dalam dewan baru saya sedari saya sudah mula 'blank' malah segala apa yang pelajari dan hafal semua nya telang hilang sebegitu sahaja.
Di saat tersebut saya hanya mampu membayangkan abang saya yang kecewa dengan saya:(. Namun apa daya tuhan sudah berkehendakan rezeki saya sebegitu. Seboleh-boleh nya saya terlalu mengharap agar subjek ni sekadar dapat B+ pun sudah cukup bermakna untuk sementara ini namun setelah melihat cara saya menjawab soalan tadi hati kecil saya dapat merasa cukup sukar untuk saya score subjek ini. Malah saya juga dapati ramai kawan-kawan sekelas yang menghadapi benda yang sama dengan saya. Kesusahan subjek ini memang sangat sukar dibayangkan.
Betul kata abang saya, setiap kesedihan tu akan diberikan kebahagiaan cuma kita tidak tahu cepat atau lambat, Alhamdulillah mungkin rezki dari Allah saya terasa seperti tidak percaya mendapat markah carry mark untuk subjek kedua tersusah semester ini (Pengurusan Maklumat Tanah) selepas pengurusan sumber manusia sebanyak itu. Sampai ditegur rakan sekelas 'weh, nasz ko bukan dah cek ke tadi markah ko huhu..' terasa seperti sukar untuk iterima untuk subjek susah ini saya dapat markah cam tu kalo tak silap kedua atau ketiga tertinggi dalam kelas. Walau apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan baik saya eric tanpa dia tak mungkin kami mendapat markah ini (markah kita sama kan hehe).
Saya terlalu berharap agar 2 subjek selepas ini mampu merealisasikan impian saya untuk dapat sekurang-kurangnya A. Jika dapat alhamdulillah saya rasa saya mampu menaikan lagi pointer saya secara tidak langsung memperbaiki pointer yang jatuh merudum semester lepas.
Saya akan tetap berusaha, jika abang saya mampu untuk juara kenapa tidak saya! Jadi stop memberi alasan dan berusaha, berusaha, berusaha beserta sentiasa berdoa dan tawakal kepadaNya. InsyAllAh
'adikku yang terbaik' kata abangku :)
~sekali juara selama-lamanya adalah juara~
No comments:
Post a Comment