Tiba-tiba saya rasa rajin untuk meng-update blog saya pada hari ini. Semalam kawan saya yang juga penggemar membaca blog saya berkata, 'nasz, amboi skunk ni aku tengok tiap entri terbaru ko mesti nak mention abang ko huhu' tambahnya pula 'adik abang betol ko ni '. Erm, saya pun baru perasan yang saya sering menyebut nama abang saya di sini. Biarlah apa pun orang nak cakap namun apa yang saya tahu tiada nya abang saya seperti saya lumpuh satu badan itu sahaja yang mampu saya ungkapkan pada saat ini. Segala kekuatan dan kelemahan saya adalah terletak pada abang saya yang saya dah anggap sebagai nadi utama saya.
Alhamdulillah hari ni demam sudah makin kebah cuma pening-pening tu sahaja kejap ok kejap datang balik tapi setakat ini saya mampu hadapi nya lagipun saya sudah berjanji dengan abang yang tidak akan memikir sehingga memberikan tekanan pada diri sehingga lah saya tamat menduduki peperiksaan untuk semester 5 ini yang bakal berakhir pada 25hb ini. Saya juga berjanji pada abang akan berusaha sedaya upaya untuk menaikan pointer jadi saya kena berusaha keras dan sedaya upaya untuk lakukan yang terbaik.
Hari ni selepas sembahyang Asar tak pun Zuhur tadi saya terduduk seketika, apalah akan berlaku jika pointer saya tidak memberangsangkan. Saya nak kembalikan senyuman abang saya seperti 5 6 bulan yang lepas sewaktu saya dan abang ke genting ke kelantan bersama-sama ngn kawan abang. Saya tengok abang gembira sangat saya ingin kembalikan kegembiraan itu. Saya tahu abang sangat susah hati dengan keadaan saya sekarang tetambah keadaan bonda kami juga di kampung. Kadang-kadang saya rasa bersalah pada abang buat abang saya susah hati. InsyAllah bang, owg yakin sem ini owg mampu lakukan yang terbaik walaupun selalu berada dalam keadaan yang tidak sihat. Saya nak tengok abang yang banyak berjasa pada kehidupan saya senyum kembali.
Saya memang takut dengan abang saya takut bagi saya di sini adalah ketegasan abang saya. Saya akui abang saya memang sentiasa cool namun ada ketika nya cool-cool nya tu bermakna huhu..pe pun saya bersyukur abang sentiasa bersabar dan berada dengan saya. Saya bersyukur dikurniakan seorang abang yang sangat baik hati seperti abang saya ini. Saya telah berjanji dengan diri saya selagi saya hidup saya akan pastikan sperti mana abang nak tengok saya hidup ceria dan bahagia dan berjaya kelak seperti itu juga saya akan sentiasa bersama abang saya susah dan senangnya, sakit dan sihatnya, dan apa jua keadaan sekali pun paling penting saya takan benarkan sesiapa mengambil kesempatan pada kebaikan abang saya pada mereka jika saya tahu maka cepat-cepatlah diorang bertaubat nasuha huhu. Tade la saya bukan cam tu kuasa Allah lagi maha Agung dan Besar siapa saya untuk menghukum manusia biarlah sang pencipta mengatut segalanya huhu..
Okla saya nak stop mengarut. semoga ketemu lagi hehehe
2 comments:
Dah memang tanggungjawab abang jaga adik. Bagus la kalo awak dah faham..
thanx bro
da lama tak komen
mesti sibuk kan dgn rutin harian
tp saya risau gak tanggungjwab dia da banyak pada keluarga kami. sebaiknya sebagai adik saya kena la meringankan beban dia bukan menambah kan lagi hmm...
abang saya memang seorang yang tabah :)saya bangga jadi adik nya
Post a Comment