Agak lama juga saya tak menjenguk blog ini. Maaf semua hari ni saya baru habis menjawab kesemua subjek yang saya ambil pada semester ini. Terasa sangat penat dan letih. Saya harap sangat pointer naik kali ini.
Saya berasa sangat sedih di saat-saat akhir peperiksaan saya dan abang kesayangan saya bergaduh dan pergaduhan kami menjadi lebih kepada 'diam tanpa kata-kata' oleh abang saya selepas kami berbalas mesej petang tadi. Saya akui saya salah! ya saya salah! tetapi dengarla penjelasan ini dahulu.
Saya selepas abes exam tadi terasa sangat pening di tambah dengan demam lalu saya menghantar mesej pada abang yang saya telah kuar dari dewan exam dan abes exam semester ini. Salah saya pula layan mesej abang cam nak tanak. Saya tahu abang terasa tapi serius saya berasa sangat pening. Bukan di sengajakan! Maafkan adik abang.
Ya Allah kau lembutkan lah hati abangku. Aku rindu kan kasih dan sayangnya. Ke-caring-an dia terhadap aku. Aku yakin pada keesaan dan kekuasaanMu, ya Allah.
Saya harap sangat abang akan memaafkan saya. Saya tak sanggup melukakan seseorang yang sangat berjasa pada saya. Moga tuhan sentiasa permudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment