Selamat Hari Isnin semua....
Bagaimana hidup anda? Semakin baik atau semakin kurang baik?
Sudah pupuk rasa kasih sayang anda dan jaga nya sebaik mungkin? anggaplah setiap hati adalah hari untuk berkasih sayang bersama insan-insan yang menyanyangi dan anda sayangi...
Bagaimana permulaan Isnin anda pula? Moga sentiasa dipermudah oleh tuhan...
Saya?
Alhamdulillah walaupun mehna ujian silih berganti tetapi saya berjaya melepasi tiap yang datang sebaik mungkin, bahagia? sudah tentu... prinsip saya mudah insan-insan keliling saya bahagia maka saya akan bahagia.
sebelum saya terlelap pukul 11 pagi tadi dan terjaga dalam pukul 2 ptg tetiba saya mendapat idea ini 'resmi manusia, sudah terhantuk baru nak bersejadah, sudah dapat dah, lupa pada sejadah, sudah nak matilah, jangan menyalah tak sempat cium sejadah' lalu seseorang bertnya pada saya, apakah konklusi nya?
Sudah jadi adat kita sebagai manusia yang terlalu leka dengan limpahan nikmat dunia dan lalaian bisikan syaitan yang menjadi pilihan utama nafsu kita, bila kita sudah susah, tatkala Allah turunkan sedikit kesusahan pada kita, maka bila terputus nya kita dalam menikmati nikmat2 indah yang dulu nya kita tidak pernah bersyukur sebaliknya kita tambah lagi dengan dosa nista kita (konon boleh bertaubat bila nak mati...kalau sempat!). Justeru itu, bila dah merasai betulnya susah orang kata pada saat ini kalau diberikan apa pun kita akan capai sahaja andai itu yang terbaik (katanya...belum tentu nasib nya baik atau tidak!) maka baru lah nak mengenali sujud di atas sejadah. Sebelum kau bersujud pada nafsu! sujud pada kemewahan dan kefanaan dunia...
Allah maha Pemurah lagi maha Mengasihani, di bantu anda dengan kesenangan kembali...nama pun manusia maka dulu nya dahi melekat kat sejadah kalau boleh di sujud sebelum tahiyat akhir tu kalau boleh nak smapai setengah jam berdoa..punya insaf, punya taubat. Manusia oh manusia! kau dapat pe yang kau nak kini kau tinggal sejadah yang dulu menjadi pendamping dikala kau susah...
Sedih..namun itu realiti nya! Di akhir frasa saya berkata 'sudah nak matilah, jangan menyalah tak sempat cium sejadah' saya takut di kala nyawa dah tinggal nyawa-nyawa ikan baru terfikir ke mana pergi sejadah, baru nak menyalah kan diri kenapa tidak pernah terfikir nak menghargai agama Islam yang indah ini...Islam itu mudah. Jangan lupa 5 waktu! jagalah solat adalah lebih baik insyAllah terhindar segalanya...
Sekian...
ingat - 'resmi manusia, sudah terhantuk baru nak bersejadah, sudah dapat dah, lupa pada sejadah, sudah nak matilah, jangan menyalah tak sempat cium sejadah'
1 comment:
Betul tu..
Ramai yang lalai..
Post a Comment