Saturday, October 9, 2010

aku tak tenteram. fullstop~!

Saya teringat keluhan abang saya 'bilalah hati ini hendak kembali tenang seperti dahulu..'. Kini saya pula yang mengalaminya. Sejak beberapa bulan dan kebelakangan ini saya menjadi rapat dengan abang saya. Abanglah banyak membantu saya mengembalikan semangat dan memulihkan kekuatan saya. Terima kasih abang.

Seperti yang saya katakan hati saya tidak tenteram. Teramat sangat. Saya takut akan final exam untuk semester ini. Sungguhpun hanya 5 subjek, 4 subjek yang ada paper manakala 1 subjek penilaian berterusan dalam kelas. Nampak sedikit 4 subjek tetapi mengharungi nya ya Allah hanya tuhan yang tahu. Saya nak sangat baiki pointer yang jatuh semester lepas sebab nya saya tidak pernah dapat pointer seteruk itu sejak masuk UTM. Saya akui pointer jatuh semester lepas kerana saya seperti seorang putus harapan nak menjawab soalan. Erti kata hampir nak berhenti belajar. Namun sempat perbaiki kesilapan dengan kekuatan abang saya. Saya hendak pointer yang lalu..maksud saya dekan huhu (maaf tidak riak..kau ada huhu)

Saya juga takut jika saya tidak mampu dapat above 3.3++ abang kata dia mungkin tak kan ..........(tidak boleh diteruskan penulisan nya, rahsia kami adik beradik!) Terus terang saya takut masakan saya mampu capai target itu? Memang berat memandang syarat itu dan pe yang berlaku jika gagal. Ia agak kejam. Namun saya akan galas sebagai cabaran dan tanggungjwab. Menang atau kalah saya berserah pada yg Esa. Pe yang berlaku saya redha namun tidak bermakna saya menyerah kalah! Hati yang tidak tenang tapi saya masih ada semangat dan iltizam yg kuat......

Terus terang saya katakan semester ini sangat susah assignments, tests, quizs dan projects semua nya susah belaka penilaian oleh pensyarah juga semakin ketat dan strict!. Saya letih! Otak penat, idea habis kering. Berfikir lagi penat dari g wat fitness kat gym atau belari satu padang bola kat bukit jalil 2 3 rounds. Jangan tak percaya orang gila jadi gila atau sakit jiwa sebab berfikir je! Kadang-kadang hingga saya berkata 'nak berhenti belajar, nak keje, biarlah susah cam ne pun tak pe tanak belajar...tension'. Tetapi saya tak boleh macam tu saya dah janji nak dapatkan segulung ijazah untuk mak saya. Saya sudah berjanji dengan ibu saya dan sudah janji dengan abang saya, saya nak mereka datang di hari konvokesyen saya pada Ogos 2012 nanti.

Ya Allah ku pohon ketabahan dari Mu. Kupinta kekuatan untuk kuharungi segala cabaran ini. Bantulah hambaMu ini jauhilah diriku dari ketidak tenteraman dan ketidak tenang nya hati dan jiwaku. Aku yakin...aku mampu. InsyAllah aku boleh! aku pernah susah suatu ketika dulu tidak mungkin cabaran sebegini aku tidak mampu hadapi nya...

aku tak tenteram.... belum ada noktah lagi. Aku akan tenteram dan tenang dengan kekuatan dan kasih sayang insan-insan yang aku sayang :)


Salam rindu untukku kepada my lovely mum, abah, abang dan adik2 ku

p/s: thanx to bro yahya. betul kata anda 'usah terlalu memikirkan sangat lakukan yang termampu dan buat sehabis mungkin dan amalkan solat sunat dan berhajat serta tahajjud di malam hari'


2 comments:

Unknown said...

Bersabarlah..
Masa study ni memacam dugaan..
Yang penting kene study smart..
kalo dah niat dalam hati..
jangan lupa laksanakan dengan perbuatan..
Insya Allah boleh berjaya..
Saya doakan awk dapat result yang terbaik..

nasz said...

thanx bro...
semoga awak pun berjaya dan dipermudah kan segala urusan :)