Assalamualaikum w.b.t
Syukur ya tuhan hajat saya untuk bertemu abg saya dan keluarga sebelum pergi berjuang untuk peperiksaan akhir semester 5 yang bakal menjengah tiba telah pun dipermudahkan. Bukan itu sahaja malah di berikan saya kegembiraan yang berpanjangan sepanjang pulang berjumpa abang. Terima kasih abang bawa adikmu ini ke terengganu bersama temanmu yang lain dan dapat juga diriku ini melepaskan segala keresahan dan gundah gulana di hati.
Sepanjang perjalanan saya dapat rasa bertapa serabut nya abang saya. Mungkin abg terlalu memikirkan game kebangsaan & world champion pada prtghan bulan 11 & 12. Rupanya abang risau kat mak yang tidak berapa sihat sejak beberapa hari yang lalu. Adik beradik yang lain semua terus senyap menyepi apatah di pinta pertolongan terus hilangkan diri bagai orang dah mati. Abang jika aku dekat, jika aku tidak ada presentation memang malam ini juga aku bertolak ke Penang bang!
Abang telah banyak berkorban untuk keluarga. Aku sedar akan kasih sayang abang. Aku sedar akan pengorbanan abang. Syukur aku dikurnia abang sebaik dan sehebat abang saya ini. Abang selalu lindungi aku. selalu lindungi keluarga kami. Aku bangga dengan kurniaan Allah ini. Aku bangga jadi adik abang. Aku sentiasa harap abang sentiasa tidak putus asa! abang sentiasa berkobar2 dengan semangat nya. Sentiasa tersenyum...
Saya sedih! Abang selalu cakap, "abang nak adik fokus study, baiki pointer sem ni, abang nak adik berjaya!" Kalau abang nak saya berjaya masakan saya juga nak lihat abang saya berjaya juga saya nak sangat impian abang untuk mendapat title juara world champion di indonesia disember ini jadi kenyataan. Saya tak minta pape pun dari kejayaan nya cuma saya nak menumpang gembira dan bangga dengan kejayaan nya kerana saya tahu abang dah lama impi untuk mencapai kemenangan itu. Saya akan terus berdoa demi kejayaan abang dan juga saya yang bakal menghadapi final bulan 11 ni. Moga ada sinar untuk kejayaan kami bersama.
Apa pun saya sentiasa doakan kesejahteraan keluarga kami. Betul kata abang mungkin tuhan itu nak menguji tanggungjawab kami sebagai anak pula jika sebelum ini tuhan menguji kekuatan dan keutuhan kasih sayang kami adik beradik. Terkenang kata-kata abang 'bilalah hati ini hendak kembali tenang...' sendu dalam tawa. Saya sentiasa berusaha untuk buat abang gembira dan tenang hati sebaiknya. Saya tahu cabaran abang lebih hebat dari saya pada saat-saat sebegini lagi lah buat saya risau akan keadaannya. Abang selalu bagitahu saya yang kadang-kadang abang sembahyang pun tak tenteram dan tak tenang. Jika boleh di ganti hati abang dengan hati saya memang saya akan berikan hati saya pada abang moga abang akan lebih tenang. Saya sebagai adik bersyukur sekurang-kurang nya abang sentiasa menceritakan apa-apa perkara tetambah hal sebegini setidaknya hati abang tidak lah pendam segalanya seorang diri.
Saya mungkin jauh di selatan malaysia namun sentiasa berharap sangat agar walaupun saya jauh tidak bermakna saya tidak mampu berada di samping keluarga tak kira di waktu dan keadaan sebagaimana sekalipun. Saya akan sentiasa berdoakan yang terbaik untuk keluarga saya dan kebahgiaan keluarga saya. Juga saya akan sentiasa berdoa untuk kejayaan abang saya di peringkat antarabangsa disember ini. Moga tuhan permudahkan segala urusan kami dan dikurniakan tubuh badan yang sihat dan baik sentiasa. Amin ya rabbala'lamin...
No comments:
Post a Comment