Monday, September 27, 2010

andai masih ada esok (untukku)

Andai masih ada hari esok,
aku ingin menulis pada suratan nasibku,
aku bukanlah insan yang terbaik untukmu,
aku tak mampu menjadi seseorang yang bererti dalam hidupmu,
aku dan diriku hanyalah suatu bayang sementara,
di kala terang aku menjelma,
di kala gelap aku pn turut hilang tanpa hala...
jadi layaklah aku sekadar bayang
yang menyokongi perjalanan jasadmu.

Andai masih ada hari esok,
aku ingin menukil segalanya,
aku ingin sekali mendengar kata-kata kebenaranmu,
agar aku berpeluang merasai jujur kasihmu,
dan ini tidak bermakna kau tidak jujur padaku,
jauhilah andaian sebegitu,
engkau bukan sebegitu...
ku tahu keikhlasan dan kejujuranmu selama ini,
namun ku tahu tiap yang berlaku kini ada alasannya...
ada jawapannya...
aku ingin sekali melafazkan sejuta kemaafan,
agar jutaan maafku tidak menyesalikan mu
bila ku pergi nanti
agar engkau sempat merasai akan pinta maafku,
aku ingin mendakap erat setiap insan
yang menjadi inspirasi jatuh bangunku,
aku ingin menyatakan tulus nya kasihku
aku tak ingin menjadikan kasih ku begitu mahal
untuk diberi pada yang selayak memiliki,
hidup menjadi tapak perkongsian segala isi....
aku ingin menyatakan usia ku tak sepanjang usia mu,
hargailah dirimu
hargailah insan yang pernah menyayangimu
setulusnya...
tiada akan menyayangi ku patri di sini
kerna ku tak ingin berkongsi kasih ini
namun jika akan ini pasti
biarlah sewaktu ku telah tiada lagi di sini...

andai esok bukan untukku lagi,
jika masih ada baki kasih mu padaku,
talkinkan ku dengan bisik kejujuran mu...
nyatakan kesungguhan mu
mengejar butir kasih mu yang dulu..
mungkin belum kau sudahi sebaiknya

Aku bukan insan seindah insan
seperti engkau penah jumpa dan lewati
tetapi aku hanya insan hina menagih sedikit simpati kasih
dari insan sepertimu
menagih kejujuran, kebenaran, kepercayaan mu
aku hanyalah insan
yang sekadar mempunyai hati yang suci bersih
dalam mendamba seteguk kasihmu
belaian nasihatmu
aku hanyalah sekadar insan kerdil
yang serba kekurangan
apa ada pada rupa
masakan harta dan kehebatanku
aku tiada apa-apa....
hadir aku seperti menyesakkan duniamu
andai esok memanggilku pergi
kau izinkan lah
kerana ia lebih jika aku masih meminjam
setiap hela nafas yang percuma nikmatnya;
usah kau menghalangi nya lagi
aku tak ingin melihat
kesedihan yang berpanjangan dalam
pengisian kasih ini..
aku tak ingin melihat pertengkaran
yang kecil ini
sentiasa menjadi agenda untuk kita sebegini
izinkan saja jika usia ku bukan lagi di sini...

Andai tiap titis air mata yang mengalir itu,
biarlah sejujurnya
berani menghadapi masa hadapan
tiada apa yang harus dirisaukan
esok untuk mu masih ada
engkau mungkin bisa menemui yang terbaik
sebaik aku
aku hanya menanti masa dan waktu
namun aku hanya ingin kau tahu
kau telah lama bersemadi di sanubariku
ku junjung tinggi kasihmu
moga melatari hingga syurga yang ku idami
terima kasih dariku
khas untuk mu....

andai pilihan diberi untuk esokku,
kan ku piilih bahagia darimu
kerana bahagia darimu
bisa memberi sinar untuk esokku...
aku ingin mengejar cita ku setinggi mungkin
dan menikmati hari esok bersamamu
dan insan-insan lain
mengecapi saat kejayaan
dan kau mengucupi dahiku
mendakap diriku
tersenyum bangga melihat kejaayan ku
moga esok ku akan kekal selama nya
hingga di saat ku menutup mataku
dan di saat engkau memangku jasad tubuhku...
menangisi kepermergianku.
bukan pada esok hari
saat engkau tiada di sisi,
bonda ku tiada di samping ku
kuharap esok bukan untuk ku pergi lagi
amin....



p/s : sekadar meluah rasa...

No comments: