Thursday, October 7, 2010

saya bahagia dengan senyuman 'dia'

Hari ini saya menulis menyatakan bertapa saya bersyukur dengan apa yang saya terima pada hari ini. Bila saya rasa serabut, bila saya rasa sedih, bila saya rasa kawan-kawan saya tidak dapat bantu saya dan apa saja saya rasa 'dia' akan hadir bersama saya. 'Saya menerima satu mesej darinya semalam menyatakan saya merasakan saya begitu dengan 'dia' dan menyatakan keikhlasan nya yang ingin melihat saya berjaya.



Saya rasa sangat bertuah kerana keakraban kami menjadikan kami sebegini menjadikan tiada rahsia antara kami dan segala perkongsian menjadi kan kami lebih senang malah menghadapai hari-hari seterusnya dengan lebih tenang dan ceria. Hari ini terus terang saya ingin nyatakan bertapa saya tak pernah gusar menghadapi hari esok walau sesukar dan seperit mana pun saya tahu 'dia' tetap ada menepuk bahu, dan memberi kan ketenangan pada saya agar dapat menghadapi kehidupan dengan senyuman.

Saya tidak ragu akan kasih sayang dan persaudaraan antara kami. Saya hanya ragu jika saya gagal penuhi segala apa yang saya sedang juangkan kini. Hidup ini berubah sangat pantas, dulu acapkali orang kata hidup seperti roda, tapi apa yang saya rasa kini hidup seperti 'google' hari ni anda cari di 'google' cam ni esok lusa atau sejam kemudian anda cari keluar yang lain pula. Saya bukan menyatakan saya tak mampu untuk penuhi segala apa yang dijuangkan namun saya takut jika saya kekurangan daya untuk melangkah sejauh mungkin. Hidup ini bukan semudah yang dikhabarkan sebliknya penuh kerumitan yang maha hebat!

Saya suka lihat senyuman 'dia' tiap kali saya lihat 'dia' hati saya tenang. Sungguhpun saya tahu 'dia' lagi serabut dari saya tetapi sedaya mungkin 'dia' bertindak tenang untuk memastikan saya tidak risau tentang 'dia'. Saya sangat tenang dan bahagia dengan 'dia' dan penerimaan 'dia' terima kasih ya Allah 4 tahun penantian, hidup penuh penipuan, kelukaan dan dugaan yang datang padaku kini kau berikan kebahgiaan yang telah kudamba selama ini. Saya harap moga ikatan ini memberi sejuta makna dalam hidup saya, 'dia' dan keluarga kami kelak. Pembuka sejarah kehidupan yang baru....

Saya ingin peluk 'dia' seerat mungkin saya tak mampu berseorang diri di sini kerana segalanya begitu sukar. namun sampai bila saya ingin bergantung pada orang lain. Saya harus berusaha untu berdikari dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. 4 tahun saya sendirian mengenali erti hidup, mempelajari jatuh bangun seorang insan dan meneliti cara hidup menjadi seorang manusia. Saya yakin seteruk sepayah mana pun saya mampu tempuhi. Moga saya mampu lakukan yang terbaik untuk semester ini.

Syukur ya tuhan sunguhpun jiwa saya tidak seberapa tenang mungkin disebabkan final exam yang begitu hampir dan juga assignments yang melambak namun saya boleh hadapinya dengan sedikit tenang. Sesukar mana pun itu adalah tanggungjawab saya, stop complaining!, itu yang saya amalkan dari dahulu hingga kini...namun yelah payah tetap payah cuma saya berharap sentiasa di permudahkan segalanya.

Saya inginkan segala yang indah belaka. Saya dah penat mengalami segala kesedihan dan keperitan demi mengejar kasih seseorang, saya ingin rasa diri ini di kejar sebegitu pula..memiliki seseorang yang hargai kita sebaiknya, sanggup lakukan apa saja dan berkorban segala-galanya demi saya. Namun saya tahu itu hanya lah bayangan dan impian sekadar mimpi sesuatu yang sukar untuk di miliki. Walau apa pun saya tetap bahagia apa yang saya miliki sekarang. Saya bersyukur kerana 'dia' ada di waktu susah dan senang saya. Sebegitu juga saya tak ingin melihat 'dia' susah kerana bagi saya kesenangan dan kebahgiaan 'dia' adalah lagi penting dari hidup saya kini. kan kucari mana yang terbaik agar kita dapat mendaki gunung-gunung kebahgiaan dengan senyuman berseri-seri. kan kujauhi mana yang sukar agar kita tidak meniti jalan yang penuh sembilu duri yang menyekat jalanan kita menyelusuri gunung-gunung bahagia.



salam...

ku rindu 'dia' semoga buat yang terbaik pe yang kau kerjakan.

Doaku sentiasa mengiringi mu agar kejayaan sentiasa menjadi milikmu seperti kata-katamu 'sekali juara, selama-lama adalah juara'

No comments: