Saya baru sahaja pulang dari Penang + Kulim (Kedah) semalam, suatu (last minit) perjalanan yang tidak terduga berlaku selepas pulang dari makan seafood di Pantai Sepang Gold Coast kemudian my big bro terus buat keputusan nak balik kampungnya di Penang jadi saya pun memanjangkan hajat saya yang terbatal untuk ke kenduri abg. Sam + kak. Sal.
Seronok tak terhingga kerana kali ini saya diberikan satu lagi pengalaman hidup yang baru dalam berjalan mengenal dunia dan ragam manusia. Kalau dulu masa kecik-kecik saya selalu duk pikir 'teruk sangat ka keluarga aku ni, sampai hal tanah pusaka pun nak duk gaduh, duk tarik muka berjela-jela, sanggup raya di KL semata-mata tanak balik kg sebab nya tamaw bertengkar tentang tanah...' (cakap cam loghat utara skit) namun sekarang setelah saya memasuki di jurusan yang berkaitan tentang tanah dan undang-undangnya barulah saya sedar hal tanah pusaka ni boleh menjadi isu nasional keturunan keluarga yang bertelagah tersebut...
tanah oh tanah pusaka~
Jangan dibuat main-main oit! ada baiknya dibawa berbincang baik, isi biat betemu isi, ruas bertemu ruas, jangan duk main-main kelak merana, kerana tanah pusaka orang boleh bermain darah percaya atau tidak bukak mastika dan baca (mastika yang dulu-dulu la)
Hidup adalah satu perkongsian!
Awek lu jadi awek gua, awek gua..gua punya la..lu leh blahhhhhh. Erm, boleh tak? hehehe
Lain bebenor pulak kan. Saya rasa sangat seronok sekarang kerana dapat berkongsi sesuatu dengan seseorang. Kadang-kadang tu saya rasa saya boleh selesai dan telah selesaikan masalah itu namun pada satu sudut yang lain saya nak selesaikan namun apakan daya saya tak de kederat (kudrat) yang mampu untuk menghulurkan tangan cuma sekdar mampu melihat dan mendengar seterusnya menghulur melalui percakapan dan perbualan....
Kita kena berkongsi! Kerana apabila A ada kekurangan begitu juga dengan B ada kekurangan nya juga. A ada juga kelebihan tertentu yang mana boleh menutupi kelemahan pada B dan sebaliknya berlaku pada B + A. Ini yang dikatakan hidup itu suatu perkongsian jika kesemua nya sama bagus dan sama hebat serta serab serbi cukup maka tiadalah indahnya hidup ini. Di sisi lain nya Adan B mungkin akan jadi ego, bongkak dan sombong kerana saling bertelagah dan menandingi akan kesempurnaan masing-masing. Biar kurang namun ada manis + pahit di situ.
Kenangan di Penang menjadikan pengalaman saya itu sesuatu yang manis dan baru dalam hidup saya. Hargai lah kehidupan anda ~
p/s : durian oh durian, sesungguhnya belum ada orang yang mampu menyumbat durian dalam mulut aku setelah hampir 23 tahun aku hdup di dunia ini. Maaf saya memang tak makan buah itu :)
No comments:
Post a Comment