Tuesday, June 8, 2010

Andai aku tahu....

Dulu sekadar perbualan dan nasihat biasa-biasa sehingga lah cuti semester pada kali ini kami menjadi semakin rapat dan dia menjadi abangku yang sangat baik. Kerenah dan perangai saya dilayani sebaik mungkin memang menjadi kebiasaan padanya jika ada yang tidak diperkenan oleh nya akan di perli saya secukup-cukup nya, juga menandakan saya harus ubah sikap dan perbuatan saya itu.

Selalunya....
1) Cubalah kemas skit (saya tertanya-tanya nak ubah cam na lagi abg oit! Tolong bagitau skit, tunjuk kan lah)
2) Belajar betol-betol jangan jatuh pointer lagi! (insyAllah saya akan cuba untuk yang terbaik untuk kali ini ya..doakan lah)
3) Jangan la jadi penyegan sangat! (bukan malas tp kalo orang utara cakap penyegan tu pemalu, tak taw la adakala ini lah saya)
4) Abang ni banyak kurang dan pe ja yang ada (bang, saya pun kurang gak, sesungguhnya kekurangan kita adalah satu kesempurnaan buat saya dan kelak jadi saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, erm pelik je cam ayat suami isteri lak hahaha 'jangan pikir noti-noti ye')
5) Lupa lak....(nanti saya ingat kan balik ye)

Ya bang, jangan risau lah saya akan ubah nya tapi tidak la sekelip mata pelan-pelan la ye.
Sayu dan sedih melihat disuatu perkahwinan di Kulim, Kedah yang telah saya dan abang saya kunjungi tetiba hati ini terdetik ‘Ya Allah, harap sangat perkahwinan abg ku ini kelak tidak seperti ini, ingin kulihat senda-tawa, ria ceria, suka-ria dan kegembiraan dari kujungan hinggalah ke mempelai, andai aku masih lagi mampu dan dipilih sebagai pengapit ny aku ingin berdiri disebelagnya dengan hai yang tenang dan lapang melihat majlis yang indah berseri...bukan seperti yang ada didepan mata ku ini’

Mesti ada yang tertanya kenapa begitu? Apa yang terjadi? Biarlah anda semua tidak tahu kerana bukan untuk sembunyikan pape tetapi adalah lebih baik hati mata dan hati sahaja mengetahui tidak perlu dilata pada tempat lain.

Cuma saya berdoa banyak-banyak pada tuhan moga perkahwinan abg saya ini akan lebih baik dan sebaik dan semeriah seperti saya dan abang ke kenduri kedua di Baling, Kedah. InsyAllah...
Makin lama semakin saya mula mengenali perangai abg saya ini. Kadang-kadang tu saya menjadi sangat takut dengan dia, kadang-kadang menjadi sangat kerdil dengannya, risau kalau-kalau cara saya ini tidak disukainya namun saya suka lihat dia tersenyum dan ketawa kerana jika dia tidak sebegitu menjadikan saya takut kehilangan seorang abg yang ‘cool’ itu.
Tegur tetap tegur kadang-kadang sampai tak larat kena bebel tapi saya bersyukur kerananya saya banyak berubah dan harap perubahan yang sedia berlaku ini kekal. Saya sedar masa yang ada untuk saya tidak lah sepanjang mana pun jika ditarik tuhan, ia bisa berlaku pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu saya dah berjanji akan belajar sungguh dan akan saya cuba untuk tunaikan segala janji saya padanya (rasanya abg tahu kan tayah cita la kat sini hehehe) dan menghargai setiap nafas yang saya hirup dan lepaskan ;)
Abang selalu cakap nak tengok saya berjaya begitu juga saya nak tengok dia bahagia dan berjaya dan akan dikongsi segala suka-duka kita bersama-sama beserta keluarga kita kelak. Paling penting saya nak tgk dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi sekarang bak kata abg ‘3 open, 3 Sea Game, 3 world champion’ akan kudoakan nya. Amin.
Pejalanan itu guru! Pengalaman itu guru! Arghh tak kisah lah yang penting pengalaman itu adalah pengisian dalam perjalanan yang menjadi guru. Kahwin tu memang kahwin bang tapi saya rasa abg jangan lah tergesa-gesa sangat, abg da tengok da kan , saya rasa abang paham, saya tanak abang menyesal kelak.
Bukan Penghalang atau bedengki!!! simpang malaikat 44 jangan la duk pikir cam tu.Cuma saya nak tengok abang senang namun kalau sudah takdir menulis sebegitu saya tiada halangan malah hati sangat gembira cuma (sapa la tanak tgk abg dia bahagia kan dan tak sabar ada anak menakan hehehe) biarlah bila sudah bersedia betol-betol k malah rezki pun sudah cukup betol-betol gak (tamaw yang duk atas pagar ag).
Erm setakat ni la saya duk bebel. Sekadar satu coretan dan perkongsian hidup....Mesti ramai yang baca dan tertanya kenapa perlu saya tulis didalam blog ini. Namun anda baca dan nilai lah sendiri kerana saya tahu pada sapa yang ada kakak atau abang mesti ada yang ingin menyatakan kasih dan sayang nya pada keluarga tercinta malah ingin melihat kegembiraan dan kebahgiaan namun tiada kekuatan dan peluang sebegini. Apa yang saya mampu katakan saya sayang akan keluarga saya dan yang sentiasa menjadi istimewa di sisi dihati saya, saya ingin lihat yang indah-indah dan bahagia didepan mata hingga tertutup mata , insyAllah 

No comments: