Friday, June 11, 2010

Bosan oh marah!

kenapa kita perlu rasa bosan?

Kadang-kadang saya pun terfikir atas sebab apa manusia dan saya sendiri perlu rasa bosan. Namun apa kan daya kita sebagai manusia selalu mengunakan tiket sebagai manusia dan kelemahan yang ada untuk menutup segala persoalan dan menjadikan nya sebagai modal jawapan.

Betul atau tidak saya kategorikan manusia yang bosan ini sebagai tidak bersyukur! Kenapa?

1) bila kita tiada sesuatu apa yang akan kita lakukan? mencari..betul kan (kalau boleh nak serba lengkap, orang kata ermmm..cukup pakej!)
2) dah dapat? apa yang kita lakukan? mula lah nak berbangga-bangga, nak duk tatang, duk ke hulu ke hilir, tak pernah lekang dengan permainan barbie yang dibeli berharga rm200++
3) akibat satu kesilapan? boleh lagi. kesilapan kedua, ketiga, keempat... arghhhh bosan!
4) sitausi 1: sudahlah..aku buang ko! nanti aku beli baru
situasi 2: kita break sekarang juga! ko jangan ganggu aku lagi ... (amboi dulu duk berangau, 'u i', 'awak saya', 'abang sayang'
situasi 3: u baik delete no i, kita jangan nak mesej-mesej ag, bye bye! (bak kata ponds 'mak sentap,nok!)
5) arghhhhhhhhh.. AKU NAK RELAKS NOW!
6) ERM...bosan lak, tapi aku rindu lah dekat so and so.

haaa....konklusi bagaimana yang berlaku sekarang? Nak bosan ke tak? ke nak main-mainkan perasaan orang?

ambillah masa berselawat, nak suggest dengarlah lagu selawat tenang jiwa dari koleksi album selawat dari Nowseeheart insyAllah di situ ada jalan untuk anda...

Marah oh marah! memang aku marah hahaha...
Siapa yang tidak pernah marah betul tak? namun marah yang macam mana dan bagaimana harus kita marah? Paling penting jangan marah pada orang lain tetapi yang lain terkena palitan nya.

Sudah menjadi resam kepada sesiapa yang kaki baran ni! Saya paham saya pun sebegitu juga namun adakalanya bila nak marah tu kita kena tahu akan implikasinya kelak jangan nanti akibat nafsu amarah yang nauzubillah itu akhirnya bak kata orang melayu "dulu-dulu yang kejar tak dapat yang dikendong berciciran" suka juga saya di sini ingin menulis pada yang berkenaan 'jangan dibiar pisang berbuah dua kali'.

Fikir dan renungkan. Jiwa muda, belia remaja yang di bangga kan sangat itu tidak ke mana pun. Jadi lah seperti padi makin tunduk makin berisi dan jangan jadi seperti rumput, makin tua makin tidak memberi apa-apa kepentingan.

Suka saya membebel panjang-panjang sebegini ingin mengingatkan kita, wahai hamba Allah sekalian! ingatlah! apa sebarang bentuk ujian yang datang adalah sesuatu rahmat dan bukan nya bala. Sebabkan DIA sayang kan kita maka kita diberi mehna ujian ini. Manusia akan mudah alpa dan leka bila terlalu dilimpahi dengan kesenangan oleh itu apabila diuji dengan sedikit ujian seperti marah kerana sesuatu, geram kan sesuatu, kesusahan yang tetiba atau berterusan dan ssebagai bentuk ujian yang menguji kesabaran dan ketabahan sesorang insan maka janganlah kita melenting! janganlah kita mudah berasa hidup ini terlalu menyeksa! hidup ini tidak adil ke apa.

Itulah manusia apabila senang lupa pada yang satu, apabila susah barulah nak ingat sejadah yang dah berabuk yang duk letak bawah katil dalam kotak magi. Hina nya insan begini, namun apakan daya sudah namanya manusia yang menggunakan tiket manusia dan kelemahan yang ada untuk menutup segala kesalahan.

walau apa pun saya bukan menulis kerana marah pada sesiapa, perli atau pun apa tetapi kerana saya tanak orang yang saya sayang dan kasihi terus hanyut dalam keegoan, amarah nya dan segala jenis sifat yang saya rasa dapat dikurangkan pun dah cukup.. insyAllah

doaku - 'YA ALLAH, moga kau ampunilah insan-insan yang ku sayangi ini, lindungilah mereka dengan rahmat darimu, peliharalah mereka sesungguhnya perjalanan ini terlalu jauh dan banyak lagi yang harus ditempuhi....dan kudoakan juga sentiasa dibuka kan pintu hati, jauhkanlah dari melakukan perkara yang mendekat kan mereka dari nerakamu sebaliknya dekatkanlah mereka dengan syurgamu yang menjadi idaman setiap hambu, amin...'

No comments: