Wednesday, June 2, 2010

kisah dari Shrek 3

Sekarang anda memiliki sebuah keluarga yang hebat, sahabat yang hebat-hebat, kekasih yang penyayang dan setia, masyarakat yang prihatin dan dikelilingi orang-orang yang kesemua nya indah-indah dan hebat belaka. Namun ditakdirkan pada suatu ketika anda kehilangan kesemua nya, paling tidak pun salah seorang dari mereka dan dia merupakan salah seorang yang anda sayang dan kasih kan...

Agaklah sedihkan?
Abang/kakak/mak/ayah etc. suruh anda belajar betul-betul, penat bebel itu ini...blah..blah..blah tetapi anda pula buat sambil lewa kononya ada pula 'bulan main-main' jadi anda pun buat lah acuh tak acuh bekerja/belajar. Tetiba takdir menjemput ajal nya terlebih dahulu kalau dulu ada sahaja orang yang nak tegur dan nasihat kan anda tetapi kini tiada sesiapa...anda bebas! ya bebas dan lama-kelamaan anda tersungkur jatuh..tewas!!!!

Sedih! kecewa! semua nya ada namun terlambat andaipun begitu anda sedarlah seawal yang mungkin. Fikirkan yang terbaik untuk diri anda...Kerana anda mampu mengubah nya ;)

No comments: