Sunday, May 30, 2010

Bahagia darimu

Salam 1MALAYSIA!
Seperti menjadi tema pula blog saya buat masa ini yelah asyik tulis tentang kebahagian, happy, hidup yang ceria dan gembira. Bukankah lagi baik kalau bercerita tentang kebaikan dan kebahgiaan dari bercerita tentang keburukan.

Bermula petang jumaat sehinggalah kepetang ahad saya berjalan sahaja. Ya lah duduk rumah je kan susah lak oleh itu ambil angin diluar adalah yang terbaik. Seperti biasa setiap kali keluar saya di temani abang saya dan kereta kesayangan nya...

Corat-coretku~

1) perang perli dalam kereta dan luar kereta

2) jumaat ----> kononnya nak tengok 2 Alam dari Sunway Pyramid ke Mid Valley akhir nya satu cinema pun tak de tayangan 2 Alam

3) Kontroversi 2 Alam ---> 1o JUn 2010 baru akan ditayangkan, gimik perniagaan je! (2 Alam ke 2 jantina! opps)

4) Sabtu planning nak tengok 'Natural world wonders' kat Kuala Selangor (kelip-kelip la) + makan seafood kat Jeram

5) Nyaris langgar babi (bak kata abang murah rezki, aku rasa cam tade rezki ja) ---> Hujan lebat, no kelip-kelip, no seafood at jeram (sesat hahaha)

6) episod tak de rezki tak berakhir lagi, balik umah kunci tade, nyaris tido kat Cyber Cafe, nak sewa Hotel tetapi sume full-house lak...

7) lepak kat umah sewa abang kesudahnya...

8) terima kasih sesangat kerana memahami perangaiku ini :)

9) sepanjang perjalanan dengar album baru "Nur Muhammad' by Inteam + Unique, suka sangat lagu 'Binnabil Huda'

10) nice journey...bila akan dapat seperti ini lagi :) Bahagia dan gembira sepanjang perjalanan~~

No comments: