Friday, January 15, 2010

TAKDIR CINTA ........bila mana persoalan cinta dibicarakan

EPISOD 1

Macam nak buat suatu mega drama atau filem pula tajuk post kali ni. Sebenarnya saya sangat Perspektif utama---> CINTA BUTA & CINTA ARIF & CINTA HATI Apakah maksud cinta? Bodoh lah anda kalau tidak tahu makna cinta. Saya??? erm... saya memberikan situasi di sini, apakah makna cinta mengikut perspektif di bawah:

1) cinta bagi individu yang belum pernah berkapel
2) cinta bagi individu yang telah berkapel tetapi sering kecewa
3) cinta bagi individu yang telah berkapel sering dikecewa tetapi dia juga tedak pernah mengalah mencari cinta sejati
4) cinta bagi individu yang berkapel dan bahagia ------> mendambakan cinta ke atas pelamin
5) cinta bagi individu yang tidak kapel-kapel tetapi mempunyai perasaan cinta yang belum tentu bila akan terjawab...siapa pemilik nya?

6) cinta bagi yang tidak akan kapel tetapi ingin terus memilih jalan untuk berkahwin

Sebenarnya ada banyak lagi selain 6 di atas namun apakah itu cinta? Samakah cinta dengan berkapel? Kalau tidak apa itu berkapel? Secara ringkas
couple itu membawa erti berpasangan. Cinta berdasarkan pemahaman dan pembacaan dapat di analogi kan seperti individu yang sedang tunggu masa lunch, masih tercari-cari nak makan apa?, dan tak sah bila makan tak meng-order air.

Paham tak? Taw tak paham, di sini maksud ny diperjelaskan:

- individu yang menunggu masa lunch adalah ibarat seseorang yang menunggu satu saat yang terbaik pada diri nya, dia akan keluar mencari cinta untuk berkapel

- tercari-cari nak makan dapat di analogikan sebagai seseorang yang nak bercinta tetapi masih tak tahu nak pilih mana gadis yang diidam-idamkan


- tak sah tak pesan air ni saya analogikan juga cinta itu tak leh sekadar buta-buta cinta tetapi di alaskan dengan ilmu sebab orang yang berilmu akan tahu memilih yang baik atau buruk.



Cinta yang baik dan kapel yang baik perlu ada ilmu berbekalkan ilmu untuk di dunia dan di akhirat. Jangan pergunakan kapel anda itu ke arah yang tidak diredhai dan dipandand tidak baik oleh masyarakat sekeliling anda.

Saya ada terbaca dari satu blog ni yang pernah menerkam masuk di facebook saya dengan menulis artikel tentang cinta. Pertama sekali ---> thumbs up. Kedua, saya amat tidak suka satu dua perkara yang di tulis beliau. Memang tidak berkenan saya akan gaya penulisan beliau bukan la saya mengatakan saya bagus. Maksud saya di sini, bila mana beliau membicara tentang kapel seolah-olah seperti beliau yang menentukan halal haram kapel. Andai kata anda membaca blog ni tolong perbaiki ye mana la taw ada yang salah anggap kelak.

Mari kita ikuti beberapa persoalan kapel yang pernah saya bincangkan dari beberapa golongan manusia:
1) "Kapel tu haram. Tak de2 haram" pendapat ahli masjid tutt tuttt


2) "Kapel? erm...aku pernah gak kapel tapi biasa la lelaki kan ala perempuan pun sama. Cakap je haram la tu la, tu time dorang tak laku cuba dorang ensem cam aku ke cantik la sikit di mata laki.. tak perlu nak ting tong ting tong la" ni jawapan dari seorang pemuda yang tidak la 24 hours di sejadah ataw berketayap ke mana2. Alhamdulillah dari pengamatan seorang yang tidak hipokrit dan menjadi diri sendiri.


3) "bro, saya ni muda ag leh ke cakap tentang kapel? Ok. Kapel halal haram tu kita yang berkapel ni la yang patut tentu kan hala tuju nya. andai kita pandu di jalan yang tidak betul maka pandai2 la kita bersemuka dengan Allah kelak di atas segala perbuatan kita itu" Y,19 pelajar ipta pantai timur


4) "bagi ana, cinta sambungan kepada kapel itu. tidak ada yang salah kalau berkapel TETAPI batas pergaulan antara laki dan perempuan itu harus lah di jaga, berdating tu juga sebaiknya biar lah bertiga, letak kan limitasi dalam perhubungan di luar seperti bersms atau telefon...kan lagi baik, itu je dari ana" seorang wanita yang saya sendiri gerun kerana kegarangan beliau tetapi nota cinta ini saya tetap ingat sampai sekarang. Terima Kasih atas ingatan ini.


Saya rasa anda sendiri pun nampak di mana yang di kata kan halal dan haram. Kita ini manusia janganla sesuka hati nak menghalalkan mengharamkan mengikut kehendak kita sendiri. Kapel itu tidak salah TETAPI kita ni sebagai laki-laki dan perempuan WAJIB menjaga batas-batas kita dalam pergaulan.
Siapa manusia yang tidak ingin di sayangi dan di cintai jika ada begitu saya dapat katakan anda manusia paling sepi di dalam dunia.

CINTA ITU HANYA PADA ALLAH S.W.T dan RASUL.

CINTA ITU BUKAN PADA SESIAPA....

iye saya tahu memang cinta terunggul dan terpaling pertama hanya padaNya. Namun masih ada cinta yang membawa ke syurga, soroti bait-bait indah ini-

Renunglah ke mataku
Selami ke dasarnya

Pastikan kau temui

Sorotan kebenaran


Renunglah ke mataku
Pasti niat terlihat

Hasratku membina cinta denganmu
Benarkanlah kutemanimu

Mengharungi hidup bersama

Dan
padaNya yang terEsa

Kita berserah


Cinta itu sebenarnya indah. Bagi yang tahu menghargai dan menyanyangi tentang cinta dlam perhubungan. Kapel itu adalah perhubungan bagi mengukuhkan lagi ikatan bukan untuk menghancurkan ikatan. Saya yakin pembaca mesti masih keliru adakah saya di sini menghalalkan kapel. Jangan buat saya ketawa terbahak-bahak. Saya tak pernah mengatakan sebegitu sebalik nya saya mengajak anda berfikir kapel seperti mana yang anda inginkan?
Kapel yang diredhai atau dibenci? Cinta yang suci atau cinta yang di nodai?

No comments: