Friday, January 8, 2010

Jom Berjudi

Pembaca ku sekalian jangan salah sangka akan tajuk post kali ini, saya tak kata pun kita kena berjudi. Sebenarnya hidup ini adalah perjudian. Percaya ke tidak?. Judi tu berdosa besar tapi bila saya bercakap hidup ini adalah perjudian boleh terima ke akal? Makna nya di sini kita ini yang hidup di zaman yang serba maju dan canggih ni selalu nya berserah kan pada nasib samada nak berjaya atau tak yang kita tentukan. Kalau macam tu semua orang pun berjudi la kan. Berjudi pe lak ni? Kalau begitu gamak nya, haramlah hidup kita almaklumlah dah berjudi kan.

Sebenarnya, hidup kita ini seperti mendambakan nasib semata-mata. Tak perlu nak berusaha bagai nak rak. Yela dah di namakan nasib kan kalau untung menang kalau tak untung rugi. Saya pernah dijemput untuk menjadi panel di Kolej Matrikulasi Perak untuk satu forum bagi memotivasikan pelajar yang lemah dalam pelajaran sebelum berakhir nya forum tersebut saya mengeluarkan not RM10 lalu saya meninggikan tangan saya sambil memegang wang tu dan berkata 'bagaimana ingin mendapatkan RM10 itu'. Pada mula nya masing-masing tengah blur pe yang saya lakukan setelah saya mengulang hampir 3 4 kali kata-kata tu baru la berlari seorang untuk mendapatkan nya diikuti 2 3 orang fasi juga. Untung ko dik dapat 10. Jangan isi topup lak ea.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah kita sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkan apa sahaja. Nasib la dapat atau tidak... Sekarang ni pula banyak la sangat peraduan SMS ni. Masalah nya pula yang kita ni terlalu bernafsu sangat nak join benda-benda macam ni. Siapa yang untung? Siapa yang rugi plus penalti dosa lagi. Yela tak silap fatwa telah pun dikeluarkan akan pengharaman peraduan sms ni. Kalau salah yang saya cakap ni tegur-tegur ye. Jelas juga di sini kita memang suka mengadu pada nasib dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktivti sebegini. Untuk apa? dan buat apa je? Dah sah-sah peraduan sebegini haram? nape join? erm...fatwa pula baru nak keluar?

Nak tak nak memang kita sentiasa dibelenggu oleh keadaan yang kadang-kadang terpaksa
memaksa kita memperjudikan nasib kita. Saya pernah suatu ketika sewaktu pulang dari satu program bersama 2 biji kereta. Kereta yang saya naiki memang la pemandu nya memandu agak laju tetapi kereta yang no.2 ni lagi laju disebabkan penumpang-penumpang nya masing-masing mahu mengejar masa. Mahu atau tidak memang kena bawa laju hinggakan lampu merah pun main tarah je. Laju punya pasal asal kan cepat sampai destinasi, selamat atau tidak buat-buat tak tahu je. Alih-alih kena saman nasib baik pak cik polis tu bagi saman paling murah. Boleh la pula bagi diskaun ye? Ni pun satu kes gak nasib baik untung baik kalau untung rugi, RM300 melayang?

Hidup suatu perjuangan? Kita sememangnya adalah pejuang samada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. Sejauh mana kita betul-betul berusaha untuk mencapai kejayaan nya itu yang harus diberikan kunci keutamaan. Jangan sekadar nama nya sahaja berjuang tapi dah penat ok lah, dah keluar ok la, pepaham je la kan, nasib o nasib!

Namun itu lah yang dikatakan hidup ye kawan-kawan pembaca. Semua mungkin terjadi yang sebenarnya hidup bukan lah perjudian tetapi perjuangan yang menentukan samada menangkah kita atau kalah kah kita.

No comments: