Monday, January 18, 2010

TAKDIR CINTA (episod 2)


Sebenarnya episod 2 ini susulan dari yang pertama. Kalau nak diikutkan yang pertama itu telah lama saya tulis namun tidak mempunyai kesempatan masa untuk mengepostkan nya. Episod kali ini saya ingin berkongsikan sejauh mana cinta yang di bawa dalam perhubungan itu mampu di handle dengan baik. InsyAllah..

Kalau lah di'haram'kan kapel itu,

Kalau lah di buat kan manusia juga benci akan cinta...


Bila mana zuriat manusia akan berkembang?
Bertenang dan fikir. Bilakah usia terbaik untuk kahwin? Okay bila dah bekerja. Bila masa anda cari pasangan.

"nanti aku cari la. Jodoh tak ke mana"

Memang jodoh tak ke mana. Okay bila dah jumpa awak lakukan pe je cara untuk mendekati wanita itu.


"Boleh kita kenal. Ada Facebook? Ada ym..bla bla bla.........." (adui up-to-date la skit nak mula kan step 1)


"ello... kuno nya nak ngorat2 cam ni" (kekwat la pula perempuan ni)


1 bulan kemudian. ----------> leh saya kapel?

Sebelum ni kau la duk terjah menerjah orang berkapel sekarang awak pula nak berkapel. Seperti yang saya katakan hati dan perasaan manusia tidak pernah menipu. Cinta itu suatu kurniaan dalam diri setiap insan. Satu anugerah perasaan yang sangat besar makna nya.


Kalau lah pada usia muda ini kita tidak mencuba untuk bercinta dan mencari pasangan hidup kita bilakah lagi masa nya yang sesuai. Nak tunggu 30 tahun baru nak mencari pasangan? Mungkin tak mustahil. Biasa nya lewat 30an ni lah masa nya untuk kita semua perkukuhkan kewangan dan kekayaan kita. Jadi bila masa untuk fikirkan kahwin?


"Oh tak pe awal ag,malas lah nak kapel-kapel nih"

Menjengah 40-an, " aku dah hampir 40, semua ada tapi tak de siapa yang nak kat aku....dah takde jodohhhhh"

dan akhirnya "Kahwin juga aku di usia 42 (pada masa ini paling kurang dah ada yang ada 4 anak). Tak sabar nak timang anak pertama. Syukur"


Lewat tak lewat. Kapel tu saya dapat simpulkan sebagai ikatan
awal sebelum kita perkukuhkan lagi dengan ikatan yang sepatut nya. Setidak-tidak nya kita berpeluang mencari gadis mana yang sesuai yang serasi dengan kita dan sebalik nya. Kapel yang berakhir dengan perkahwinan maka akan terbentuk lah keluarga. Keluarga ini juga akan berkembang dan menjadi suatu masyarakat kelak.
Tidakkah dalam konteks ini berkapel dan bercinta tepat dengan ajaran Islam?


Jawapan nya amat bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Apakah yang akan berlaku jika manudia tidak berkapel dan mengenal erti cinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Hidup adalah pengalaman. Bagaimana cara menyanyangi wanita? Bagaimana cara membelai kaum lelaki? Tetapi jangan nak duk mengeyam lebih lak. Berkapel lah menurut garis panduan yang ditetapkan sesungguhnya yang berselindung di sebalik nafsu yang harus di larang. Jadi lah seorang lelaki yang bertanggungjawab, KAPEL BUKAN UNTUK KEBANGGAAN DAN TAYANGAN UMUM DAN 'CINTA PAKAI BUANG'.

Kapel itu sebagai mukadimah kepada perhubungan yang disemai dengan cinta dan dipenghujung cinta sebenar itu adalah perkahwinan yakni cinta sejati uang kekal abadi. Jangan jadi seperti lelaki yang tidak bermaruah dan bodoh dalam bercinta bernafsu kan syaitan maka kapel anda berhasil kan anak luar nikah dan mencampakkan anak yang tidak berdosa itu ke mana hala bah kan sanggup gugur kan anak demi kepentingan diri sendiri....lelaki ko dah lari kan!

Saya juga ingin memetik kata-kata dari satu sumber untuk di kongsi bersama :


Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.


Jelas, cinta remaja bukan lah suatu yang kejam dan melanggar fitrah. Fitrah di sini diperjelaskan kita harus mengatur kan cara terbaik dalam bercinta dan berkapel. Jadi lah remaja yang bercinta bukan menjadikan nafsu sekadar panduan untuk bahagia, bercinta untuk mencari kebahagiaan di samping sedap di pandang oleh masyarakat dan di redhai oleh semua.

No comments: