Tuesday, December 1, 2009

perlukah peluang?

Semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna sedangkan ingin menjadi sebaik semulia nabi. Perlu ke menjadi terlalu baik atau terlalu mengejar sempurna atau lebih baik jadi manusia ‘okay je’ aka sederhana (low profile) ??? Manusia memang tidak pernah lari dari melakukan sebarang kesilapan baik kecil atau besar.

A: aku memang tak suka dia langsung. Dia kerap kali buat aku marah tetapi kali ini dia memang buat aku marah dan kesalahan dia kali ini antara kesalahan yang memang tidak boleh dimaafkan…

B: teruk sangat ke budak tu? Ke memang kau sengaja cari point untuk menjauhkan diri dari dia

A: ….? Errr

B: sebaiknya kau bagi la dia PELUANG…walaupun korang tidak rapat sebaliknya masih lagi boleh hi-hi kat luar kan..

Peluang yang bagaimana harus kita berikan jika situasi yang berlaku itu terlalu berat untuk kita angkat ke bahu.. namun adakah dengan tajuk kesalahan ringan sahaja untuk membolehkan kita boleh dipermainkan sesuka hati pada bila-bila masa?

C: Berikan aku peluang untuk memperbaiki silap aku pada kau. Mungkin dulu aku terlalu naïf akan keadaan diriku tetapI tidak sekarang.

D: peluang yang bagaimana harus aku berikan kepada kau untuk kau memperbaiki segala yang telah kau lakukan pada aku? (cuba teka peranan apakah ini hehehe)

C: ye.. aku sedar akan kesilapan aku dulu tetapi tidak bermakna aku tak dibenarkan untuk memperbaiki segalanya kekhilafan aku kepada kau… AKU MINTA MAAF DAN INI ‘AKU’ YANG BARU!

Sebegitu sekali. Terkadang begitu la kita tatkala tersepit dalam keadaan begini kita tidak tahu yang mana harus kita pilih. Sujud la istikharah..tak mimpi-mimpi juga. Solat hajat mohon agar segala yang dilakukan diharapkan betul.

Peluang yang diberikan itu sebenarnya mahal nilainya. Bukan mudah hendak diberikan peluang pada seseorang itu. Peluang itu seperti telah menjualkan harapan pada yang yang ingin kan peluang itu. Pada yang memberi pula sudah semestinya mengharapkan yang pulangan pelaburan yang terbaik kalau tidak masakan sesenangnya pemberi ingin memberi peluang tersebut.

E: cukup…cukupppp! Sudah la jangan la awak nak berdrama dengan saya lagi. HENTIKAN!

F: awak..saya hanya manusia biasa. Banyak yang harus saya belajar lagi

E: ahh..sudah la, hentikan episod drama melayu awak tu.Berapa banyak peluang yang saya nak bagi kat awak? Manusia konon tak penah lari dari kesilapan..ye memang tetapi peluang ke berapakah yang awak rasa baru awak akan betul-betul tunaikan pe yang awak janjikan??? (ada juga manusia cam ni kan…mungkin peluang ke 100 kot hehe)

Sabar je lah kan. Kadang-kadang hendak memberikan satu peluang pun susah kalau sudah sampai sepuluh peluang pun masih macam tu juga bagila seratus seribu peluang memang dasar manusia tutt..Tahniah pada yang memberi peluang anda memang seorang manusia yang baik hati dan lembut hati.

Saya selalu mengajar atau memberi nasihat pada sesiapa yang ingin kan nasihat dari saya bagi kes-kes sebegini agar manusia-manusia macam ini jangan disingkirkan dari hidup kita malah dalam Islam pun tidak mengajar umat nya membenci antara satu sama lain apa yang saya anjurkan adalah bagi la dia peluang sebanyak mana dia nak (bagi kes 1 peluang tak cukup) kemudian kita tidak perlu la nak hiraukan dia sangat disebabkan manusia begini tidak pernah hiraukan nilai hargai peluang yang kita berikan. Biarkan dia dengan diri nya sendiri. Bagi kes yang tak pernah ada peluang – kita bagi jela tetapi ingat peluang itu harus di berikan pada dia dengan pengajaran dan nasihat dari kita kalau tidak memang sia-sia kita bagi peluang pada nya sebab benda yang sama untuk solution masalah sebelum ini.

Sebagai manusia elakkan dari memusuhi antara sesame manusia bahkan mahkluk tuhan yang lain. Sesungguhnya ia dilrang sama sekali dari sang Pencipta yang sentiasa ingin kan kedamaian. Jadi perlukah kita belajar membenci? Bagi lah peluang untuk memperbaiki dengan harapan agar sinar terbaik akan muncul kembali.insyAllah..