Tuesday, December 1, 2009

Legasi Nur Kasih

Alhamdulillah tamatlah sudah drama melayu yang mencetuskan fenomena bagi peminat drama-drama melayu.Penangan NUR KASIH memang hebat. Tak cukup drama ditunggu tanpa berganjak dihadapan TV sampaikan lagu tema di cari di segenap pelusuk sudut internet dan di download dijadikan ringtone. Bayangkan saya juga menjadikan 3 hari sebagai hari untuk berkasih dengan NUR KASIH maksud saya pagi ke petang sambung hingga sebelum tidur menghabiskan ke 25 episod yang saya sempat ambil pada adik angkat saya. Hari terakhir adalah di mana semua orang ternanti-nanti akan kesudahan drama ini termasuk juga saya hehe.
Tengok pula di kampong abis pakat tok-tok sedara, mak-mak sedara sepapat, anak-anak sedara, adik-adik sedara sesemua la duk ngadap depan TV tengok babak-babak terakhir drama ini. Walauapa pun, a big clap to Nur Kasih producer and script writer it does really can compete with Ayat-Ayat Cinta.
Namun sejauh saya melihat drama keluaran melayu. Indonesia, cina ke malah orang putih hehe saya rasa terlalu banyak perbezaan yang ketara. Drama melayu yang tak berkesudahan dengan masalah keluarga, masalah cerai berai dapat hak anak itu la ini la, isu pewaris harta, dan banyak lagi tetapi fokus utama yang dipuncakan adalah dari pihak keluarga.
Drama Indonesia pula tak habis-habis dengan masalah keluarga kaya dengan keluarga miskin, uda dan dara yang tak dapat untuk meneruskan bibit percintaan kerna masalah darjat atau pun wujud orang ketiga keempat kelima yang nak kan orang yang sama sampai sanggup membuat apa sahaja. Tambahan kepada teknik slow motion dari director nya memang membuat saya mual dan meluat tengok produk Indonesia ni.
Pelik nya, drama dari Hollywood ini lebih bersifat wide view di mana cerita mereka pelbagai dari penyiasatan, isu family, persahabatan, fiksyen dan banyak lagi boleh kita lihat di kaca tv kita. Betul! Mungkin sebab pelaburan mereka untuk drama itu mungkin hamper berjuta juga dan bukan setakat Negara mereka sahaja dapat melihat malah stesen t vita pun berebut-rebut ingin mendapatkan produk mereka. Secara tidak langsung segala rencah yang ada termasuk budaya mereka menyelinap pada setiap pucuk masyarakat kita.
Nah…saya tidak kata drama kita baik sebaliknya, motif di sini adalah TV memainkan peranan terbesar mendidik masyarakat percaya atau tidak saya percaya anda yang membaca post ini saya dapat kategorikan golongan celik akal. Apa yang berlaku dihadapan mata adalah apa yang anda lihat. Sudah tentu perkara terdekat adalah televisyen betul tak. Remaja dan kanak-kanak memang mudah terpengaruh alangkah bagus kalau semua orang sedar untuk memastikan setiap siaran adalah baik dan sesuai di tonton. Bukan nya symbol U sahaja tetapi isu yang terkandung di dalam cerita kerana remaja di masa hadapan perlukan perencah yang suci murni jangan di biarkan berlarutan dengan apa yang dilihat sekarang..

2 comments:

KizZ said...

Salam Kenal..

Kalau sudi,jenguklah blog kiz at
www.kizgarden.blogspot.com

follow kiz juga tau...

TERIMA KASIH

nasz said...

i.Allah hehe

salam kenal, nasz