Tuesday, November 17, 2009

Kawan kah itu?

True friends are hard to find harder to leave and impossible to forget

Susulan dari kisah seorang kawan yang amuk di tembak polis baru-baru ini menyebabkan terdetik di hati saya untuk menulis di sini. Semua orang ada kawan tak mungkin ada yang tidak berkawan ataupun anda layak digelar kera sumbang di sini. Persoalan di mana takat atau tahap mana harus kita berkawan? Bergurau senda, tawa ria, sendu sendan... etc

Bayangkan atas kerana gurauan, entah bagaimana sewaktu pulang dari berhibur seorang kawan ditinggalkan untuk berjalan pulang sejauh 60 km ke rumah nya pada lewat malam. Sementelah itu jua kawan itu amuk dengan memukul kawan-kawan yang tinggalkan nya seterusnya membawa pisau untuk membunuh mereka pula.

Persoalan mudah di sini
1) "apa harus di tinggalkan seseorang pada waktu malam untuk pulang sendiri sejauh 60 km?"
2) "aiyo, agak-agak kawan anda tu ada ke duit untuk pulang sendiri?"
3) "agak-agak cuaca pada malam tu okay ke tak?"
4) "sudah la lewat malam tak ke ibu bapa kawan itu risau kan anak nya yang masih belum pulang lagi?"
5) "aku ni kawan ke apa?????"

Kesudahnya, kawan mati di tembak polis. Kawan yang tinggal kan kawan pula, apakah perasaan anda? nangis? nyesal? ada rasa insaf tak? suka ke buat kawan macam tu?


Pelik betul ragam manusia berkawan zaman sekarang. Bergurauu biar berpada jangan kesudahannya seperti yang berlaku kini. Menangis air mata darah pun tidak berguna lagi. Berkawan tu kawan juga la.. Hati manusia ini tak sama, cuma rambut satu warna (kalau tak beruban dan tak mewarnakan artificial warna yang lain) jadi berpada dalam tingakah dan sikap kita.

Jangan menjadi kawan yang dibenci kelak. Kawan itu lebih kepada istilah membantu atau orang yang sanggup menghulur tangan di kala suka duka lara. Kalau
kawan yang ada sekarang sekadar menghulur sengketa dan pergaduhan, adakah layak bergelar seorang kawan? teman? sahabat? ke lebih baik dinobat kan binatang sahaja...

Fikirkan hendak menjadi kawan sebagaimana kah anda!
selamat berkawan..

2 comments:

miranasib said...

agreed2...beware bile kawan menjadi lawan!

nasz said...

taw tak pe..

ramai yang skunk ni bile kawan da tak ingat adat resmi berkawan haihhh